Saturday, June 30, 2012

Siapa MB Pahang Selepas PRU 13?

Politik adalah sebarang kemungkinan. Bersediakah rakyat Pahang menerima MB baru PRU 13 dari PAS?

DSD Adnan Yaakob adalah MB Pahang yang ke 14. Sudah hampir 14 tahun Adnan Yaakob jadi MB Pahang.

Sebelum itu sudah ada 13 MB Pahang silih berganti.

Siapa MB Pahang selepas PRU 13?

Itu bergantung kepada sokongan rakyat Pahang terhadap UMNO dan BN. Jika sokongan seperti biasa maka UMNO dan BN memerintah Pahang.

Siapa tokoh UMNO yang akan diangkat menjadi MB Pahang yang baru jika sekiranya berlaku perubahan kepimpinan.

Oleh kerana hanya WZWH blogger sejati Pahang adalah menjadi tanggungjawab WZWH memberi gambaran politik yang sebenar kepada rakyat Pahang.

Kebebasan pemikiran rakyat Pahang adalah hak untuk memilih siapa pemimpin terbaik bagi membawa Pahang maju bergerak pantas.

Kepimpinan baru Pahang perlu mengambil kesempatan semaksimanya dikala DS Najib menjadi PM dalam secara agresif melonjak kemakmuran Pahang.

Pemimpin pelapis perlu kreatif menjadi aset buat Pahang bukan liabiliti yang boleh buat rakyat Pahang menjauhkan diri dari UMNO.

Posting WZWH kali ini meninjau siapa calon-calon pelapis MB Pahang selepas PRU 13?

Persoalan pertama adakah DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang betul-betul serious mahu membuat perubahan kepada kepimpinan politik Pahang?

Jika merasakan kedudukan status quo yang lama sudah memadai maka terserah kepada DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang.

Mahu buat perubahan atau tidak mahu buat perubahan?

Berikut senarai pemimpin-pemimpin pelapis UMNO Pahang yang WZWH boleh ketengahkan bagi mengisi perubahan kepimpinan politik Pahang.

Senarai nama boleh diambil dari beberapa senarai ADUN dan ahli parlimen Pahang.

Senarai ADUN:

  • Dato' Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang) - Exco Penerangan, Sains, Teknologi & Inovasi.
  • Dato' Wan Adnan Wan Mamat (Tanjung Lumpur) - Exco Belia, Sukan & Kebudayaan.
  • Dato' Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai) - Exco Pembangunan Luar Bandar & Hal Ehwal Orang Asli.

Senarai ahli parlimen:

  • Dato Sri Dr.Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis (parlimen Rompin)-Mantan Menteri
  • Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (parlimen Bera)-Menteri Pengguna
  • Dato' Saifuddin bin Abdullah (parlimen Temerloh)-Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Kalau tidak layak belaka calon-calon yang WZWH sebut di atas maka bolehlah DS Najib pilih dari kalangan ADUN-ADUN biasa yang boleh diberi kepercayaan menjaga negeri Pahang.

Kalau susah-susah sangat pilih saja ahli parlimen Jerantut Tan Sri Dato' Sri YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi MB Pahang.

Beliau pemimpin yang paling bersih dalam negeri Pahang tiada punya apa-apa dan paling cultured dalam menstabilkan politik Pahang. 

Beliau anak Raja Pahang yang sangat menghormati dan memahami rakyat Pahang seperti kekanda Tuanku Sultan Pahang.

Mukhriz MB Kedah, KJ MB Negeri Sembilan...Najib Setuju...UMNO Warlords Ikut Ajelah!


DS Najib mungkin setuju dengan formula ini.

DS Najib jangan pening kepala. Ini penyelesaian politik win-win.

Tun Mahathir dan Tun Abdullah pasti sokong.

Dulu masa Mahathir PM susah nak beri anak beranak aktif politik. Pak Lah beri peluang pada anak beranak berpolitik.

Mahathir betul. Pak Lah pun betul juga.

Amerika ada Bush senior dan Bush junior. Singapura ada Lee senior dan Lee junior. Amerika dan Singapura maju juga.

India ada Ghandi anak beranak, Pakistan ada Bhutto anak beranak. India dan Pakistan maju juga.

Malaysia ada Razak senior dan Razak junior (Najib) pun Malaysia tetap maju.

Apa kurang Lim senior dan Lim junior DAP!

Warlords UMNO jangan cakap banyak ikut aje. Lagi pun tidak ada tokoh di antara kamu yang menonjol. 

Dulu DS Najib diberi kepercayaan masa muda jaga Negeri Pahang sebagai MB. Banyak DS Najib belajar dari pengalaman.

Rahim Thamby Chik (RTC) diberi peluang masa muda jaga Melaka sebagai KM akhirnya Melaka boleh maju.

Mukhriz dan KJ pun boleh juga diberi kepercayaan jaga negeri.

Warlords UMNO kamu sokong dan ikut saja. Jangan banyak cerita.

Jika UMNO dan BN menang maka bermaknalah warlord kamu!

Friday, June 29, 2012

Falsafah UMNO Untuk 3.3 Juta Ahli



Inilah satu pandangan pemikiran dari Bro Ghab yang boleh WZWH rasa 3.3 juta ahli UMNO ambil perhatian.

Kadang-kadang idea pemikiran yang baik bukan datang dari pemimpin-pemimpin UMNO tapi datang dari ahli biasa atau yang bukan ahli tetapi melihat perjuangan UMNO dari luar.

Dengan penuh insaf dan kesabaran , Melayu dan Ahli-ahli UMNO khasnya di kehendaki berpegang teguh kepada amanah bangsa untuk terus mengeratkan lagi sillatulrahim di antara satu sama lain . Di kehendaki juga merapatkan saf untuk memaju ke arah kemenangan di pilihan raya yang akan diumumkan tak lama lagi. 

Wujudkan satu tekad diikuti dengan usaha bersama dan semarakkan kesatuan jiwa yang berniatkan Perjuangan Melayu . Dengan kesatuan jiwa ini , Melayu di kehendaki menampilkan diri kepada saudara pengundi-pengundi dengan satu tujuan yang berasaskan Hak asasi Melayu , iaitu memperkasakan dan memperkukuhkan lagi kuasa politik Melayu supaya ia berkekalan ke akhir zaman .

