Thursday, March 19, 2015

TERAJU Pengerak UMNO Bahagian Jerantut Menang PRU Sesi DUN Damak



















Dato' Wan Amizan bin Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut berucap memberi taklimat TERAJU pengerak UMNO Bahagian Jerantut.


TERAJU adalah kepimpinan UMNO yang dibarisi barisan AJKnya oleh semua Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam setiap DUN di Parlimen Jerantut iaitu di DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan.

Juga melibatkan kesemua kepimpinan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap cawangan.

Dengan erti kata lain semua kepimpinan di akarumbi terlibat secara direct dalam bertanggungjawab bekerja kuat memenangkan parti.

Jerantut adalah kubu kuat terakhir the last fort UMNO dan BN di Pahang. Tumbang Jerantut tumbang Negeri Pahang.

Oleh kerana UMNO sudah berumur 70 tahun parti lama UMNO bersifat sangat baik. Presiden UMNO pun sangat baik walau dikata fitnah pembangkang, diserang oleh pemimpin veteran, UMNO dan Presiden bersikap defensif.

UMNO terutama pemimpin-pemimpin peringkat MKT, Negeri, Bahagian dan Cawangan kena jawab dan memberi penerangan. 

Ketua Penerangan UMNO Malaysia perlu ke depan. Cukuplah kempen hal GST buat sesuatu program untuk menjawab isu-isu current dan terkini. Jawab isu 1MDB, Jawab isu yang dibangkitkan oleh pemimpin veteran.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia perlu buat program mempertahankan Presiden parti.

Bagus pemimpin Sabah dan Sarawak cepat menjawab mempertahankan Presiden UMNO dan BN.

UMNO di akarumbi tidak boleh nampak lesu dan tidak bermaya.

UMNO di akarumbi tidak boleh jalan menunduk.

UMNO di akarumbi kena bekerja, mempertahan, dan menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO masih kuat dan berjasa.

UMNO perlu bangkit dari rasa rendah diri.

Bila UMNO di akarumbi kuat dan mantap, UMNO boleh menang lebih banyak kerusi pada PRU 14 dan seterusnya.

Bila UMNO di akarumbi kuat maka pemimpin di Bahagian, Negeri dan MKT dan Pusat pun kuat.

Bila UMNO di akarumbi kuat maka Presiden pun kuat dan nampak hebat.

Bila Presiden kuat dan hebat maka semua segala serangan politik pembangkang menjadi tumpul dan tidak menjadi kudis.

Sebenarnya semua isu-isu terkini yang dimainkan oleh  pembangkang dan pemimpin veteran itu tidak berasas dan mudah untuk dipatahkan hujahnya.

Kepimpinan  UMNO di Bahagian perlu bekerja dan bergerak. Segala macam peruntukan mesti dihabiskan guna. Mana yang untuk rakyat dan mana yang untuk orang UMNO. Kembangkan pengaruh, kurangkan musuh, bela dan belai penentang dan gosok sikit belakangnya.

Kepimpinan peringkat akar umbi perlukan pengiktirafan, galakan, motivasi, insentif, sedikit ganjaran, harapan dan jika kepimpinan Bahagian boleh menghargai ini semua dan cuba sedaya upaya turun ke bawah bersama memenuhi aspirasi kepimpinan peringkat akar umbi maka kuatlah parti UMNO itu.

Kepimpinan UMNO akarumbi perlu cari keahlian seramai boleh dan sokongan rakyat kepada UMNO dan gerakkan jentera-jentera yang sedia ada.

Kepimpinan UMNO akarumbi perlu melibatkan semua lapisan masyarakat, bercampur gaul dengan masyarakat tidak kira apa bangsa dan keturunan,

Kepimpinan UMNO akarumbi perlu tahu apa kehendak dan kemahuan masyarakat setempat. Ketengahkan kepada kepimpinan Bahagian agar kehendak dan kemahuan masyaratat itu boleh dilaksanakan. kalau tidak boleh penuh, separuh pun boleh atau beransur-ansur.

Demikian inisiatif TERAJU bagi mengerakkan UMNO Bahagian Jerantut dengan strategi yang simple tapi efektif dan efisien untuk mencapai objektif dan matlamat.

Esok hari Jumaat 20 Mac 2015 diadakan pula TERAJU Pengerak UMNO Bahagian Jerantut Menang PRU Sesi DUN Tahan di Rest House Jerantut pada malam hari. 

Mari kita semua ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut bekerja dan menyahut seruan TERAJU.




















Kehadiran kepimpinan UMNO cawangan dan sayap-sayap dalam DUN Damak di Rest House Jerantut bersama kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.



No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...