Sunday, March 8, 2015

Keberangkatan Tengku Puan Pahang Pasca Banjir Kg Labu Kali Ke 2

























KDYTM Tengku Puan Pahang mencurahkan benih anak ikan keli sebagai simbolik bagi para peserta Kursus Pendek Pembenihan Ikan Keli di Kg Labu Tembeling Tengah DUN Tahan Jerantut sambil di bantu oleh Encik Zulkifly Zaadon Zabir Penghulu Tembeling Tengah.

Hari Ahad 8 Mac 2015, sekali lagi buat kali ke 2 Tengku Puan Pahang berangkat ke Kg Labu Program Bantuan Pasca Banjir. Tengku Puan Pahang mahu Kg Labu menjadi contoh role model kampung tradisional yang mahu dibangunkan ekonomi dan kehidupan sosial masyarakatnya selepas banjir 2014.

Kg Labu dijadikan kampung angkat oleh Tengku Puan Pahang yang mempunyai banyak NGO dibawah naungannya bagi menyalurkan segala macam bentuk bantuan. Tengku Puan Pahang sudah 'fall in love' dengan Kg Labu yang sememangnya pilihan yang sangat tepat.

Sejarah Kg Labu yang merupakan 'administrative centre' bagi pentadbiran autonomi Lembah Tembeling beratus tahun dulu mewajarkan Kg Labu diangkat kembali statusnya.





















Trademark Tengku Puan Pahang suka mengadakan kursus pendek memasak bagi kaum wanita. Tengku Puan Pahang boleh dikatakan sudah menghafal berbagai jenis masakan tradisional Pahang dari berbagai daerah. Bukan saja resepi-resepi ini dibukukan tapi Tengku Puan Pahang suka promote masakan tradisional Pahang selain kain tenunan Pahang yang telah diinstitusikan hasil usaha Tengku Puan Pahang bagi memelihara khazanah warisan Pahang.




















Kaum wanita terutama memang suka dengan kursus memasak yang dipromote oleh Tengku Puan Pahang. Kelihatan Datin Ilyana Haron isteri kepada ADUN Tahan turut bersama meraikan keberangkatan Tengku Puan Pahang ke Kg Labu.




















Kursus Pendek Jahitan bagi kaum wanita yang suka menjahit ini juga menarik minat anak remaja perempuan belajar seni jahit menjahit.




















Beberapa kolam ikan keli yang disumbangkan oleh Tengku Puan Pahang. Kegiatan ekonomi membela ikan keli juga boleh menyumbang pendapatan orang kampung. Ikan keli pun ada harga dan pasaran yang baik sekarang.




















Tengku Puan Pahang berbincang dengan NGO dibawah naungan yang menyumbang benih-benih anak ikan keli untuk diternak di Kg Labu.




















Bagi kaum lelaki yang berminat dengan Kursus Pendek Simen Pero bagi membuat berbagai perabot simen dan landscape boleh belajar seni ini.




















Seawal pagi jam 8.00 lagi beberapa kumpulan sukarelawan telah bergotong royong membaikpulih repair beberapa rumah penduduk kampung yang terpilih. Bukan itu sahaja bantuan peralatan elektrik turut disumbang.




















NGO ini juga menyediakan servis wiring elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang selamat dapat dinikmati oleh penduduk Kg Labu yang rumah mereka terjejas teruk akibat banjir besar 2014.





Tengku Puan Pahang begitu 'obsess' dengan masakannya. Tengku Puan Pahang mahu persediaan makanan itu dibuat 'in order' dan 'perfect' mengikut resepi yang telah dipilih.




















Hasil masakan air tangan Tengku Puan Pahang disaksikan oleh peserta-peserta Kursus Pendek Memasak.


























Setelah selesai Program Tengku Puan Pahang dan rakyat jelata sudah menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh team dan NGO dibawah naungan Tengku Puan Pahang, barulah Tengku Puan Pahang berangkat pulang.

Walaupun sistem jalinan jalanraya Tembeling Tengah adalah yang terbaik di daerah Jerantut dengan jalan yang lebar dan cantik tetapi Tengku Puan Pahang memilih cara klasik dengan menaiki bot perahu Tembeling menghilir Sg Tembeling dari Kg Labu ke Kuala Tembeling yang telah menunggu kenderaan rasmi Tengku Puan Pahang untuk berangkat pulang ke Kuantan.

Tengku Puan Pahang mahu menikmati perjalanan menaiki bot menyaksikan keindahan kampung-kampung tradisional sepanjang Sg Tembeling.

Patik menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku diatas keberangkatan Tuanku kesekian kalinya ini..Daulat Tuanku!

Beberapa keping foto Kg Labu dekat Labu Sentral untuk tatapan pembaca blog WZWH di bawah:

Labu Sentral dibangunkan oleh ECER bagi menarik ramai pelancong ke Tembeling Tengah dan ke Kuala Tahan Taman Negara.

Satu projek yang ambitious iaitu Safari Park yang berkeluasan 12,000 ekar di hutan seberang Tembeling Tengah mahu dibangunkan bagi membela binatang-binatang liar secara terbuka dan sedikit kawalan.

Projek Cable Car akan dibina di Labu Sentral sebagai pintu masuk atau getway to Safari Park. Projek ini akan memberi faedah ekonomi kepada Lembah Tembeling secara keseluruhan.


No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...