Sebelum mendekati saudara pengundi-pengundi , khasnya pengundi Melayu , tidak kira yang lama atau yang muda , semarakkan semangat di dada dengan erti kata , menghayati dan mengisi garisan akidah perjuangan Melayu . Tidak boleh dinafikan , perjuangan ini berasaskan kebenaran , kebenaran untuk bangsa Melayu terus berkuasa di tanah airnya sendiri , iaitu Tanah Melayu . Dengan semangat ini di harapkan masyarakat dan pusaka warisan Melayu bertambah teguh dan tidak boleh lagi dipermainkan dan di pelekehkan oleh anasir2 keruntuhan hingga membolehkan orang-orang Melayu terpinggir dari dimakan zaman . 

Bersama memohon sematkan di jiwa dengan erti-erti kebenaran perjuangan yang berikut sebagai persediaan apabila mendekati saudara pengundi-pengundi :

(1) Umno memang sebenarnya sebuah parti politik Melayu yang bertunjakkan kepada kemuliaan bangsa . Perjuangan yang berasakan kebenaran bangsa ini telah mendukung cita-cita kebangsaan Melayu . Maruah Melayu berisikan kedaulatan bangsa yang telah pasti diteruskan , diamalkan dan baik dijadikan teladan demi berkekalan selama lamanya . 

(2) Langkah-langkah untuk memertabatkan lagi bangsa adalah tanggungjawab Melayu bersama. Dalam erti kata bangsa Melayu telah diatur satu landasan kebebasan untuk memilih dan mempertahankan martabat bangsa .

(3) Mengekalkan Agama Islam adalah tanggungjawab yang diwajibkan. Selain itu, Melayu memperjuangkan dan mempertahankan Agama adalah amanah Allah SWT kepada bangsa Melayu yang mana tidak boleh dijual beli dan tidak mudah ditolak dengan sewenang-wenangnya .

(4) Negara Malaysia ini wujud dan tanah yang di pijak ialah Tanah Melayu . Bangsa Melayu perlu sedar bahawa ini adalah benar dan wujud . Kemampuan untuk mempertahankan Negara adalah kebenaran Melayu . Melayu telah membuktikan dan terbukti , mempertahankan Negara adalah amanah Melayu . Mempertahankan Negara dari ancaman komunis ialah Melayu . Menjaga keamanan ialah Melayu . Memadam kebakaran ialah Melayu . Menjaga yang sakit ialah Melayu . Yang mengajar keilmuan anak-anak disekolah ialah Melayu . Kaki tangan pertadbiran Negara ialah Melayu . Memberi air bersih dan tenaga ialah Melayu . Penanam padi yang memberi makanan utama ialah Melayu....kerana Melayu bersifatkan ketahanan dan penerimaan , Negara telah memperolehi keamanan dan kesejahteraan .

(5) Dari hasil perjuangan datuk moyang , kemerdekaan telah di kabulkan tanpa setitik darah pun jatuh ke bumi . Adalah tanggungjawab bersama untuk mempertahankan kemerdekaan , kerana ini adalah darah daging Perjuangan Melayu untuk bebas dari ancaman , anasir luar dan dalam . Darah Melayu yang mengalir telah berjuang untuk kebebasan semenjak 1511 sampai tertubuhnya sebuah Negara yang Merdeka . Dan Melayu juga yang akan mewarisi untuk menerus mempertahankan keramat Kemerdekaan ini . 

(6) Ada lah juga dari darah daging bangsa Melayu yang telah mendukung Perlembagaan Negara , Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan yang diperjuangkan oleh datuk moyang akan berkekalan selama-lamanya . Ini adalah satu tekad, ikrar dan amanah bangsa Melayu yang berwarisan 

(7) Perlembagaan ialah merupakan asas yang mengariskan panduan berkerajaan kepada Negara . Tiap-tiap warga Negara tidak kira pegangan , kedudukan pemerentahan atau tidak , mesti mematuhi undang-undang , undang-undang yang lebih tinggi iaitu Perlembagaan . Kepatuhan Melayu tidak songsang untuk mendukung Perlembagaan . Budaya Melayu yang berpegang kepada daya pemikiran dan kerohanian mengalu-alukan pembentukan berkerajaan demokratik yang selama ini tetap Melayu pertahankan . 

(8) Raja Perlembagaan ialah tunjak keagungan Melayu . Walaupun bermaksud Raja adalah ketua simbolik dan kuasa Raja terhad di dalam Perlembagaan namun umat Melayu tetap setia mehormati dan Raja itu ialah Raja Melayu . Dalam masa yang sama , Melayu faham Raja juga perwakilan demokrasi Negara . Raja adalah juga benteng keagongan dan perpaduan Melayu .

(9) Jesteru itu , Melayu tidak segan dan pilu untuk menegak , mempertahan dan mengembangkan Islam . Ini kebenaran bangsa Melayu . Apa tah lagi , Islam adalah agama rasmi Negara . Dan Melayu angkuh dengan menghormati prinsip kebangsaan beragama . Budaya bangsa Melayu tidak seinci pun berpandangan serong kepada yang bukan beragama Islam . Namun Melayu tetap mempertahankan kedaulatan Rakyat dan keadilan rakyat asalkan berasas dan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen .

(10) Bangsa Melayu angkuh dengan perjalanan untuk memajukan lagi ekonomi Melayu peribumi khasnya dan Rakyat Malaysia amnya . Ini tidak boleh di nafikan bahawa kemakmuran Negara telah memberi nikmat kepada seluruh rakyat setelah lebih 60 tahun menduduki kemerdekaan .

(11) Jaminan yang diberi oleh bangsa Melayu di atas kedudukan Bahasa Kebangsaan telah lama dipekasakan . Bangsa Melayu diamanah untuk menerus mempertabatkan Bahasa Kebangsaan selain sebagai bahasa rasmi ialah bahasa pengantaran dan bahasa ibunda Negara berteraskan Kebudayaan Melayu .

