Sunday, March 29, 2015

Realiti Politik Akarumbi UMNO Apa Mereka Mahu Sekarang?



















Musim mesyuarat UMNO cawangan sudah bermula.

Setiap tahun sekali bersidang. Tidak seperti Kabinet meeting atau EXCO meeting seminggu sekali. Ini adalah meeting struktur organisasi akar umbi UMNO parti paling berkuasa di Malaysia dan paling lama berkuasa dalam dunia.

Jangan pandang rendah dan memperlekehkan UMNO. Walau persepsi dicipta mahu rakyat benci UMNO...namun rakyat tahu potensi keupayaan UMNO sejak dulu 70 tahun dulu.

Setiap Perdana Menteri, Setiap Menteri Besar, Setiap Ketua Menteri, Setiap Menteri, Timbalan Menteri, Seiausaha Politik, EXCO, ahli parlimen dan ADUN adalah berasal dari satu cawangan yang kecil keahliannya.

Adakah pemimpin-pemimpin yang diberi tempat dan peluang oleh UMNO menunggang kuasa keramat UMNO masih mengingati UMNO cawangan kecil keahliannya di kampung-kampung,  felda-felda, pekan-pekan, taman-taman perumahan, dan bandar?

Walau cawangan UMNO ini kecil keahliannya namun semuanya berjumlah 21,800 cawangan yang telah membentuk 191 Bahagian mengjangkau keahlian UMNO seramai 3.6 juta.

Semua pemimpin-pemimpin yang menunggang kuasa keramat UMNO ini bila sudah berkuasa dan berpangkat adakah mereka mahu memandang ke bawah atau tetap mahu memandang ke atas, bongkak, sombong dan keras kepala jika tidak sudi memahami  apa itu realiti politik akarumbi UMNO sekarang apa mereka mahu sekarang.

Setiap cawangan UMNO berlainan kehendaknya mengikut kesesuaian persekitaran dan relevan dengan isu-isu semasa. Sudah tentu latar belakang budaya berbeza mengikut lokasi.

Posting ini WZWH coretkan mesyuarat UMNO cawangan Kg Labu Tembeling Tengah Jerantut Pahang. Ini UMNO kampung tradisional. WZWH sebagai ahli UMNO cawangan kampung tradisional ini hanya mencatatkan apa mereka mahu tanpa mempersoalkannya.

Berikut apa yang mereka mahu...

  • 67 Lot tapak rumah dengan keluasan 10 ekar seorang. Menjadi 670 ekar
  • Tanah 400 ekar di seberang kampung untuk belia kampung diberi 3 ekar seorang
  • Pagar elektrik bagi kawasan pertanian
  • Sekolah Agama Rakyat
  • Program baru membantu golongan yang sederhana ( atas sikit dari miskin, terperangkap disebabkan definisi miskin yang memerlukan bantuan)
  • Naik taraf jalan kampung
  • Bina perparitan bagi membolehkan tanaman sawit
  • Bagi Wanita mahu set pinggan mangkok VVIP konon mahu dihidang kepada Orang Besar-Besar yang suka melawat Kg Labu dan mesin buat kuih baulu
  • Sebuah Universiti di Jerantut
  • Kilang-kilang SME-Small, Medium Enterprise didirikan
  • Penerangan GST diberi kepada orang-orang kampung
  • UMNO Bahagian perlu memperkasa parti, pemimpin-pemimpin Bahagian beramah mesra dengan ahli-ahli cawangan, jangan hina ahli-ahli biasa
  • Mahu ahli parlimen dan ADUN menunaikan setiap janji-janji pilihanraya PRU 13 dulu yang mereka tabur janji kepada pengundi untuk direalisasikan menjadi kenyataan


WZWH rasa senarai di atas sudah cukup. Mereka mahu selesaikan usul-usul di atas dan mahu WZWH pastikan sampai kepada pemimpin-pemimpin.

