Monday, March 2, 2015

Status Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1: Bukit 7 Minit

Ini ialah Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit (Kuala Tahan) ke Kg Pagi sejauh 21km kos RM120 juta.

Ramai penduduk Ulu Tembeling dan pembaca serta pengkritik Blog WZWH mahu tahu status projek ini. Bila projek ini siap penduduk Ulu Tembeling tidak perlu hilir mudik Sg Tembeling menempuh dan mengharungi 7 jeram yang alurnya sudah berubah akibat banjir 2014 dan banyak batu-batu baru jeram timbul menyukarkan perjalanan.

Lebih baik jika Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 42km kos Rm280 juta akan siap 3 tahun lagi membuatkan penduduk Ulu Tembeling tidak perlu menggunakan bot lagi.

Posting ini WZWH menyentuh status Projek Jalan Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi.

Sekarang ini jalan ini yang sepanjang 21km sedang rancak dibina. Bermula dari Kg Tuit dekat Kuala Tahan jalan sejauh beberapa km sudah ditar.  Cuma ditengah jalan kerja-kerja menyiapkan 3 Jambatan jalannya masih belum ditar. Kemudian selepas jambatan ada jalan yang sudah ditar.

Jalan ini akan siap pada 30 Jun 2015 kerana kerja-kerja yang kritikal ialah embarkment menambun dan menambak tanah leveling jambatan-jambatan, trim tanah kerana 500,000 m3 tanah perlu ditambun di 2 buah jambatan. Selain kerja-kerja meratakan crasher-run dan mengetar jalan dll yang lebih mudah.

Itu sebab Projek Jalanraya Ulu Tembeling fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 21 km kos RM120 juta lambat siap sebab leveling bukit yang tinggi, contour dan KSAS (Kawasan Sensitif Alam Sekitar) dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2015.

Harap penduduk Ulu Tembeling bersabar kerana memang kerja-kerja jalan Projek Fasa 1 ini begitu sukar.

Hanya kerja-kerja earthworks menambun tanah untuk buat embankment sama level dengan jambatan yang sudah siap di Bukit 7 minit. Ada 3 bulan untuk menyiap kerja tersebut.



Foto Bukit 7 Minit diambil pada 28 Oktober 2013.

Apa itu Bukit 7 minit? Nama ini diberi oleh pekerja-pekerja projek jalan ini kerana bukit ini sungguh curam dan oleh kerana jalan menurunnya belum lagi siap kerana bukit ini mahu dileverage ditambun maka terpaksa melalui jalan balak lama yang sedia ada banyak corner ini mengambil masa 7 minit.

Siapa-siapa yang tidak pernah tengok projek ni sila datang ke Kg Pagi lihat setinggi mana bukit dan jurang yang hendak diteres dan ditambun untuk membentuk jalan asasnya. Puncak bukitnya sahaja melepasi paras 3 pokok tualang. Begitu juga dengan jurang dan gaung yang dalam mencecah lebih 40 meter.

Inshaallah pertengahan tahun atau selewat hujung tahun 2015 siap jalan itu. Orang luar yang tidak pernah lalu jalan ini boleh cakap saja tanpa tahu perkembangan pembinaan jalan ni. Sekarang ini jalan asas sudah sampai pun ke Kg .Pagi. Buat masa ni tumpuan ialah menambun bukit 7 minit setinggi 40 meter. Dari Kuala Tahan ke Kg Pagi sekarang pun ambil masa 20 minit sahaja. Bila siap nanti perjalanan tidak sampai 10 minit pun.

Bukit 7 minit itu pun boleh ditukar nama kepada Bukit 1 minit!

Foto-foto yang sempat WZWH ambil di Bukit 7 minit dari perjalanan balik dari Kg Pagi ke Kuala Tahan pada 28 Februari 2015.




Pemandangan Bukit 7 Minit dari perjalanan dari Kg Pagi ke Kuala Tahan.




Perhatikan kerja-kerja meratakan bukit dan gaung.




Bukit 7 Minit yang setinggi 3 pokok tualang dan kedalaman gaung 40 meter mahu dilevelkan.




Kalau tidak mahu ratakan bukit boleh buat terowong tapi kos tunnel sangat tinggi hampir RM100 juta. Kontraktor kena bijak cari kaedah jimat kos.




Kos menambun Bukit 7 Minit ini boleh mencecah RM13.5 juta.




Gaung pun sudah diratakan.




Bukit 7 Minit mahu ditambun dan ratakan.




35 lori diperlukan bagi menpercepatkan kerja ini.




Lori-lori membawa tanah untuk ditambun.




Sudah nampak rata dan mahu tambun lagi.




Dalam masa 3 bulan kerja ini mesti selesai. Tambahan lagi 10 mesin berat Komatsu PC300.




Bukit 7 Minit ini bila diratakan maka boleh tukar nama.




Pemandangan dari sebelah sini pula.




Tukar nama kepada Bukit 1 Minit kerana perjalanan boleh dipendekkan dari 7 minit kepada 1 minit bila siap nanti.




Mesin berat Komatsu PC300 mengisi tanah di atas lori.




Lagi 4 buah  mesin berat Komatsu PC300 dan 3 buah lori baru dihantar bagi mempercepatkan kerja.




Kerja terus kerja tanpa henti.




Jalan ke Kuala Tahan dari Kg Pagi.




Siap jalan macam ini boleh ambil masa hanya 10 minit dari Kuala Tahan ke Kg Pagi sejauh 21 km.




Memandu di lebuh raya Kuala Tahan ke Kg Pagi.




Bila siap sepenuhnya jalan ini dengan accessories pada pertengahan atau hujung tahun 2015 ini maka boleh drive sambil menikmati pemandangan hutan hujan yang menarik.

Bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 42km kos RM280 juta akan siap 3 tahun lagi tidaklah serumit dan cerewet seperti Projek Fasa 1.

Demikian laporan status Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit (Kuala Tahan) ke Kg Pagi terutama kerja-kerja menambun dan merata tanah di Bukit 7 Minit.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...