Wednesday, August 14, 2013

Tani Yutaka Yakuza Pantai Timur Harimau Malaya


Filem Jepun mengisah semula 'true story' Tani Yutaka Harimau Malaya yang dibuat pengembaraan di Malaya pada 1943 semasa pemerintahan Jepun.


Tani Yutaka orang Jepun yang kuat semangat Melayu.

Dilahirkan di Terengganu pada 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu. Dia suka berbaju Melayu dan bersongkok macam orang Melayu.


Bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujung 1940an. Rumah papan macam rumah orang Melayu lain.


Pada tahun awal 1930an, bila Jepun menawan  Manchuria ramai orang Cina luar negara marah. Adik perempuan Tani Yutaka  (dua dari kanan) dirogol dan dibunuh oleh orang-orang Cina di Kuala Terengganu semasa rusuhan anti Jepun pada November 1932.


Ditambah lagi dendam, pelaku-pelaku orang Cina tersebut dibebaskan oleh mahkamah British.

Dari 1933, Tani Yutaka mengganas di Terengganu dan Kelantan dengan merompak bisnes-bisnes Cina dan British.  Ramai ahli kumpulan gangster yakuza ni terdiri oleh orang Melayu!

Siapa sangka budak Jepun muka baik sopan santun yang masuk Melayu ni jadi gangster yang amat ditakuti Cina dan British dari tahun 1930an hingga 1940an.











Tani Yutaka meneruskan aktiviti bersama gengnya dalam kerja-kerja sabotaj British semasa Perang Dunia ke-2. Kemudian tidak lama selepas Jepun menawan Singapura, beliau mati akibat malaria di Johor.

Nama Tani Yutaka tidak dikenali Malaysia tapi amat dihormati di Jepun sehinggakan dibuat filem khas untuknya pada tahun 1943 untuk mengenang semangat juang beliau itu.


Yang paling bestnya pula cerita Jepun ni, semua pelakonnya tentulah Jepun TETAPI semua pakai baju Melayu sudah jadi macam cerita P Ramlee!

7 comments:

Anonymous said...

Wan,

Tani Yutaka ini sama macam Wan Ali (kerabat Wan yg berasal dri Pedah) Beliau telah diwarna kelabukan oleh British sebagai penjahat/pengganas disebabkan semangat 'radikal' mereka menentang penjajahan Mat Saleh dibumi Tanah Melayu ini.

Kalaulah Mat Inder atau Wan Ali ini berbangsa Jepun, saya percaya mereka (masyarakat Jepun) akan mengankat mereka (Wan Ali dan Mat Indera) sebagai wira...

Saya yg 'berbau2 macam' dgn Wan Ali ini berharap agar Wan Zurik dapat menulis kembali sejarah keberanian Wan Ali ini. Penulisan sejarah biarlah mengikut kacamata sebagai pejuang bukan sebagai pengganas yg telah dibunuh menggunakan sebiji peluru emas yg dihadiahkan oleh Tok awang Nong...


Mat Periba

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Mat Periba,
Wan Ali adalah sedara WZWH berasal dari Kampung Bukit Mat Daling Ulu Tembeling menetap di Kampong Pedah Jerantut.

Beliau berkahwin dengan orang Tebing Tinggi. Wan Ali begitu berpengaruh di Pulau Tawar dan Jerantut hilir.

Wan Ali dikatakan gagah, berani, punya kualiti ciri-ciri kepimpinan.

Komunis hanya satu wadah platform yang digunakan untuk menghalau Penjajah British.

Ketika itu parti KMM telah diharamkan. Termasuk API dan AWAS. Maka pilihan Wan Ali adalah melalui Komunis.

Wan Ali adalah Ketua Regimen 10 platoon Komunis di Jerantut. Mempunyai hubungan yang baik dengan Chin Peng Setiausaha Agong PKM.

Wan Ali bila datang ke Tembeling tidak boleh berkokok kerana ramai lagi sedara mara yang lebih gagah dari dia.

Wam Ali tidak boleh mempengaruhi keluarga Wan Tembeling yang mempunyai ideologi semangat cintakan Pahang dan kuat totok UMNO. Walau ada yang sokong PAS dan Sosialis tapi itu hanya segelintir.

Wan Ali adalah pejuang menentang penjajah, WZWH bersetuju dengan Mat Periba yang juga sedara WZWH!

Anonymous said...

TQ Wan,

Sedara kita, ayahnda Wan Ali ini bolehlah diibarat sebagai 'lilin'. Pemilihan Parti Komunis sebagai wadah perjuangannya hanya setelah British mengharamkan KMM, AWAS dan Angakatan Pemuda Insaf..

Yg peliknya mengapa beliau tidak mahu memilih Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO)sebagai wadah. Mungkin beliau menggap UMNO sebagai 'tali barut' British memandangkan parti ini diterajui oleh gulungan bangsawan yg mempunyai cara berfikir dan berbudaya ala barat...

Mat Periba

Anonymous said...

Wan ali adalah sahabat baik juga mempunyai pertalian keluarga dengan arwah aki saya.semasa jenazah wan ali hendak dibawa ke balai pasung d kuala lipis,arwah aki lah yg mengiringi jenazah beliau yg di ikat dan dibaringkan di atas bonet belakang kereta polis bila tiba dari seberang melalui feri di jerantut feri.setuju sejarah di'kelabu'kan dan benar bukan wan ali yg membunuh penghulu p.tawar trsebut sebaiknya cina komunis yang berbuat demikian.namun kerna beliau ketua regimen maka atas nama beliau dipertanggungjawabkan.beliau juga adalah dari galur mat kelubi salah satu sahabat mat kilau lima sekawan.

Kutukandewata said...

SALAM SEMUA,

WAN ALI IBUNYA WAN CANTIK.BELIAU MENENTANG PENJAJAH PADA MULANYA BERSENDIRIAN.

PIHAK KOMUNIS CUBA MEMUJUKNYA PADA PERINGKAT AWAL.TAPI WAN ALI YANG KUAT PEGANGAN AGAMANYA MENOLAK.

PIHAK KOMUNIS MENCARI JALAN MEMERANGKAP WAN ALI AGAR DAPAT DITARIK MENYERTAI KOMUNIS.

MEREKA MELETAKKAN BEBERAPA LARAS SENAPANG DAN KARBAIN DICELAH LANTAI RUMAH WAN ALI.

MEREKA REPOT KE PIHAK BRITISH BAHAWA WAN ALI MENYIMPAN SENJATA BAGI PIHAK KOMUNIS.

POLIS MENYERBU RUMAH WAN ALI DAN MENDAPATI REPOT ITU BENAR.

POLIS BURU WAN ALI.WAN ALI TELAH MARAH DAN TERPAKSA BERSEKONGKOL DENGAN KOMUNIS.

NAMUN PEGANGAN ISLAMNYA TETAP UTUH.BUKTINYA BILA BELIAU BERTEMBUNG DENGAN AYAH SAYA YANG KETIKA ITU KETUA PLATUN HOME GUARD,BELIAU YANG MENGIMAMKAN SEMBAHYANG BERJEMAAH MEREKA BERDUA.

WAN ALI ADALAH PAK SAUDARA DUA PUPU AYAH SAYA.

CERITA INI DATANG DARI MULUT AYAH SAYA SENDIRI.

Anonymous said...

Berbagai versi yang ada..tetapi saya berpendapat niat adalah sama, mahu bebas dari penjajah, cuma wadahnya yang berbeza.

Anonymous said...

Kita mengakui untuk bebas dari penjajah, namun minda masih lagi dikubur dgn semangat kepenjajahan secara berterusan..., pandang2, toleh2, kelih2 siapa dia. Jika tak pemimpin yang tak mendengar kata langsung.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...