Thursday, February 19, 2015

Taklimat Khas Dan Mesyuarat Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut




















Taklimat Khas kepada Pengerusi-Pengerusi Biro UMNO Bahagian Jerantut.





















WZWH bersama YB Dato' Dr. Ahmad Shukri bin Ismail Pengerusi Biro Penerangan Dan Media Baru UMNO Bahagian Jerantut serta Datin.


Rabu malam  18/2/2015 bertempat di Dewan Utama Hotel Darul Makmur berlansung satu Taklimat Khas dan Mesyuarat Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut yang dihadiri WZWH.

Untuk menang PRU 14 UMNO Bahagian Jerantut perlu mengimplementasi berbagai program. Salah satu program ialah membantu rakyat 'membara'.

Bantu rakyat umpama bara sentiasa panas dan tidak padam. Rakyat adalah keutamaan. Rakyat yang menentukan Kerajaan selepas PRU 14.

Walkabout-Volunteerism-Collaborative-Reach Out ini konsep membara bantu rakyat.

Satu taklimat khas diberi kepada beberapa Pengerusi Biro UMNO Bahagian Jerantut untuk kaedah pelaksanaan:

Biro Agama, Biro Pendidikan, Biro Pemuda UMNO, Biro Puteri, Biro Latihan, Biro Veteran, Biro Ekonomi dan Biro Kebajikan.

Lain-lain Biro dibawah sub-committee.

Semoga Program Membantu Rakyat 'Membara' 2015 dapat memenuhi matlamat di semua peringkat khusus kepada golongan yang disasarkan. Pelbagai manfaat akan diperolehi oleh parti dan kerajaan dengan menjayakan program ini.

Selepas itu WZWH menghadiri Mesyuarat Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut. Antara agenda penting ialah penubuhan Kelab Pidato Bahagian Jerantut.

Merangka Program Pidato untuk melahirkan lebih ramai pemidato UMNO Bahagian Jerantut yang hebat dan berketrampilan bagi menerangkan pelbagai isu-isu semasa politik terutama semasa PRU 14 nanti.

Salah satu program yang menarik WZWH ialah Program Pemimpin Turun Padang melibatkan majlis mesra dan bermaklumat.

Ini ialah penyediaan pemimpin yang bermaklumat  dan boleh melahirkan pemimpin pelapis bagi melaksanakan dan membina semangat kesukarelaan dan merapatkan hubungan pemimpin dan akar umbi.

Ini melibatkan semua AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri termasuk AJK Biro Penerangan.

Semua 103 cawangan UMNO adalah sasaran program ini.

WZWH percaya untuk menang PRU 14, UMNO Jerantut perlu dan mesti kuat.

Pemimpin-pemimpin perlu berkorban mengikut kemampuan, memberi masa dan buah fikiran yang bernas bagi memastikan BN dan UMNO Jerantut sapu bersih parlimen dan 3 DUN.

WZWH perlu gerakkan ini bukan sahaja kerja  politik tetapi perancangan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat Jerantut.

Semoga semua pemimpin UMNO dan 3 sayap utama serta akarumbi boleh menjayakan program-program yang  mahu dijayakan ini.




























































No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024