Saturday, March 7, 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Kepada 1500 Murid Bersama ADUN Tahan dan Yayasan Pahang






















Majlis Penyerahan Bantuan Banjir kepada hampir 1500 murid SK dan pelajar SMK di DUN Tahan bersama YB Dato' Hj Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan dan Yayasan Pahang.

Banjir besar 2014 mengakibatkan musibah dan bencana kepada penduduk terutama di tepi tebing Sg Tembeling dan Sg Pahang. Yayasan Pahang mengambil inisiatif bagi membantu anak-anak mangsa banjir yang terlibat.

Hampir 1500 murid dan pelajar SK dan SMK telah diberi bantuan sejak hampir seminggu pegawai dan staf Yayasan Pahang touring DUN Tahan mudik hilir Sg Tembeling menyusuri beberapa kampung tradisional.

Bermula pada Isnin 2 Mac 2015 jam 9.00 pagi di SK Kg Pagi menyerah bantuan banjir kepada murid-murid dan ibu bapa pelajar SMK. Kemudian Jam 2.00 petang di SK Kuala Sat dan jam 5.00 petang di SK Mat Daling.

Selasa 3 Mac 2015 jam 9.00 pagi bertempat di SK Kg Bantal menyerah bantuan banjir kepada murid dan ibu bapa pelajar SMK yang turut juga melibatkan penyertaan murid-murid SK Kg Gusai.

Rabu 4 Mac 2015 jam 8.30 pagi setelah pegawai dan staf Yayasan Pahang menghilir Sg Tembeling bertempat di SK Pedah sebagai pusat penyerahan bantuan banjir kepada murid dan ibu bapa pelajar SMK melibatkan SK Pedah, SK Tanah Rom, SK Pulau Mansok dan SK Padang Piol.

Khamis 5 Mac 2015 jam 9.00 pagi bertempat di SK Teh dan jam 11.00 pagi di SK Kuala Tembeling menyerah bantuan banjir kepada murid dan ibu bapa pelajar SMK Kuala Tembeling.

Jumaat 6 Mac 2015 jam 9.00 pagi di SK Chebong penyerahan  bantuan banjir kepada murid dan ibu bapa pelajar SMK melibatkan SK Chebong, SK Pasir Durian, SK Merting dan SMK Sg Retang.

Hari ini Sabtu 7 Mac 2015 jam 9.00 pagi bertempat di SK Kuala Tahan , ADUN Tahan berkesempatan menyerahkan bantuan banjir kepada murid-murid SK Kuala Tahan dan ibu bapa pelajar SMK Kuala Tahan.

WZWH respect pegawai dan staf Yayasan Pahang kerana sanggup turun padang dan mudik hilir Sg Tembeling bagi memberi bantuan kepada murid-murid dan pelajar mangsa banjir di pedalaman Ulu Tembeling.

Tahniah dan syabas WZWH ucapkan kepada Tn Hj Abdul Razak bin Abu Musa Saari Pengurus Kanan Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang dan staf kerana mengatur dan mengurus majlis ini.

Yayasan Pahang yang ditubuhkan oleh ilham YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa memegang jawatan MB Pahang pada 1983. Yayasan ini telah dikembangkan oleh Tun Khalil MB Pahang sebelum ini  dan telah dipertingkatkan lagi manjadi Yayasan Pahang hari ini oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

Yayasan Pahang setakat ini telah membelanjakan hampir RM2 bilion kepada bidang pendidikan di Pahang kepada rakyat Pahang tanpa mengira keturunan, warna kulit dan bangsa. Inilah sebenarnya kekuatan salah satu sebab kenapa Negeri Pahang ini tidak tumbang kepada pembangkang dalam setiap PRU!

DSD Adnan Yaakob MB Pahang sangat perihatin kepada pendidikan rakyat negeri Pahang. Sememangnya itulah legasi beliau sebagai MB Pahang yang akan selalu dan tetap diingat oleh rakyat Pahang.
















Majlis terakhir Penyerahan Bantuan Banjir bersama ADUN Tahan dan Yayasan Pahang di SK Kuala Tahan.
















Ucapan Tn Hj Abdul Razak bin Abu Musa Saari Pengurus Kanan Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang menyatakan bahawa Yayasan Pahang membelanjakan RM90 juta setiap tahun bagi bantuan kepada SK dan SMK. Ini bagi membantu melanjutkan pelajaran. Keutamaan kepada anak-anak Pahang dan keluarga kurang pendapatan. Yayasan Pahang komited membantu anak-anak Pahang untuk terus maju dalam bidang pendidikan.
















ADUN Tahan berterimakasih kepada DSD Adnan Yaakob MB Pahang selaku Pengerusi Yayasan Pahang yang begitu mengambil berat tentang bantuan kepada murid dan pelajar. ADUN Tahan juga berterimakasih kepada Kakitangan Yayasan Pahang serta pihak sekolah yang telah menjayakan program bantuan sepanjang minggu ini.
















Pendidikan sangat penting bagi anak-anak di DUN Tahan. Dengan pendidikan dan ilmu boleh melahirkan generasi pemimpin yang bertanggungjawab dan berjasa kepada keluarga dan masyarakat.

Segala macam pembangunan dan kemajuan boleh dilaksanakan bila ada pemimpin dan masyarakat yang celik ilmu untuk menerima perubahan yang lebih baik bagi kehidupan.

WZWH pun berterimakasih kerana mendapat bantuan Yayasan Pahang yang menukar status pinjaman kepada biasiswa sepenuhnya kerana keputusan yang cemerlang bagi mendapatkan Sarjana MBA di UUM pada 2007.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024