(12) Adalah kemampuan budaya Melayu atas sifat ketahanan dan penerimaan telah wujudnya kerjasama diantara kaum . Dengan usaha ini telah melahirkan satu Bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan Hak-Hak istimewa bangsa Melayu dan Hak-hak asasi manusia . 

Ini lah wadah Perjuangan Melayu yang tersemat didada dan harus disemaikan ke anak-anak muda-mudi Bangsa . Untuk Bangsa Melayu ; Buang yang Keruh Ambil yang Jernih .

Thursday, June 28, 2012

The Genius Of Mohamad Aziz MP Sri Gading


Siapa pemimpin-pemimpin UMNO yang berani sanggup membawa kapak "memenggal kepala-kepala Vampire" dalam Pakatan Rakyat dan NGO merosakkan negara? The genius of Mohamad Aziz MP Sri Gading adalah permulaan langkah pertama...

Mohamad Aziz ahli parlimen 4 penggal. Jika media dan pemimpin Pakatan Rakyat kata Mohamad Aziz (MA) itu stupid, IQ rendah, keterlaluan itu sebenarnya tidak betul.

Kenyataan MA mahu Ambiga digantung kerana pengkhianatan kepada Agong sama taraf dengan teroris Al-Maunah sebenarnya patut diucap awal-awal lagi.

Ahli politik UMNO perlu kenyatan ini awal-awal lagi. Sebab itu ramai ahli parlimen UMNO menyokong MA.

Ambiga mencetuskan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 dengan tujuan utama mahu melakukan kekacauan atas nama kebebasan demokrasi dan menjatuhkan kerajaan BN yang mendapat mandat secara sah dari PRU 12.

Ambiga bernasib baik kerana pemimpin UMNO hari ini dari PM ke Menteri KDN adalah pemimpin lembut. Tidak ada tindakan ke atas Ambiga walau ramai rakyat majoriti membantah dengan beribu laporan polis dibuat.

Setelah didesak barulah saman dikeluarkan.

Sejurus kenyataan MA mahu Ambiga digantung maka LGE pun PC memukul gendang bahawa kenyataan MA itu rasis dan mahu semua MP Pakatan Rakyat buat laporan polis.

Tak semena Vell Paari anak Samy Vellu dan G Palanivel bos MIC pun bising mempertahankan 'kesucian' Ambiga. Dulu dimana suara Vell Paari dan G Palanivel bila Ambiga mahu melancarkan Bersih 3.0?

Jika Pakatan Rakyat kata Anwar Ibrahim itu genius, TG Nik Aziz itu pun genius, LGE juga genius, dan Ambiga tersangatlah genius...

Maka WZWH boleh kata Mohamad Aziz MP Sri Gading juga genius.

Ahli politik UMNO perlu berani memperkatakan apa yang betul. Jika Pakatan Rakyat menuduh bahawa UMNO itu 'rasis' tapi kalau sikap begini baik untuk negara kenapa tidak?

UMNO adalah UMNO. UMNO bukan Demokrat atau Republikan.

Tuesday, June 26, 2012

Kisah ADUN Pahang Kerja Mendapat Undi Secara Personal

Barisan EXCO Pahang. Alfatihah kepada Allahyarham Dato' Tan.

Di negeri Pahang ada 42 DUN dan 14 parlimen. PRU 12 dulu, BN dapat 37 DUN dan 12 parlimen.

Jika Pakatan Rakyat terutama DAP bersemangat mahu langgar Johor bagai todak melanggar Temasik maka apatah lagi Pahang.

Maka 42 bakal DUN dan 14 bakal parlimen calon BN perlu kerja kuat.

Terutama penyandang ADUN dan parlimen kena pakai Prinsip Perakaunan- 'Going Concern' iaitu cateris paribus mereka masih lagi menjadi calon dan mesti berfikir positif.

Kalau tidak untuk diri sendiri baik juga untuk bakal calon yang mengantikan...

Bagaimana strategi politik UMNO dan BN Pahang?

Ada orang kata pemimpin UMNO Pahang tidur belaka...tak nampak program...makin slow!

Ada kata 'do nothing' pun satu strategi juga.

Memang WZWH dapat tahu Pakatan Rakyat Pahang pun berasa pelik dengan strategi UMNO dan BN Pahang.

Senyap aje....takda siapa mahu lead!

Lebih menakutkan WZWH ada orang kata politik Pahang seperti air di sungai tenang-tenang saja...tapi jangan disangka tiada buaya!

Bolehkah negeri Pahang ini tumbang ke tangan pembangkang?

Kalau semua pemimpin UMNO suka duduk diam 'do nothing' tidak mustahil negeri Pahang pun boleh tumbang!

Ok WZWH mahu posting satu kisah cerita tentang seorang ADUN Pahang yang berkerja kuat untuk mendapat undi secara personal.

WZWH tidak mahu sebut siapa nama ADUN ini dan nama DUN kerana tidak mahu menimbulkan fitnah, riak dan spekulasi.

ADUN ini bila masa free suka menalipon pengundi-pengundi DUN beliau secara personal. 

Setakat hari ini dari jumlah kesemua pengundi DUN seramai 10,041 maka ADUN ini sudah menelefon sebanyak 6325 pengundi secara personal bererti ada 6325 nombor telefon bimbit pengundi  yang ADUN ini tahu.

Ada makcik-makcik yang pro PAS di DUN ini beritahu WZWH bahawa ADUN itu ada menelefon bertanya khabar dan macam-macam lagi. 

Nampak cara ini disukai oleh pengundi kerana ADUN itu sendiri menelefon.

Malam tadi ADUN itu menelefon WZWH buat pertama kali dan bertanya nombor telefon bimbit dua orang adik ipar WZWH!

Wah WZWH puji cara ADUN ini bagus dan berkesan.

WZWH fikir tidak salah dan buang masa jika seorang ADUN itu menelefon pengundi secara personal.

Kalau seorang ADUN itu boleh akhirnya menelefon kesemua 10,041 pengundi di DUN beliau, wah! WZWH kira sudah ada komunikasi. 

Kemudian menelefon lagi berulangkali dan cuba memenuhi apa kemahuan pengundi sekadar yang dimampui.