Mereka mahu WZWH berucap apa Vision WZWH mahu membangunkan kampung. WZWH cakap tidak mahu berjanji namun sesuatu yang besar akan berlaku di Kg Labu bersama Pembangunan ECER tanpa menjelaskan detail-detailnya.

Selesai mesyuarat selepas sedikit jamuan kecil semasa berborak mereka berkata hidup semakin susah sekarang. Punca ekonomi mereka tidak nampak apa yang boleh membantu. Punca-punca ekonomi bagi hidup yang mencabar, fasiliti kemudahan pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Mereka mahu ekonomi yang boleh menampung kehidupan sepanjang zaman itu realiti politik. Biar mesyuarat UMNO cawangan tidak ada class namun ahli-ahli UMNO kampung tradisional mahu 'end result' segala usul-usul itu menjadi realiti itu yang paling class!

Kadang-kadang WZWH berfikir adakah ahli-ahli UMNO 3.6 juta ini mahu pemimpin-pemimpin besar UMNO berperanan sebagai Rasul atau Nabi yang boleh memberi berbagai penyelesaian bagi permasalahan umat.

Sanggupkah pemimpin-pemimpin besar UMNO menyahut tanggungjawab baru harapan realiti politik akarumbi UMNO terkini?

Selamat bersidang WZWH ucapkan kepada 103 cawangan UMNO di Bahagian Jerantut dan di seluruh negara.





































3 comments:

ababina328 said...

Tuan WZWH, seperti yg saya rasa tuan pun tahu bahawa saya adalah penyokong Pas, ternyata setelah apa yg berlaku kini, saya menyedari bahawa sokongan saya selama ini kpd Pas adalah silap.

Rupanya selama ini saya menyokong pemimpin yg lebih mementingkan semangat dan perasaannya sendiri dari kepentingan rakyat.

Mereka adalah kelumpok yg berfikiran sgt jumud dan tdk mengikut peredaran masa, sgt bahaya jika rakyat memilih pemimpin seperti ini dijadikan pemimpin M'sia.

Tentang persoalan di dlm posting tuan kali ini bertajuk Realiti Politik Akarumbi UMNO Apa Mereka Mahu Sekarang?

Saya walaupun bkn dari umno tetapi sebagai seorg manusia rasanya kehendak asas sebagai seorg rakyat adalah sama shj.

Umno tdk perlu memikirkan cara utk menarik sokongan rakyat dng cuba menyaingi cara berpolitik pas yg menjadikan hukum hudud sebagai modal dan nyawa mereka.

Umno perlu lebih realistik dng kehendak rakyat yg mahu negara ini di tadbir dng lebih berhemah dan elakkan pembaziran dan penyelewengan.

Kalau ini berjaya dilakukan, saya yakin bkn shj org seperti saya akn menyokong, malah masyarakat cina, india juga lain2 kaum di Sabah, Serawak akn memilih Umno/BN.

Semoga Allah mencampakkan pemimpin yg baik2 utk menerajui M'sia di masa depan....Amin.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

ababina 328, ameen.

Quantum Metal Consultant said...

Rata-rata ahli umno akar umbi kurang prihatin dengan masalah integriti dan kewibawaan pemimpin atasan mereka yang sudah dipersendakan.

Mereka tertumpu kepada masalah realiti kehidupan seharian diri sendiri dan anak cucu.

Ingatan mereka dibuat di celah-celah kekalutan Ketua UMNO Bahagian mereka yang sebok mengkayakan diri dan bersolidariti dengan kaki tangan diikat dan mulut disumbat.

Apa yang mereka lihat ialah Ketua Cawangan juga sedng sebok mengumpul tanah kurnia dan sedikit-sedikit dapat duit tepi dari kontraktor kelas F yang membina projek cawangan melalui pejabat daerah.

Hari ini, baik di PAS dan UMNO, pemimpin sama sahaja - sebabnya akar umbi sokong sembrono.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...