Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, March 11, 2015

Politik Orde Tinggi Mencapai Kerajaan Langit Dan Bumi




"Men are political animals....politics is about interests..."

Beribu tahun manusia berpolitik untuk mencapai matlamat menubuh kerajaan, menyusun dan membentuk masyarakat yang lebih baik.

Alat atau means bermacam-macam diguna tapi hasil tetap sama sesuatu kerajaan itu boleh terbentuk, berkembang, menjadi sementara, tidak stabil, goyang dan akhirnya menuju kehancuran serta dibentuk lagi prosesnya.

Politikus yang bermacam-macam guna ideologi bermacam-macam untuk dapat kuasa, pengaruh, kekayaan, kemakmuran. Persaingan menghasilkan konflik dan peperangan.

Masyarakat mengalami berbagai cubaan kebanyakannya penuh derita.

Tidak cukup dengan itu Langit menurunkan ramai ilmuan Ilahi bagi membantu manusia membentuk masyarakat yang terbaik.

Satu peringkat proses menyusun masyarakat terbaik ini sudah lengkap namun manusia dari dulu hingga kini diberi pilihan untuk memilih.

Banyak kerajaan dibentuk berkembang, gemilang, terbilang , hingga terbuang runtuh...

Politikus tetap mahu mencuba lagi...

Kenapa politikus dan masyarakat gagal mencapai masyarakat yang terbaik?

Kerana semuanya hanya fokus kepada Kerajaan di Bumi sahaja yang tidak boleh kekal lama.

Ini politik orde rendah!

Politikus dan ulama pun hanya berkisar politik orde rendah menyebabkan mereka tidak nampak politik orde tinggi.

Politikus dan ilmuan perlu politik orde tinggi bagi mencapai Kerajaan Langit dan Bumi.

Politik orde tinggi yang mempunyai Kerajaan Langit dan Bumi.

Politik yang mendekati Yang Maha Kuasa.

Yang mempunyai 'Arsy lagi Maha mulia.

Yang tersimpan dalam Lauh Mahfuzh.

Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.

Di dalamnya terdapat Kitab-kitab yang lurus.

Menunjuk jalan yang lurus.

Yang selalu memberi peringatan.

Kitab Sijjin dengan Kitab 'Illiyyin.

Adakah politik orde tinggi sukar dimengerti bagi mencapai Kerajaan Langit dan Bumi?

1 comment:

Anonymous said...

The Ayah Pin Government