Pada 'do nothing' lebih baik ambil masa sikit cuba 42 ADUN Pahang dan 14 ahli parlimen Pahang menelefon kepada semua pengundi di DUN dan parlimen masing-masing.

Budak Perempuan 3 Tahun Berjaya Tangkap Gambar Hantu Yang Suka Mengacau!



















Gambar diambil oleh anak sedara WZWH yang berumur 3 tahun. Perhatikan imej kepala dan wajah dibahagian atas gambar.

Do you believe in ghost or spirit?

Kita biasa dengar cerita hantu tapi tidak ramai yang pernah berjumpa dengan hantu dan semangat. Budaya Melayu dan lain bangsa pun ada cerita hantu.

Ada yang percaya. Ada yang tidak percaya. Kita belajar sains banyak mengajar kita tentang fakta.

Kalau kita tanya psikologis jawabnya hantu itu tidak wujud. 

Habis apa itu imej dan visual yang ada orang nampak itu? Jawab mereka itu adalah imej dan visual yang diimaginasi dalam mental.

Itu imej hasil lakaran cahaya.

Bagaimana dengan pengalaman yang kita pernah alami dulu masa-masa kecil WZWH pernah saksi orang payah susah mahu mati. 

Badan kurus kering nampak tulang lembik siang hari tapi bila malam kuat makan dan boleh bangun!

Ada orang yang hilang tidak jumpa mayatnya hingga sekarang hingga polis, askar dan orang kampung puas mencari tidak berjumpa.

Ada orang yang sudah mati tapi bila malam orang kampung sering berjumpa dengan kelibat orang itu.

Bagaimana dengan 200 lebih pelajar sekolah kena histeria dan berjangkit-jangkit.

Susah untuk kita fahami dari segi sains.

Orang agama kata itu adalah jin dan syaitan cuba mengacau dan merosak anak cucu Adam.

Kalau kita tanya orang politik pula ini jawab mereka.....sebenarnya ada ramai orang politik yang perangai macam syaitan dan...memang syaitan pun suka menghasut terutama orang Melayu, orang Islam dan bukan Islam berpecahbelah antara satu sama lain hingga negara porak-peranda supaya golongan politik syaitan ini boleh menguasai...

Posting WZWH kali ini berkenaan gambar diatas yang diambil secara main-main oleh anak sedara WZWH yang berumur 3 tahun.

Sebelum ini anak saudara WZWH itu mengadu ada 'monster' (istilah hantu) suka menganggunya. Seringlah anak sedara WZWH ini merasa takut. kadang-kadang menanggis ketakutan sambil menunjuk-nunjuk ke arah siling dan tepi tingkap.

Semalam melalui sekeping gambar yang diambil melalui talipon bimbit ini barulah WZWH dapat gambaran imej monster (hantu)!

Kenapa makhluk halus suka bermain dengan kanak-kanak?

Ada pembaca Blog WZWH yang pernah merakamkan gambar sebegini. Atau pakar kamera boleh menerangkan dari sudut fotografi.

WZWH mengesahkan ini adalah gambar yang genuine.

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan Di Makam Pahlawan Masjid Negara Jika Pakatan Rakyat Menguasai Putrajaya?

 

Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-

Dalam kubah
  • Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
  • Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
  • Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)

Luar kubah
  • Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
  • Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
  • Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
  • Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
  • Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
  • Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
  • Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010)
  • Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010)
  • Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010)
Negarawan hebat seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak dikebumikan di Makam Pahlawan walaupun tiada siapa boleh menafikan jasa-jasa kedua tokoh hebat Melayu di abad ke 21 ini.

Dato' Onn Jaafar, MB Johor, pengasas UMNO, perancang penentangan Malayan Union, Presiden UMNO pertama. Beliau menubuh parti IMP, Parti Negara, ahli parlimen Kuala Terengganu Selatan. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Makam Pahlawan Masjid Negara hanya siap pada tahun 1965.

Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ke 2, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Bapa Kemerdekaan, Bapa penubuhan Malaysia, Perdana Menteri pertama dan pengasas Asean. Beliau Mangkat pada 6 Disember 1990, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. Itu memang kehendak Tunku Abdul Rahman sendiri mahu dikebumikan di Makam Diraja.

DS Anwar Ibrahim-'Golden Boy' Tun Mahathir. Hubungan mereka berdua sejak tahun 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

DS Anwar Ibrahim, aktivis NGO Islam, sejak 1982 hingga 1998 menganggotai kabinet Malaysia sebagai:

  • 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
  • 1985 - 1986 Menteri Pertanian
  • 1986 - 1990 Menteri Pendidikan
  • 1990 - 1998 Menteri Kewangan
  • 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri

Kini beliau ahli parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Malaysia dan Penasihat parti PKR.

Berbalik kepada persoalan WZWH jika ditakdirkan DS Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah, adakah beliau layak disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?

WZWH tidak nafikan DS Anwar Ibrahim juga berjasa kepada negara. WZWH juga akui bagaimana DS Anwar Ibrahim berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan negeri BN. Soal dua kes liwat beliau itu telah dibuktikan di Mahkamah tidak bersalah dan bebas. Soal kes video sex 'China Doll' itu sampai sekarang tidak dipeduli oleh Peguam Negara.

Terbaru DS Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada Bersih 2.0 dan 3.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga Sreenevasan seorang tokoh murtad dan anti Islam yang dapat mempengaruhi PAS dan disepenuh sokong oleh DAP dan PKR mengadakan demonstrasi jalanan menghuruharakan negara.

DS Anwar Ibrahim berkata bahawa revolusi sudah dekat di Malaysia! Apa maksud beliau? Revolusi bukan sahaja mahu mengulingkan kerajaaan BN secara tidak demokratik tapi juga mahu buang semua Sultan dan Raja Melayu, YDP Agong.

Kita tidak terima sebarang bentuk revolusi sebab revolusi bermakna juga tumpah darah, perubahan yang membawa kepada pelbagai pihak, Raja-raja Melayu, hak adat istiadat, Islam, institusi Diraja dan dan institusi Parlimen.

Bukankan baju 'T-Shirt' Bersih 2.0 dan 3.0 itu berwarna kuning iaitu warna lambang Raja/Sultan Melayu/Agong. Secara halusnya puak 'revolutioners' Pakatan Rakyat mahu bersihkan dan buang Raja-Raja Melayu secara simboliknya.

