Nuffnang Ads

Pages

Monday, March 16, 2015

Mahathir Kata BN Kalah PRU 14 Isu 1MDB...Lim Kit Siang Kata Pakatan Rakyat Kalah PRU 14 Isu Hudud...Siapa Yang Betul?




Mahathir dan Lim Kit Siang adalah ahli politik yang sangat berpengalaman. Ibaratnya masing-masing mempunyai 2 hingga 3 PHD ilmu politik. LKS masih aktif sebagai ahli parlimen manakala Mahathir sudah pencen politik tapi tidak nampak macam bersara.

Tapi kedua-dua dinasour politik Malaysia ini suka berblog, posting terbaru Mahathir sila klik sini meramalkan BN akan kalah PRU 14 jika isu 1MDB tidak ditangani dengan betul.

Manakala LKS dalam posting terbaru blog beliau sila klik sini juga meramalkan Pakatan Rakyat akan kalah PRU 14 jika isu Hudud mahu dilaksanakan di Kelantan. 

LKS menyatakan idea Kerajaan Perpaduan (Unity Government @ UG) adalah jerat UMNO menyokong pelaksanaan Hudud untuk melemahkan sokongan rakyat terutama Bukan Islam kepada Pakatan Rakyat.

Siapa yang betul buat statement ini? Mahathir atau LKS?

Kalau Mahathir betul....kalau LKS betul....parti mana yang sebenarnya menang???

Mahathir kata BN kalah....LKS kata Pakatan Rakyat kalah.... tidakkah confused?

Sejauh mana isu 1MDB dan Hudud boleh mempengaruhi pola undi rakyat Malaysia pada PRU 14?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu, faham dan mengerti isu 1MDB?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu, faham dan mengerti isu Hudud?

WZWH rasa majoriti rakyat Malaysia lebih familiar biasa dengar isu Hudud dari 1MDB.

Ramai rakyat tidak faham apa itu isu IMDB tidak banyak yang boleh disembang di kedai kopi. Rakyat pun tidak peduli lebih-lebih lagi setelah dapat pembayaran BRIM.

Mungkin statement LKS itu lebih ada weight atau credibility bila membawa isu Hudud yang pada pandangan beliau bila dibentang dan diimplemenkan di Kelantan boleh buat undi terutama Bukan Islam tidak sokong Pakatan Rakyat.

3 comments:

kiasfansuri said...

setuju

Anonymous said...

Kianfansuri ni penulis punya fake akaun.

Angguk2 geleng2

Tunjuk tunjuk

Tunduk tunduk

maae said...

LKS ada agenda peribadi. Juga geng-geng kincan nya dalam pakatan. Hudud hanya satu "alat" untuk kaph pha ro menyanggah Islam satu kemestian dalam perjuangan mereka. Mereka tahu benar, dari sejarah T.Melayu, Islam itu satu agama yang bisa sahaja menyatukan Bangsa Melayu dan rela mati kerana nya. Sekarang siapa dan pihak mana beria-ia sokong LKS ? Kenapa Pas tidak sudah bercelaru ? Kenapa agenda Anwar di sokong penuh puak kafirun dan munafik ?

Tun Mahathir sudah lanjut usia. Fikir secara tuntas, untuk apa beliau masih keriau walhal sepatut nya bukan urusan beliau lagi ! Bagus nya umpama ayah atau datuk yang mengawasi anak-anak / cucu-cucu nya bermain di laman dan taman, terlalu asyik bebas tidak endahkan bahaya ! Saya tidak fikir beliau mahu "membuang" Najib. Merotan mungkin.. he..he..

Jangan kita lalok dengan pembangkang. Jika berpolitik, bela lah Nusa dan Bangsa ! Pastikan PRU 14 itu satu medan pertempuran amat dahsyat bakal menanti. Tidak mungkin juga Najib masih lagi mengira-ngira...