Saturday, February 7, 2015

YAM Tengku Muda Pahang Melawat Mangsa Banjir Ulu Tembeling



















Perhatikan monumen tinggalan kenangan banjir 2014 di Kg Bantal Ulu Tembeling. Balak kayu meranti di atas pokok jati!

Ketika ini jika mahu mudik ke Kg Gusai melalui Kuala Sepia dan Sungai Sepia, pemandu bot dan penumpang terpaksa berhadapan beribu pokok balak yang tersadai dekat Kuala Sepia.

Balak-balak itu tumbang bukan ditebang tapi disebabkan tanah runtuh lalu menghanyutkan pokok-pokok balak itu. Tiada pembalakan di Ulu Tembeling sejak lesen tebang balak secara besaran yang terakhir pada 1999.

Semasa banjir 2014 hebat melanda Disember tahun lepas, nasib baik air Sg Tembeling lebih laju dan deras menghilir menyebabkan air Sg Sepia tersekat, kalau tidak lebih kurang 1000 pokok balak itu akan menghilir menghentam lebih banyak rumah-rumah penduduk Ulu Tembeling di tepi tebing Sg Tembeling.




















Satu lagi petanda ukur banjir ialah Istana Sri Tembeling yang YAM Tengku Muda Pahang melawat ini air banjir sudah menghampiri bumbung istana. Bayangkan istana itu di atas bukit bagaimana besar magnitude banjir 2014.




















Ketibaan keberangkatan YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Hj Ahmad Shah disambut oleh YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dan YB Tn Hj Nazlan Idris Ahli Parlimen Jerantut serta penduduk Ulu Tembeling.



Sebaik turun dari helikopter, YAM Tengku Muda Pahang terus meninjau projek membina beberapa blok bangunan SR Ulu Tembeling. Tengku Muda Pahang bertanya bila projek itu akan siap.




















Sebahagian dari blok bangunan sekolah yang sempat WZWH ambil foto.




















WZWH berharap kontraktor yang bina projek ini boleh menyiapkannya mengikut jadual walau WZWH faham berbagai masalah terutama pengangkutan kerana lokasi projek ini di kawasan pedalaman menyukarkan kontraktor.

Fenomena sering bertukar kontraktor bagi menyiapkan projek sekolah di Ulu Tembeling adalah perkara biasa dan normal. Kontraktor perlu amalkan project management yang efektif dan efisien.

WZWH tidak mahu tekan sangat kepada kontraktor yang terlibat kerana memberi peluang belajar bagaimana mengurus kerja-kerja kontrak di Ulu Tembeling memandangkan mereka adalah kontraktor tempatan.

Ada banyak lagi projek-projek bernilai beratus juta yang mahu dilaksanakan di Ulu Tembeling boleh beri peluang kepada ramai kontraktor-kontraktor tempatan.

WZWH percaya dan yakin bila projek jalan Ulu Tembeling siap sepenuhnya nanti masalah kontraktor lambat menyiapkan projek boleh diatasi kerana isu pengangkutan dan logistik sudah selesai.




















YAM Tengku Muda Pahang beramah mesra dengan kanak-kanak pra-sekolah Ulu Tembeling, Bila ditanya bila besar nanti mahu jadi apa?...jawab kanak-kanak itu mahu jadi Perdana Menteri , mahu jadi Menteri Besar Pahang.

WZWH turut rasa bangga jika itu cita-cita generasi baru mahu jadi pemimpin itu satu isyarat yang baik bagi generasi Ulu Tembeling. Hanya kita yang tahu apa kehendak dan keperluan tempat kita. Kita yang perlu perjuangkan semua ini dengan yakin dan confident. 




















Rakyat Ulu Tembeling dari beberapa kampung menunggu keberangkatan YAM Tengku Muda Pahang.




















YAM Tengku Muda Pahang bertitah...

YAM Tengku Muda Pahang menyampaikan salam dari KDYMM Tuanku Sultan Pahang kepada penduduk Ulu Tembeling. Walau Tuanku tidak dapat mencemar duli berangkat ke Ulu Tembeling namun Tuanku sangat perihatin dan selalu bertanya khabar berita semasa banjir 2014 melanda.

Kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penduduk Ulu Tembeling selalu dihati Baginda Tuanku Sultan.

Dari masa ke semasa Tuanku Sultan akan memastikan perkembangan bantuan banjir termasuk pembinaan rumah baharu dan penempatan baharu oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan berjalan dengan lancar.

YAM Tengku Muda Pahang akan melawat lagi Ulu Tembeling kerana merasa seronok dan teruja dengan keindahan dan ketenangan suasana kampung dan kemesraan dan keramahan penduduk Ulu Tembeling.




















Kurnian sumbangan bantuan persekolahan YAM Tengku Muda Pahang kepada murid-murid Ulu Tembeling




















Kurniaan sumbangan YAM Tengku Muda Pahang kepada penduduk kampung Ulu Tembeling yang terlibat dengan bencana banjir.




















Kurniaan sumbangan YAM Tengku Muda Pahang kepada Orang Asli Kg Kuching.




















Kurnian sumbangan YAM Tengku Muda Pahang kepada warga emas.




















Di hadapan Istana Sri Tembeling dekat Padang Istana, YAM Tengku Muda Pahang mengeluarkan remark yang paling famous " Saya kesian kepada penyokong JDT yang terlibat...". Isu banner yang menghina Presiden FAM yang buat KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang upset dan kecewa.

Selepas ini ada lagi tiga program melibatkan lawatan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Pahang, YAM Tengku Muda Pahang ke beberapa kampung lagi di Ulu Tembeling pada hujung bulan Februari ini.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...