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya? 

Ada sesiapa pembaca yang boleh memberi pandangan?

Sunday, June 24, 2012

Siapa Idola Hero Khairy Jamaluddin?



YB Khairy Jamaluddin @ KJ adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Juga ahli parlimen Rembau.

Seorang ahli politik muda yang popular dan meningkat naik karisma dan admiration mendapat perhatian baik UMNO mahu pun pembangkang.

Dulu KJ dikenali menantu Pak Lah PM dan Tun Mahathir mempopularkan KJ dengan istilah 'budak tingkat empat'.

Blogger Zamkata cadang KJ kalau mahu jadi PM kena minta maaf dengan Mahathir! WZWH tidak mahu masuk campur apa konflik antara KJ dan Mahathir.

Jika Mahathir merasakan KJ ini 'ancaman' maka WZWH kira hebatlah KJ ini.

Jika ditanya siapa idola hero KJ sudah tentu KJ akan bilang tokoh-tokoh tertentu terutama dari Barat.

WZWH suka guna contoh idola lokal berdasarkan Sejarah Melayu.

Mari kita lihat siapa KJ? Bapanya seorang duta. KJ adalah cucu seorang Penghulu di Rembau. Tentunya dia dari Suku Rembau.

Generally speaking orang Minang KJ ini. Maka siapa idola hero KJ?

Dalam sejarah ada seorang ahli politik Minang yang boleh buat kejutan iatu Raja Kecil pada zaman Empayar Johor Pahang Riau.

Sultan Abdul Jalil Syah atau Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I, dikenal juga dengan panggilan Raja Kecik atau Raja Kecil dari Pagar Ruyung, merupakan saudara dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung Raja Alam Indermasyah, kemudian mendirikan Kesultanan Siak Sri Inderapura.

Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil diutus oleh Sultan Indermasyah untuk mewakili dirinya dalam menyelesaikan kesepakatan dagang dengan pihak VOC, pada awalnya pihak Belanda menolaknya, namun kemudian kembali datang surat dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung, yang menegaskan status dari pada Sultan Abdul Jalil tersebut.

Dalam Syair Perang Siak, Raja Kecil putra Pagaruyung, didaulat menjadi penguasa Siak atas muafakat masyarakat di Bengkalis, sekaligus melepaskan Siak dari pengaruh Johor. Berdasarkan Hikayat Siak, Raja Kecil merupakan putera dari Sultan Mahmud, Sultan Johor yang mangkat dijulang. 

Dari suratnya kepada VOC, Raja Kecil dari Pagar Ruyung, memberitahukan bahawa ia akan menuntut balas atas peristiwa terbunuhnya Sultan Mahmud. Pada tahun 1717 Raja Kecil berhasil menguasai Kesultanan Johor sekaligus mengukuhkan dirinya sebagai Sultan Johor, dengan gelar Yang Dipertuan Besar Johor.

Namun pada tahun 1722 karena pengkhianatan beberapa bangsawan Johor, ia tersingkir dan kemudian pindah ke Siak dan menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pemerintahannya tahun 1723.

Sebelumnya dari catatan Belanda, juga mencatat pada tahun 1674, ada datang utusan dari Johor untuk mencari bantuan bagi raja Minangkabau berperang melawan raja Jambi. Kemudian berdasarkan surat dari Raja Jambi, Sultan Ingalaga kepada VOC pada tahun 1694, menyebutkan bahwa Sultan Abdul Jalil dari Pagaruyung, hadir menjadi saksi perdamaian dari perselisihan mereka.

Pada tahun 1724-1726 Sultan Abdul Jalil melakukan perluasan wilayah, dimulai dengan memasukkan Rokan ke dalam wilayah Kesultanan Siak, membangun pertahanan armada laut di Bintan bahkan pada tahun 1740-1745 menaklukan beberapa kawasan di Kedah. 

Sultan Abdul Jalil Syah mangkat pada tahun 1746 dan dimakamkan di Buantan kemudian digelari dengan Marhum Buantan. Kemudian kedudukannya digantikan oleh putranya, yang bernama Sultan Mahmud.

Oleh kerana KJ orang Minang maka Raja Kecil boleh menjadi idola hero. Ada strategi-strategi Raja Kecil yang boleh KJ pakai. 

Bagaimana Raja Kecil membalas dendam kerana ayahanda baginda iaitu Sultan Mahmud Shah II mangkat dijulang dibunuh pada 1699 oleh konspirasi pakatan Pembesar Melayu Johor yang diketuai oleh Bendahara Tun Abdul Jalil hingga takhta kerajaan Johor dapat kembali kepada Raja Kecil.

KJ perlu melihat jati diri root Raja Kecil pahlawan Minangkabau yang bercita-cita besar tahu bagaimana mencapai cita-citanya. Politik moden Malaysia masih mengikuti jalan-jalan denai politik tradisional Tanah Melayu.

Exsas Homecoming 2012 Merujuk Nostalgia WZWH di SEMSAS



















Majlis Makan Malam Tema "Home Sweet Home".



















WZWH bersantai bersama Tan Sri Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia tetamu VVIP. Disebelah ialah Puan Anuar 'Alawiyah Othman, Presiden EXSAS 2012-2014.

WZWH dari produk sekolah berasrama penuh SEMSAS di Kuantan pada 1981-1985. Alumni SEMSAS dipanggil EXSAS.

EXSAS aktif mengadakan program tapi WZWH tidak pernah hadir hanya dengar dari kawan-kawan.

Entah mengapa kali ini hadir. Mungkin terkenang nostalgia masa high school di SEMSAS.

SEMSAS adalah sekolah premier Pahang dulu. Bermula pada tahun 1973 di Temerloh kemudian berpindah ke Batu 8 Jalan Gambang Kuantan pada 1974.

EXSAS Homecoming 2012 diadakan pada 23 hingga 24 Jun 2012. Hari Sabtu dan Ahad. Kebetulan WZWH free dan tiada program politik di Jerantut kenapa tidak WZWH join buat pertama kali.

