Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, March 3, 2015

Champa Kingdom 192M - 1832M Kerajaan Melayu Terakhir Di Indochina






Urang Campa adalah sebutan bagi komuniti Campa dalam bahasa mereka sendiri. Sedangkan di Malaysia mereka disebut sebagai Melayu Champa. Pada awalnya mereka adalah penganut Hindu dan kemudian beralih ke Islam sejak abad ke 13, sezaman dengan perkembangan Islam di Nusantara. Asal orang Champa menurut penelitian adalah masyarakat Melayu-Polinesia yang mendiami Kepulauan Nusantara pada abad sebelum Masehi.

Sepanjang sejarahnya yang selama 1.5 Millennium (192 M – 1832 M), bangsa ini telah menempuh kejayaan dan kehancuran. Dan sekarang boleh dikatakan punah, kerana sudah tidak memiliki tanah air lagi dan anak cucunya yang sekitar 500,000 an orang tersebar di lapan negara (Kamboja, Vietnam, Malaysia, Indonesia, USA, Thailand, Laos dan Perancis).

Kerajaan Champa (Chăm Pa dalam bahasa Vietnam atau Chiêm Thành dalam rekod Hán Việt) merupakan kerajaan yang mengawal selatan dan tengah Vietnam kiri antara antara abad ke-7 hingga 1832.

Bangsa Champa adalah bangsa pedagang yang pada masa kejayaannya menguasai jalur perdagangan sutera dan rempah-rempah antara Cina, Nusantara, India dan Persia. Umumnya mereka adalah pedagang perantara.

Kerajaan Champa ditadbir oleh 14 dinasti. Nama Champa telah wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang. Mengikut sumber Sanskrit, Champa diterajui Bhadravarnom. Kerajaan Champa mendapat pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh ini telah lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Chu Lien. Pelabuhan terkenalnya, Inderapura dan terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya. Kerajaan Champa dipengaruhi agama Hindu.

Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cham, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 km ke barat Negara Lin Yi.

Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Campa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penuh dengan keganasan'); dan Chiam-Thánh oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Champa yang terawal.

Islam mula membuat kemajuan di kalangan Champa selepas abad ke-10 oleh pedagang Arab, Parsi, Gujerat dan China Islam. Menjelang abad ke-17, keluarga Diraja Champa juga mula beralih kepada Islam dan ini akhirnya mencetuskan perubahan besar dengan majoriti rakyat Champa kemudian memeluk Islam. Kebanyakan orang Champa kini berpecah sama rata antara menjadi penganut agama Islam dan Hindu, dengan majoriti Vietnam Cham menjadi Hindu manakala majoriti Kemboja Cham beragama Islam, walaupun minoriti besar Mahayana Buddha terus wujud.

Rekod abad ke-15 Indonesia menunjukkan pengaruh Putri Darawati, seorang puteri Champa, dalam mempengaruhi suaminya, Kertawijaya, raja Majapahit ketujuh untuk mempengaruhi keluarga Diraja kerajaan Majapahit memeluk Islam. Makam Islam Putri Champa (Puteri Champa) boleh didapati di Trowulan, Jawa Timur, tapak Empayar Majapahit. Pada abad 15 hingga abad ke-17, Kesultanan Islam Champa mengekalkan hubungan yang baik dengan Kesultanan Aceh melalui perkahwinan dinasti. Kesultanan ini terletak di hujung utara Sumatera dan merupakan penyebar syiar agama Islam di kepulauan Melayu. Menurut kajian linguistik orang Aceh dan Champa mempunyai hubungan kekeluargaan seperti kedua-dua cawangan bahasa mereka daripada keluarga bahasa Aceh-Chamic yang sama.

Champa mula menerima pengaruh Islam selepas tewas kepada Vietnam yang menyebabkan kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471. Sultan pertama yang memerintah Champa yang berpusat di Panduranga ini ialah Sultan Abu Abdullah atau Wan Bo Tri-Tri yang menggantikan bapa mertuanya. Beliau ialah putera kepada Aria Gajah Mada atau Ali Nurul Alam, Perdana Menteri Majapahit II.

Champa juga menjalin hubungan yang cukup dekat dengan dinasti raja-raja yang berkuasa di Nusantara, seperti Sriwijaya dan Majapahit. Dalam salah satu keterangan disebut Kertanegara, Raja Majapahit memperistri Putri Champa.

Bangsa Champa juga tersebar sampai ke Acheh dan Minangkabau. Bahkan bahasa Champa mempengaruhi Bahasa Aceh yang dituturkan di Pesisir Utara dan Pesisir Timur Aceh. Bangsa Champa juga merupakan bangsa yang menganut adat matrilineal (hak warisan lebih kepada jalur sebelah ibu), sama seperti yang diamalkan orang Minangkabau saat ini.

Perluasan semula kuasa oleh Vietnam pada sejak 1720 menyebabkan tumbangnya Kerajaan Champa dan pembubaran oleh Raja Vietnam abad ke-19, Minh Mang pada tahun 1832. Sebagai tindak balas, lalu Raja Champa Islam terakhir, Po Chien, mengumpulkan rakyat Champa di kawasan pedalaman dan melarikan diri ke selatan ke Kemboja, manakala mereka di sepanjang pantai berhijrah ke Terengganu (Malaysia). Sekumpulan kecil melarikan diri ke utara ke Pulau Hainan China di mana ia dikenali hari ini sebagai Utsuls. Tempat kediaman mereka di Kemboja di mana raja dan kaumnya menetap masih menanggung nama Kampong Cham (pendaratan Cham); masyarakat Champa yang lain tersebar di seluruh Lembangan Mekong. Mereka yang kekal di Nha Trang, Phan Rang, Phan Ri, dan Phan Thiet wilayah tengah Vietnam telah diserap ke dalam tatanegara politik Vietnam.

Nasib Negara Champa memberi keinsafan kepada Orang Melayu di Malaysia yang sudah kehilangan kuasa politik di Singapura bahawa suatu hari nanti orang Melayu di Malaysia akan mengalami nasib dan takdir yang sama jika memilih perjuangan politik yang salah!

No comments: