Tuesday, March 31, 2015

Setiausaha Sulit Perdana Menteri Meninggal Dunia



Foto kenangan WZWH bersama Allahyarham Dato' Mohd Po'ad bin Jelani, Setiausaha Sulit Perdana Menteri yang kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Beliau menderita sakit kanser.

Dukacita dimaklumkan Dato' Mohd Po'ad bin Jelani telah meninggal dunia awal pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah diletakkan di tempat hamba-hamba yang beramal saleh. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada Jabatan Perdana Menteri.

WZWH ucap Alfatihah dan takziah kepada keluarga Allahyarham.

WZWH imbas kembali posting blog WZWH mengenai rombongan Staf Jabatan Perdana Menteri ke DUN Tahan beberapa tahun yang lalu...

Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri Bercuti Di Taman Negara Ulu Tembeling


































'Gesture' 1Malaysia dari rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dan pemimpin DUN Tahan di Rainforest Resort Kuala Tahan sebelum kembali pulang ke Kuala Lumpur.

DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang kuat bekerja dan selalu turun padang merasa denyut nadi rakyat serta sentiasa sibuk dari pagi sampai malam.

Oleh kerana PM padat jadual dan sibuk sudah tentu staf kakitangan Pejabat Perdana Menteri juga turut sibuk melibatkan pegawai-pegawai, kakitangan pentadbiran termasuk pengawal-pengawal peribadi.

Staf Perdana Menteri perlu juga berehat menenangkan fikiran dari stress kerja. Oleh itu DS Najib memberi keizinan kebenaran bagi staf Pejabat Perdana Menteri satu rombongan seramai 31 orang bercuti di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling selama 3 hari dari 18 hingga 20 Mei.

Ini adalah idea spontan Staf Pejabat Perdana Menteri bersama YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan kerana Taman Negara dan Ulu Tembeling dalam DUN Tahan parlimen Jerantut Pahang.

Rombongan ini diketuai oleh Dato' Mohd Po'ad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato' Akmar Hisham bin Muklis Setiausaha Akhbar, beberapa pegawai khas, pentadbiran dan pengawal peribadi Perdana Menteri serta Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri.

Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri bermalam 2 hari di Rainforest Resort. Pada pagi Sabtu lagi mereka bersama ADUN Tahan berlepas ke Kampung Pagi Ulu Tembeling dengan bot panjang dan 7 jet ski kerana ada Program Gotong Royong.

WZWH suka melihat gelagat rombongan 31 Staf Pejabat Perdana Menteri bila bot panjang dan jet ski meredah mudik 7 jeram takut basah dibedal ombak jeram. Ada pegawai-pegawai Perdana Menteri ini cuba sendiri memandu jet ski namun driver jet ski tetap berwaspada bimbang hilang kawalan takut melanggar tebing sungai atau bot-bot penambang Ulu Tembeling yang hilir mudik Sungai Tembeling.

Oleh kerana Dato' Mohd Po'ad seronok bermain jet ski lalu mengajak rombongan jet ski terus mudik hingga ke Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling. WZWH nampak Staf Pejabat Perdana Menteri ini santai dan relax seronok dengan percutian mereka.

Pada sebelah petang, sebahagian ahli rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti rekreasi di Taman Negara Kuala Tahan seperti jungle trekking, canopy walkway dsb.

Pada sebelah malam pula YB Dato' Wan Amizan menjamu rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dengan makan malam bersama para JKKK DUN Tahan, pemimpin NGO tempatan dan belia. Band tempatan Kuala Tahan turut membuat persembahan menghiburkan mereka.

WZWH merasakan objektif percutian rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri disamping bersantai menenangkan fikiran juga membuka minda mereka betapa masyarakat di pedalaman Ulu Tembeling perlukan pembelaan infrastruktur terutamanya.

Bila rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri ini pergi sendiri melihat kehidupan masyarakat pedalaman maka mereka lebih faham kesusahan dan keperluan masyarakat Ulu Tembeling.

Selepas breakfast dan bergambar bersama pemimpin tempatan rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri ini berlepas balik ke Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi. WZWH harap rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri selamat pulang dan bekerja dengan semangat yang ceria.




































Dato' Wan Amizan bin Wan Razak mengalu-alukan rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dengan jamuan makan malam di Rainforest Resort bersama JKKK DUN Tahan, pemimpin NGO dan Belia tempatan. Dato' Wan Amizan berkata mana-mana JKKK kampung yang ada apa-apa permohonan terus beri surat permohonan kepada Dato' Mohd Po'ad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri.



































Dato' Mohd Po'ad bin Jelani menyampaikan ucapan balas terima kasih bagi pihak rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri. Rombongan sangat berpuas hati dengan percutian di Taman Negara Kuala Tahan dan lawatan ke beberapa kampung Ulu Tembeling.



































YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan melayan Dato' Mohd Po'ad, Dato' Akmar Hisham di jamuan makan malam. Hidangan istimewa ikan kelah disediakan.




































Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri.




































Pemimpin-pemimpin DUN Tahan yang turut hadir.




































Band tempatan Kuala Tahan menghiburkan para hadirin dengan persembahan yang setaraf band-band KL.




































Penyerahan cek elaun para Tok Empat-Tok Empat DUN Tahan disampaikan oleh Dato' Akmar Hisham bin Mukhlis.

















































Di luar Dewan Seri Janing Rainforest Resort terdapat para hadirin menikmati jamuan.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024