Tahniah dan terima kasih WZWH ucap kepada barisan EXCO EXSAS Homecoming 2012 'kembali ke sekolah untuk berjasa' yang telah berusaha gigih menganjur dan memastikan program ini berlansung dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada pihak SEMSAS yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik untuk kelansungan program ini.

Komitmen ahli-ahli EXSAS yang terus mendokong program ini. Ramai yang tampil menghulurkan sumbangan  tenaga, barangan dan wang ringgit bagi memastikan program Homecoming 2012 ini berlansung dengan jaya dan penuh meriah serta menyumbang kepada dana tabung  EXSAS. 

Diharap komitmen ini berkekalan dan terus meningkat dari masa ke semasa. Kembalinya warga EXSAS ke SEMSAS untuk terus menjiwai motto sekolah 'Hidup Berjasa', megeratkan lagi silaturrahim sesama warga EXSAS dan SEMSAS, mengembangkan networking, berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Semoga aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat membentuk komuniti EXSAS-SEMSAS yang padu dalam usaha melahirkan cendikiawan, para profesional, dan pemimpin yang mampan, versatile serta dapat meningkatkan martabat sekolah, bangsa dan negara di persada antarabangsa.













Ketibaan tetamu VVIP Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud disambut oleh ahli-ahli EXSAS.


Antara sebahagian 300 ahli EXSAS yang hadir.


Tan Sri Abd Ghaffar mendendangkan 3 buah lagu yang disponsor oleh ahli EXSAS yang dermawan dan budiman sebanyak RM5400.

Saturday, June 23, 2012

The Rising Of The Bugis Clan


Pada orang Malaysia biasa etnik kaum dibahagi kepada orang Melayu, orang Cina, orang India dan lain-lain Bumiputera serta orang Asli.

Di Malaysia politik tidak boleh lari dari ras dan agama. Namun Malaysia selepas 55 tahun merdeka dari British, rakyatnya boleh hidup dengan aman.

Perikatan kemudian BN berjaya dengan formula 3 kaum utama bekerjasama membina negara lalu menjadi parti paling lama memerintah dalam dunia.

Dalam politik mentadbir negara banyak cabaran-cabaran baru harus dihadapi dan diurus demgan baik. Jika tidak kuasa akan berpindah ke parti lawan.

Jika mahu studi politik Malaysia kena juga studi politik UMNO yang merupakan tulang belakang BN.

Bila mahu studi politik UMNO parti orang Melayu mahu tidak mahu kita kena studi sejarah dan budaya Melayu melangkaui berbagai etnik.

Dalam sejarah nusantara alam kepulauan Melayu, kuasa politik yang yang unggul sekali ialah Empayar Srivijaya (abad 7-13), kemudian Empayar Majapahit (abad 13-15), seterusnya Empayar Melaka (abad ke 15).

Kemudian Empayar Johor-Pahang-Riau (abad 16-19).

Srivijaya berpusat di Palembang di Pulau Sumatera adalah orang Melayu. Majapahit berpusat di Pulau Jawa adalah orang Jawa.

Melaka adalah dari keturunan Srivijaya. Juga Johor-Pahang-Riau adalah dari keturunan Melaka.

Dari mana orang Bugis datang? Bugis datang dari Pulau Sulawesi. Ada ahli sejarah kata orang Bugis usul berasal dari Pulau Sumatera kemudian berhijrah ke Pulau Sulawesi.

Bila orang Bugis berpolitik? Orang Bugis dikenali sebagai pelaut dan  pahlawan. Peranan politik orang Bugis muncul bila berlaku perpecahan dalam politik Empayar Johor Pahang Riau.

Pembesar Melayu minta tolong orang Bugis akhirnya orang Bugis boleh menguasai politik orang Melayu.

Sebelum ini orang Tamil Muslim berperanan politik pada akhir zaman kegemilangan Melaka. Bila orang Tamil Muslim bermusuh dengan pembesar Melayu maka Melaka cepat jatuh.

Hingga ke hari ini pun orang Tamil muslim atau mamak berpengaruh.

Berbalik kepada orang Bugis. Bila orang Bugis menguasai politik, mereka pandai menguasai kedudukan yang berpengaruh. Orang Bugis boleh buat Sultan Melayu sebagai boneka.

Orang Bugis mengahwini anak-anak mereka dengan anak-anak pembesar Melayu maka lagilah kuat ikatan politik mereka. Akibatnya Sultan-Sultan Johor, Pahang dan Selangor dicatur oleh orang Bugis menaiki takhta mestilah ada darah campur Bugis walau sebelah emak atau nenda!

Cuma bila pembesar Melayu sudah merasakan orang Bugis sudah terlalu berkuasa maka akhirnya pembesar Melayu berpakat dengan Belanda menghalau orang Bugis.

Akhirnya hilang pengaruh orang Bugis. Ramai orang Bugis sudah assimilasi dengan orang Melayu hingga mereka hilang identiti mereka.

WZWH bukan orang Bugis tapi untuk berlaku adil kepada sejarah mestilah WZWH cerita benda yang benar dan mengakui serta mengiktiraf kelebihan berpolitik sesuatu etnik Melayu itu.

Dalam sejarah politik moden orang Melayu di Malaysia ini adalah era the rising of the Bugis clan.

Perdana Menteri ke dua Almarhum Tun Razak adalah berdarah Bugis. Tidak perlu WZWH cerita kehebatan dan kejayaan Tun Razak. Semua orang tahu.

Yang penting selepas PRU 1969, ketika Perikatan mencapai majoriti mudah dengan rusuhan kaum maka Tun Razak lah menjadi harapan UMNO dan Perikatan membina dan menyusun kembali negara ini.

Tun Razak rebrand Perikatan kepada Barisan Nasional (BN) hingga parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan masuk BN.

Sekarang post PRU 2008 lagi sekali DS Najib terpaksa meyakinkan majoriti rakyat Malaysia bahawa dengan cabaran-cabaran politik, ekonomi dan sosial baik dari domestik atau global lagi sekali beban politik yang berat ini dipikul oleh anakanda Tun Razak ini.


