Nuffnang Ads

Pages

Monday, March 23, 2015

Kemana Hala Tuju Projek Sturgeon Kuala Tahan?



















Walau Kerajaan Negeri Pahang telah memutuskan dalam Mesyuarat EXCO terbaru berkenaan Projek Sturgeon Kuala Tahan bernilai RM150 juta dipindahkan kerana Laporan DEIA tidak disokong oleh DOE dan kenyataan jurucakap melalui EXCO Felda Dato' Bakar bahawa projek ini cuma lokasi berubah akan tetap dibuat di Jerantut.

Rakyat, penyokong dan pembangkang projek ini terutama penduduk Lembah Tembeling tetap mahu dengar  kenyataan pandangan WZWH sebagai pencetus idea.

Isu Projek Sturgeon Kuala Tahan menjadi hangat dan panas bukan sahaja dikalangan penyokong dan pembangkang dikalangan penduduk tempatan malah melibatkan beberapa NGO dan parti-parti politik.

Isu ini adalah isu nasional malah menarik minat global ini terbukti bila Presiden Obama dan Presiden Putin mahu tahu perkembangan projek ini. Apa lagi dihati DS Najib Perdana Menteri.

WZWH menyokong projek ini demi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Lembah Tembeling dan sumbangan projek ini kepada ekonomi negara.

WZWH menghormati keputusan Laporan DEIA dari DOE yang tidak menyokong projek ini kerana menurut pakar projek ini berisiko tinggi kerana banjir besar 2014 bukanlah sebab kerana faktor kesan kepada alam sekitar.

Maka projek ini dipindahkan dari kawasan asal seluas 50 ekar dalam kawasan KSAS (Kawasan Sensitif Alam Sekitar) di Sg Tabong Kuala Tahan ke satu lokasi yang berkeluasan 50 ekar tetap dalam kawasan JKKK Kuala Tahan yang berciri berikut:



  • Tanah adalah tanah Kerajaan
  • Tanah tidak dalam kawasan KSAS
  • Tanah tidak berisiko tinggi banjir


Buat masa ini biarlah lokasi tanah ini dirahsiakan dari public dulu.

Projek Sturgeon di Kuala Tahan tetap diteruskan di lokasi yang mahu dipindahkan. WZWH tidak akan membiarkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Lembah Tembeling terbantut dan terhalang kerana sebab teknikal.

WZWH mencadangkan kepada Felda supaya tanah seluas 50 ekar dilokasi tapak lama itu dibuat rekreasi green park bagi menarik pelancong ke Kuala Tahan. Buatlah monument kerana tapak itulah telah menjadi sejarah, tumpuan lebih mempopularkan Kuala Tahan dan kegiatan ekonominya.

Sekurang-kurangnya bantahan yang dibuat oleh pembangkang projek ini atas alasan tapak lama dalam kawasan KSAS telah dilayan dan ini tidak lagi menjadi polemik dan boleh cool off temperature politik tempatan serta merapatkan hubungan antara penyokong dan pembangkang tempatan dalam isu ini.

Dengan apa yang WZWH terang dan rancang ini menepati syarat-syarat di atas tidak ada sebab mengapa ada pihak mahu membangkang dan tetap membangkang kerana semua kondisi telah dipenuhi.

Projek Sturgeon di Kuala Tahan tetap diteruskan di satu lokasi baru yang semua orang boleh bersetuju tanpa was-was.

No comments: