Nuffnang Ads

Pages

Saturday, March 14, 2015

TERAJU Pengerak UMNO Bahagian Jerantut Menang PRU 14















YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap ADUN Tahan sedang memberi ucapan taklimat khas di hadapan semua kepimpinan 16 cawangan UMNO dalam kawasan Felda di DUN Pulau Tawar termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bertempat di PPTR Resort malam tadi berlansung Taklimat Khas Bersama Kepimpinan UMNO dengan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan AJK UMNO Bahagian Kawasan Felda.

DUN Pulau Tawar mempunyai 29 cawangan UMNO. Terdapat 16 cawangan UMNO yang melibatkan kawasan Felda.

Antara isi-isi penting taklimat khas itu ialah:

Semua 16 cawangan UMNO  yang melibatkan kawasan Felda perlu membawa usul dalam Mesyuarat UMNO cawangan yang akan bermula pada hujung Mac ini supaya mengesa Perumahan Generasi Baru Felda yang dicadang dibuat di tapak-tapak yang terpilih harga rumah itu tidak melebehi RM80,000 dan sewa beli tidak melebehi RM250 sebulan. Ini bagi mengurangkan beban kewangan anak-anak peneroka.

Penubuhan AJK TERAJU bagi membantu dan memperkasakan serta penggerak UMNO di DUN Pulau Tawar. TERAJU juga akan ditubuhkan di setiap DUN lain seperti di DUN Damak dan DUN Tahan. Berbagai program akan dibuat tujuan utama untuk UMNO dan BN menang PRU 14 menang parlimen dan 3 DUN.

TERAJU juga turut membantu daftar pemilih PRU dengan insentif RM10 bagi setiap seorang pemilih yang berjaya didaftarkan. Ini penting kerana ada ahli UMNO yang masih tidak berdaftar termasuk ahli keluarga dan menarik ramai yang tidak berparti.

Untuk menguatkan ahli UMNO, TERAJU mahu setiap DUN menghantar 500 ahli UMNO supaya 1500 orang boleh dihantar ke suatu tempat untuk diberi latihan, motivasi dan retreat yang akan diusahakan tidak lama lagi.

Dato' Wan Amizan mengumumkan mahu memberi sumbangan RM1000 kepada setiap sayap Wanita cawangan, RM1000 bagi setiap sayap Pemuda cawangan dan RM1000 bagi setiap sayap Puteri cawangan di seluruh DUN Pulau Tawar bagi memeriahkan mengadakan mesyuarat UMNO cawangan.

Dan bagi 29 cawangan UMNO pula di DUN Pulau Tawar itu belum Dato' Wan Amizan umumkan lagi.

Pada perjumpaan yang serupa di DUN Damak akan diadakan pada 18 Mac nanti di bandar Jerantut. Di DUN Tahan pula akan diberitahu kemudian.

UMNO Bahagian Jerantut perlu digerakkan bersama kepimpinan Bahagian, Cawangan dan ahli-ahli bekerja bagi memastikan kemenangan parti pada PRU 14 nanti.
















Antara AJK UMNO Bahagian Jerantut yang hadir dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan serta kepimpinan sayap-sayap cawangan di DUN Pulau Tawar.


2 comments:

Anonymous said...

Makcik2 dan Pakcik2 Umno tu makan telor ikan sturgeon ke? atau ikan patin kuah tempoyak?

Anonymous said...

makan belimbing buluh!