DS Najib walau cuma hampir 3 tahun berperanan sebagai Perdana Menteri dan masih belum mendapat mandat yang sebenar dari rakyat Malaysia kerana DS Najib mengambilalih dari kepimpinan Tun Abdullah Bedawi namun sudah nampak usaha-usaha DS Najib serious dan bersungguh memenangi hati rakyat.

Kelebihan DS Najib ialah:

  • Tun Abdullah mantan Perdana Menteri menyokong DS Najib sepenuhnya.
  • Tun Mahathir mantan Perdana Menteri menyokong DS Najib sepenuhnya.
  • Yang terbaru YBM Tengku Razaleigh calon Perdana Menteri tak jadi, juga menyokong BN sepenuhnya.

Peduli apa bila Anwar Ibrahim tidak mahu menyokong DS Najib! Anwar Ibrahim tidak boleh buat dan menandingi seperti apa yang DS Najib buat dan capai.

Anwar Ibrahim tidak boleh berlakun menyerupai DS Najib.

The rising of the Bugis clan jika betul propesi WZWH ini maka DS Najib akan memandu BN memenangi PRU 13 dengan keputusan lebih baik dari PRU 12.

Friday, June 22, 2012

Industri Pemasangan Automatif Temin Jerantut



Tajuk posting ini hasil idea seorang pembaca blog WZWH. Beliau komen seperti berikut:

Anonymous said...

Saya kurang bersetuju dgn idea penubuhan universiti, rakyat mesti sedar untuk membina sebuah universiti memerlukan belanja yang besar, duit yang akan digunakan adalah duit Felda yang datangnya dari peneroka. Para kontraktor akan mendapat keuntungan hasil dari projek tersebut dan bukannya warga Felda. Saya sebagai profesional yang berasal dari Jerantut dan sekarang bekerja dalam industri minyak dan gas amatlah berbesar hati sekiranya WZWH dapat mengusulkan kepada kerajaan dan pemimpin negeri supaya menarik pelabur-pelabur ke Jerantut, contohya syarikat kereta dari luar negara supaya membuat kilang pemasangan mereka di sini (majoritinya dari Jepun yang mempunyai risiko dilanda bencana), industri elektronik dan kilang pemasangan motosikal berkuasa tinggi.Biar orang Jerantut dapat bekerja di kilang ini dan seterusnya dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sangat besar jasanya kiranya ahli politik dari Jerantut dapat menarik pelabur-pelabur seperti ini, ini adalah idea yang ikhlas dari saya, terima kasih kepada WZWH kerana inisiatif beliau mewujudkan blog ini supaya suara rakyat Jerantut dapat didengari oleh pihak kerajaan dan pemimpin, terima kasih WZWH.

Temin dipilih kerana mempunyai kawasan yang luas beribu hektar dan ditepi jalan Jerantut-Temerloh. Dulu masa WZWH kecil pada tahun 1070an sudah ada perancangan airport memudahkan kapalterbang mendarat di Jerantut namun projek itu tidak kesampaian kerana pemimpin politik Jerantut tidak cukup kreatif dan bold menjayakannya.

Tanah yang dimiliki oleh Syarikat Ladang LKPP luas beratus ekar di Temin telah dijual oleh  Syarikat Ladang LKPP kepada seorang tokey Cina. Itulah hebatnya syarikat GLC Pahang dan ahli politik Pahang yang suka menjual segala harta.

Pahang tidak memerlukan generasi ahli politik Pahang yang buta mata dan pekak telinga serta bisu bahasa tidak mengerti 'Pahang maju'.

Berbalik kepada tanah yang direzabkan untuk airport Jerantut di Temin seluas 700 ekar. Oleh kerana Menteri Pengangkutan adalah dari MCA maka kroni MCA diberi kelulusan untuk menyewa dan leased tanah itu. 

Sayang, pemimpin UMNO Jerantut lagi sekali tidak mempertahankan tanah ini bagi tujuan pembangunan yang berfaedah kepada Jerantut dari segi kebaikan ekonomi untuk semua orang.

Lima tahun yang lepas beberapa Syarikat besar dari Eropah dan India berminat mahu melabur di Jerantut untuk memajukan industri pemasangan automatif di Temin Jerantut pada asas perbincangan. 

Namun oleh kerana tiada minat yang mendalam dari pihak-pihak yang berkenaan di Jerantut baik kerajaan negeri dan pusat menyebabkan projek ini hanya tinggal setakat perbincangan. 

Akhirnya salah satu syarikat pemasangan automatif dari Eropah telah melabur di kawasan industri automatif Pekan.

WZWH berpendapat masih tidak terlambat untuk Jerantut memanggil pelabur-pelabur automatif ini kembali mengadakan rundingan dan perbincangan. 

WZWH sangat bersetuju Jerantut perlukan pelaburan sebegini seperti komen seorang pembaca blog WZWH di atas.

Kerajaan boleh dengan mengunakan akta tanah yang ada mengambil semula tanah Syarikat LKPP Ladang yang dijual kepada tokey Cina. 

Kerajaan juga boleh mengambil kembali tanah airport yang telah disewa leased kepada kroni MCA Jerantut jika industri pemasangan automatif Temin ini mahu dibangunkan oleh kerajaan dengan serious dan bersungguh.

Jika anda pergi ke Jerantut dari Temerloh, di sebelah kanan di Temin, ada sebuah kompleks institusi pengajian tinggi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) atau Advance Technology Centres yang sudah siap pembinaannya.

ADTEC Jerantut adalah salah satu dari kelapan-lapan iaitu empat ADTECs dan empat ILP. Peruntukan iaitu sejumlah RM1.44 bilion, jumlah pengambilan adalah sekitar 10,000 orang. Apabila kesemua ADTECs ini selesai nanti.

Pusat Latihan Tinggi (ADTEC) Temin Daerah Jerantut yang berharga RM95 juta mengingatkan WZWH tentang usaha gigih dan pandangan jauh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan yang ketika itu hanya berjawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut dan belum lagi bergelar wakil rakyat telah berjaya membawa projek ADTEC ke Jerantut.

