Sunday, March 29, 2015

Hadi Awang Kecewa PAS Pahang Lebih Sibuk Gagalkan Projek Sturgeon Dari Mempertahankan Hukum Hudud



Projek Sturgeon Kuala Tahan di Pahang adalah satu usaha Felda bagi mencari sumber ekonomi berpendapatan tinggi menggunakan teknologi cutting edge canggih terkini.

Dengan projek yang menggunakan keluasan tanah 30 ekar sahaja tapi dijangka dapat menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi boleh memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi peneroka dan kampung tradisional.

Kerajaan Negeri Pahang telah memberi tanah seluas 50 ekar di Kuala Tahan dekat Taman Negara kepada Felda leased 66 tahun. Dikatakan tanah ini adalah KSAS (Kawasan Sensitif Alam Sekitar).

Timbul persoalan berapa banyak chalet-chalet yang dibina dalam KSAS. Ada satu resort dan chalet yang dibina selama berpuluh tahun dulu betul-betul di tebing reserve Taman Negara bahkan pembuangan sisa perkumuhan meragukan kerana dibuang ke dalam sungai!

WZWH nampak tidak ada masalah dengan lokasi projek tersebut.

Tetapi malangnya DOE ( Jabatan Alam Sekitar) terlalu mendengar dan melayan kerenah NGO-NGO Alam Sekitar yang kononnya terlalu mahir dengan nature. Oleh kerana selalu kena psiko dengan pihak ini maka DOE menjadi emosi membuat keputusan tanpa memikir kepentingan ekonomi jangka panjang kepada negara.

Di Pahang, DOE sangat berkuasa dan lebih berkuasa dari MB dan PM sendiri.

Tetapi tidak di Johor apa bila ada projek yang sangat memberi impak ekonomi bernilai tinggi dan memberi kepentingan kepada Negeri Johor jika DOE memberi keputusan yang tidak menyokong maka Kerajaan Johor akan menjaga kepentingannya. Contohnya Projek Forest City menambak pulau buatan seluas 5000 ekar di laut.

Di Pahang, DOE boleh mempermainkan kepimpinan Negeri Pahang.

Rakyat Pahang nampak kepimpinan Negeri Pahang TIDAK TEGAS dan TIDAK SERIOUS membangunkan Negeri Pahang.

Kalau macam ini gayanya LEBIH BAIK NEGERI PAHANG TIDURLAH SELAMA-LAMANYA....

2 comments:

Anonymous said...

Projek kelantan tebang hutan sampai gondol tak minta eia ketat yea??? Cakap bedegar2 spender terlepas tak sedar....

Anonymous said...

Biasanya orang yang suka mengata, ianya akan berbalik pada dirinya sendiri. Muhasabah dirilah wahai para pengata orang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...