Sunday, March 1, 2015

Program Membantu Rakyat MEMBARA Pasca Banjir Kg Pagi Ulu Tembeling



















Ini Program Membantu Rakyat MEMBARA pasca banjir Kg Pagi Ulu Tembeling anjuran JASA, Biro Penerangan dan Wanita UMNO Jerantut.

Sebelum itu WZWH sudah posting Taklimat MEMBARA sila klik sini.

Sebelum ini juga Program MEMBARA sudah dijalankan di DUN Pulau Tawar oleh YB Dato' Dr Ahmad Shukri dan di DUN Damak oleh YB Tn Hj Nazlan Idris Ahli Parlimen Jerantut.

Kg Pagi adalah sebuah kampung tradisional di tebing Sg Tembeling terjejas teruk oleh banjir besar baru-baru ini.

64 buah rumah terlibat, kedai-kedai rosak, bangunan sekolah 2 tingkat pun ampuh juga balairaya dan lain-lain infrastruktur.

Seluruh penduduk Kg Pagi perlu dipindahkan termasuk sekolah bagi mengelak banjir akan datang.

YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mengumumkan:

  • Bantuan RM64,000 bagi setiap ketua keluarga yang terlibat RM1000 seorang
  • Bantuan RM40,000 bagi setiap kedai dan penjaja RM5000 seorang
  • Bantuan RM30,000 bagi JKKK Kg Pagi untuk kerja baik pulih
  • 264 lot tapak perumahan di kawasan penempatan baru.
  • Sebuah pusat penempatan banjir baru akan dibina di Kg Pagi termasuk di Kg Mat Daling, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, di Kg Tg Betong/Kg Doja




















Dewan terbuka SR Kg Pagi yang masih terdapat warna kuning kesan banjir 2014 akan dicat semula mengguna bantuan oleh ADUN Tahan.




















Sebahagain dari 64 rumah yang musnah teruk akibat banjir.




















Dua buah chalet yang rosak teruk.




















Jambatan Sg Pengor yang belum disiapkan oleh kontraktor. Ini termasuk tambahan pakej projek Jalan Kg Tuit Ke Kg Pagi yang sedang rancak untuk disiapkan.




















Bangunan kedai rosak teruk di Kg Pagi sudah tidak selamat kerana syiling runtuh dan diserap oleh air dan lumpur banjir.




















Pekedai dan peruncit di Kg Pagi tidak boleh menjalankan aktiviti urusniaga kerana bangunan kedai sudah tidak selamat.




















ADUN Tahan meyampaikan bantuan banjir kepada salah seorang penduduk Kg Pagi. Kelihatan bersama Dato' Siti Hajar Ketua Wanita, Ustaz Mohd Sofi pegawai JASA dan Cikgu Jamal Ketua UMNO Cawangan Kg Pagi.

Tidak terlambat untuk WZWH mengucapkan tahniah kepada Cikgu Jamal yang dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SR Felda Kota Gelanggi 2.




















Bantuan banjir hasil sumbangan Dato' Siti Hajar Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut dan YB Tn Hj Nazlan Idris Ahli Parlimen Jerantut.




















Pemimpin dan penduduk Kg Pagi menikmati jamuan makan tengahari di tebing Sg Tembeling Kg Pagi.




















Pemandangan indah di Sg Tembeling Kg Pagi.




















Lagi view yang menarik di Kg Pagi.

Apa bila siap Projek Jalan Kg Tuit ke Kg Pagi pada tahun 2015 ini maka Kg Pagi akan menjadi semakin sibuk dan tumpuan. Penduduk Ulu Tembeling akan menggunakan pangkalan Kg Pagi menaiki bot ke Ulu Tembeling tanpa menempuh 7 jeram sementara Projek Jalan Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal siap lagi 3 tahun.




















WZWH bersama ADUN Tahan menikmati menu ikan patin dan ikan kelah di Kg Pagi.

ADUN Tahan berharap Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi akan siap pada tahun 2015 dan selewat tahun 2016.

WZWH akan menulis posting status dan progres Projek Jalan ini di posting akan datang.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi RM120 juta siap 2015/2016

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang RM280 juta akan siap 2017/2018

Projek Jalan Ulu Tembeling tambahan bina 2 jambatan dan Jalan ke Kg Mat Daling RM150 juta akan siap 2018

Projek Jalan Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu RM500 juta RMK 11 yang sekarang sudah ditebuk untuk dibuat jalan dari Kg Pasir Raja Terengganu.

Bayangkan....dari Kg Pasir Raja Terenggganu ke Highway Pantai Timur Terengganu cuma 14km, yang terus ke Kuala Terengganu dan Kuantan.

Betapa cepat dan pantas jimat masa bagi penduduk Ulu Tembeling mahu pergi ke Kuantan dan Kuala Terengganu. Tidak perlu ikut Jerantut, Bandar Pusat Jengka dan Temerloh.

Pembangunan rancak Terengganu terutama Daerah Dungun boleh melimpah ke Ulu Tembeling. 

Masa depan sangat cerah bagi sosio ekonomi Ulu Tembeling.

Di hujung terowong sudah nampak ada cahaya...

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...