ADTEC akan memulakan sesi pembelajarannya dalam 6 bidang specialist utama mengambil pelajar seramai 800 orang bermula bulan Julai 2013. Masih lagi kekurangan mesim-mesin dan peralatan dan masih menunggu order untuk ditempatkan di ADTEC Temin bagi menambah keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam beberapa posting yang lepas WZWH telah mencadangkan supaya kawasan industri terutama industri automatif didirikan dikawasan Temin dan sekitar. Memang dulu ada beberapa syarikat automotif berminat untuk melabur di Jerantut kerana lebih dekat dengan Kuala Lumpur.

YB Dato' Wan Amizan telah mencadangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Kerajaan Negeri Pahang yang terkini supaya kawasan indusri berdekatan dengan ADTEC perlu dibangunkan. Ini disahkan sendiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak kerana Temin itu dalam DUN Damak.

Ini yang menyebabkan pelabur automatif berminat melabur di Jerantut dan membolehkan anak-anak muda Jerantut berpeluang belajar kemahiran ilmu automatif.

Ini saja yang WZWH boleh bercakap bersuara dalam blog. WZWH tidak ada kuasa untuk melakukannya. Jika orang Jerantut mahu dan betul-betul mahu kita boleh melakukannya jika kita percaya destini kita.

Thursday, June 21, 2012

Jerantut Aviation Flying Academy Boleh Direalisasikan!


Menarik pandangan Blog Parlimen 81 mengenai Jerantut Aviation Training Academy (JATA) sila baca sini.

Sebelum ini WZWH telah posting berkenaan Cadangan Airport Temin dan upgrade Airport Sungai Tiang dalam Daerah Jerantut sila klik sini.

Sebenarnya UMNO Bahagian Jerantut telah mencadangkan sebuat Airport di Temin dengan tanah direzab seluas 700 ekar pada awal 1970an.

Cadangan ini hanya tinggal atas kertas kerana tiada ahli politik Jerantut yang serious dan cerdik untuk merealisasikan cadangan ini.

Ketika sewaktu dulu ahli parlimen Jerantut pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan itulah masa yang terbaik untuk jayakan cadangan Airport Temin namun tiada usaha untuk itu. What a wasted opportunity!

Sebaliknya sebahagian besar tanah itu telah disewa leased kepada pengusaha ladang sawit oleh Kementerian Pengangkutan (Jabatan Penerbangan Negara).


Begitu juga Airport Sungai Tiang dekat Taman Negara Kuala Tahan yang terbiar, tidak dibaikpulih sepatutnya diupgradekan.

Ini juga masa yang terbaik dikala DS Najib menjadi PM perlulah orang Jerantut mahu melihat Projek Airport Temin dan upgrading Airport Sungai Tiang yang boleh memberi faedah ekonomi kepada Jerantut.


Jerantut Aviation Flying Academy pada pandangan WZWH boleh direalisasikan. Tidak perlu lagi kita hantar pelajar ke luar negara atau ke negeri lain, biar rakyat Pahang terutamanya belajar aviation di Jerantut.

Come on ahli politik Jerantut use your brains and creativity!

Wednesday, June 20, 2012

Kenangan Allahyarham Dato' Tan Semasa Belajar Di Kanada

Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Bro Ghab adalah salah seorang pembaca tetap blog WZWH. Beliau sering memberi komen-komen yang  membina, intelligent, waras, bernas dan penulisan bahasa Inggeris serta bahasa Melayu sangat baik.

WZWH mahu berkongsi cerita bro Ghab ini bersama pembaca-pembaca WZWH yang lain mengenai kenangan Allahyarham Dato' Tan.

Berikut cerita bro Ghab....
Ghab said...
Al-Fatihah , ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan . Sama2 kita berdoa kepada Allah SWT semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Alhamdullilah Allahyarham telah selamat dikebumikan . 

Allahyarham adalah sahabat karib saya . Saya dan allahyarham adalah penuntut di University of Alberta , Kanada dan juga teman serumah . Allahyarham seorang yang pendiam tetapi rajin lagi tekun dalam bidang fakulti akademiknya. 

Dalam tahun keempat kami jarang bertemu muka dengan Allahyarham kerana masanya banyak diluangkan diperpustakaan sahaja . Walaubagaimanapun. Allahyarham tetap tunaikan tanggungjawabnya kerana peraturan telah diputuskan atas persetujuaan bersama . Tiap2 teman rumah di wajibkan memasak satu kali dalam seminggu dan tugas seterusnya ialah menjaga kebersihan ruang tamu , bilk air dan ruang dapur mengikut giliiran hari yang ditentukan . 

Yang hendak menjadikan cerita dalam tugas memasak ini , kita tidak boleh menyuruh kepada Chef ( Allahyarham ) apa2 yang ia hendak dihidangkan mengikut selera kita . Kita hanya boleh bertanya sahaja ( house rule) . 

" Tan , lu masak apa hari ini ? " . Sambil gelak Tan menjawab " Hari ini istimewa , gua masak TELOR masak kicap ala Jepun Tokyo kei kei " . " Apa jadi dengan Jepun Kioto itu? " Saya bertanya . " Lu lupa , lu tak boleh tanya masakan gua , ini rule " Begitu juga dengan minggu2 yang lain , berbulan2 dan malah bertahun , tak habis2 dengan TELOR sambal tumis , TELOR masam manis dan ada kalanya TELOR mata lembu dan TELOR rebus juga menjadi hidangan utama bagi kami bersama . 

Allahyarham saorang peminat setia kepada ' Edmonton Oilers' satu pasukan ice hockey , Alberta National Team , yang jurung kali menjadi juara pemenang Stanley Cup ( NHL) . Wayne Gretzky ialah hero sukan kepada Allahyarham . Allahyarham sering ke skating ring bermain ice hockey bersama kawan2 yang berminat dalam sukan itu . Dalam American Football League , Allahyarham adalah peminat Miami Dolphin . 

Rupanya Allahyarham ini belajar di Kanada. Seorang yang studi dan tekun orangnya. Memang Allahyarham memang sesuai menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dulu.

Namun selepas PRU 2008, jawatan itu dikosongkan hingga sekarang. Allahyarham Dato' Tan adalah material MB Pahang sebenarnya namun Allah lebih menyayangi beliau. Rezeki dan ajal adalah ditangan Allah.

Kita ahli politik hanya boleh merancang. Allah yang akan menentukan akhirnya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...