Nuffnang Ads

Pages

Sunday, March 22, 2015

Mangsa Lemas Sg Tembeling di Kg Gol Dijumpai



















Mangsa lemas Arwah adik Faiz Akmal bin Jamal pelajar Tingkatan 3 SMK JP Shah Kuala Tahan yang dilaporkan hilang petang semalam telah dijumpai oleh anggota penyelamat Bomba di Sg Tembeling Kg Gol Tembeling Tengah pada pukul 11.20 pagi hari ini. Mangsa berasal dai Kg Gol.




















Arwah dikatakan bersama dua lagi budak lelaki mandi manda di Sg Tembeling yang airnya musim sekarang sangat toho (cetek). Kejadian lemas berlaku selepas pukul 1.30 tengahari semalam.

Tidak seperti Ulu Tembeling yang air sungai Tembeling juga cetek di Tembeling Tengah terdapat beberapa lubuk yang dalam.  Bahaya walupun air sungai nampak toho berpasir tapi dalam air dia beliring dan pasir jerlus perlu hati-hati.

Dipercayai mangsa telah berenang dekat leheng pasir yang berdekatan lubuk yang dalam. Kedua lagi budak lelaki yang bersama dengan arwah selamat.

Petang jam 2:00 semalam keluarga mangsa melaporkan kehilangan mangsa. Anggota penyelamat Bomba, Polis, JPAM, Perhilitan, PBS Kuala Tahan, PBS Sg Retang dan Orang kampung memulakan operasi mencari mangsa. Berbagai usaha dilakukan seperti menyelam, menjala, dan search and rescue operation.

Malangnya mangsa tidak dijumpai sehingga operasi ditangguhkan pada 7.30 malam. Dan disambung semula pada pukul 8.00 pagi hari ini.

Mangsa dijumpai disebelah hilir lubuk dengan timbul sendiri pada pukul 11.20 pagi. Jenazah kemudian dibawa oleh anggota polis ke Hospital Jerantut untuk dipost mortem.




















Tempat kejadian adalah tempat yang sama bila seorang sahabat WZWH dan anak perempuannya turut lemas dalam tragedi yang menyayat hati beberapa tahun dulu. Sahabat WZWH cuba menyelamatkan anak perempuan kesayangan tetapi kedua beranak lebih dulu pergi menemui Illahi.

Memang pada awal tahun waktu begini kanak-kanak, remaja dan keluarga suka mandi manda berenang di Sg Tembeling kerana air sungai yang cetek.

Memandangkan bekalan air bersih sudah dinikmati puluhan tahun dulu, anak-anak Tembeling sudah tidak biasa mandi di sungai apa lagi berenang di jeram. Maka skil berenang sudah kurang. Hanya boleh berenang di dasar yang cetek sahaja.




















Orang kampung dan sanak sudara bersama anggota penyelamat di lokasi kejadian.




















Kehilangan anak bagi keluarga sangat memilukan hati dan perasaan. Banyak kejadian lemas berlaku menuntut keinsafan. Tok Empat Kg Gol dan JKKKnya perlu meletakkan tiang signboard memberi amaran DI SINI DI LARANG MANDI MANDA berdekatan tempat dan lokasi selalu berlaku mati lemas.

ADUN Tahan perlu fikir membina beberapa kolam mandi PUBLIC kepada anak-anak Tembeling hari ini yang sudah lupa skill berenang di sungai dan jeram seperti nenek moyang dahulu kala.

WZWH mengucapkan Alfatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama hamba-hamba yang soleh dan beriman.

No comments: