Friday, March 20, 2015

Wan Amizan Mahu Runding Dengan Felda Harga Mampu Milik Rumah Generasi Baru



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan mahu runding dengan Felda harga mampu milik Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) agar tidak membebankan kewangan generasi baru peneroka. Turut bersama beliau ialah Dato' Sharie Pengurus Besar Wilayah Jengka dan Encik Nazaruddin CEO Syarikat Perumahan Felda (SPF). Wan Amizan sedang ditemuramah oleh TV3 di tapak PGBF Felda Sg Retang.




















Sekarang kontraktor sedang menjalan kerja-kerja tanah di tapak perumahan tersebut yang dirancang untuk dibina 400 unit rumah. Kerja progress lambat sebab kontraktor terpaksa menambun tanah setinggi 7 kaki kerana banjir besar 2014.




















Kos membina 400 unit rumah ini yang Felda peruntukan sebanyak RM68 juta. Kalau ambil harga kos per unit ianya bernilai Rm170,000 yang mana tidak mampu untuk anak-anak peneroka membayarnya setiap bulan.

Walaupun Felda belum memutuskan harga sebenar seunit berapa harga yang mahu dijual namun Wan Amizan mahu runding harga RM80,000 sebuah dengan pembayaran sewa beli tidak lebih RM250 sebulan.

Wan Amizan juga mencadangkan Felda boleh membina rumah mengikut kategori kos sederhana , kos sederhana rendah dan kos rendah mengikut kemampuan generasi baru peneroka.

Felda adalah agensi yang diarah untuk membuat PGBF dengan cepat dan pantas kerana hasrat murni DS Najib PM yang perihatin dan peka dengan keperluan generasi baru Felda yang masih ramai menumpang dirumah ibubapa peneroka.

DS Najib mahu Felda membina 20,000 unit rumah. Oleh sebab itu Felda telah menubuhkan SPF bagi buat kerja bina PGBF dengan cepat dan pantas.

Terdapat beberapa kekangan dari segi kelulusan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan PBT yang mengambil masa mengikut undang-undang dan title tanah. Kadang-kadang Felda terpaksa membayar denda sehingga RM200,000 bagi satu projek di satu negeri.

Kerajaan Negeri Pahang sangat akomodatif kepada Felda yang tidak perlu membayar premium tanah yang tinggi dan menggalakkan Felda cari tapak perumahan di Pahang.

Kos untuk membina 20,000 unit rumah hampir RM2 bilion. Felda setakat ini hanya mampu memperuntukkan RM400 juta. Sebab itu Felda perlahankan  sedikit projek PGBF ini kerana sedang mencari dana yang Kerajaan akan beri sedikit masa lagi.

Setakat hari ini Felda melalui SPF sedang menjalankan projek ini sebanyak 8570 unit. Target Felda melalui SPF mahu menyiapkan bakinya hingga akhir 2017.
































Sebahagian dari 26 unit PGBF yang sudah siap di Felda Padang Piol Jerantut dalam DUN Tahan yang merupakan projek pertama PGBF dilancarkan. 

Oleh kerana hanya 26 unit dibina sedangkan 700 permohonan maka diputuskan satu lagi projek PGBF dibina di Felda Sg Retang sebanyak 400 unit juga dalam DUN Tahan.

Lagi tambahan tapak tanah yang boleh dibina 500 unit lagi diperuntukan oleh ADUN Tahan di Felda Padang Piol.

Buat masa sekarang Felda telah memproses permohonan 26 unit rumah yang sudah siap di Felda Padang Piol.

Oleh kerana Felda belum memuktamadkan harga seunit rumah oleh kerana kekangan dari segi legal yang memerlukan masa maka kaedah sewa selama 5 tahun sebanyak RM500 sebulan. Felda berharap dalam masa 5 tahun itu pembeli rumah boleh mencari Bank dan Finance untuk membiayainya.

Wan Amizan berpendapat sewa sebulan RM500 itu masih dikira tidak mampu dibiayai oleh generasi baru maka beliau mencadangan dibawah RM250 sebulan.




















Wan Amizan memberi taklimat kepada kepimpinan peneroka, Wanita dan Belia peneroka dari semua Rancangan Tanah Felda dalam Wilayah Jengka.  Wan Amizan mahu sampaikan mesej kepada semua kepimpinan peneroka dalam Wilayah Jengka supaya menyokong usaha Felda mahu bina PGBF yang sedang mencari mekanisme bagaimana pembayaran itu tidak membebankan generasi baru.

Beliau mahu generasi baru bersabar dan berharap Felda melalui pengurusan SPF yang cekap dan berkesan boleh membina PGBF sebanyak 20,000 unit siap menjelang 2017.  Beliau juga sedang berunding dengan Felda mencapai harga mampu milik rumah genarasi baru.




















WZWH berkeyakinan tinggi Felda mampu mengurus projek-projek PBGF ini dengan jayanya dan menjual rumah ini dengan harga yang mampu dibiayai oleh generasi baru.

20,000 unit rumah tidak cukup. Jika sebab kekangan tanah, Felda boleh bina rumah flat yang tinggi. Diharap dengan siapnya projek PGBF ini boleh meramaikan lagi populasi di kawasan Felda yang akhirnya boleh menjana ekonomi dengan pertumbuhan ekonomi melahirkan bandar-bandar baru.

4 comments:

Anonymous said...

Tunggu dan lihat lah ...

Anonymous said...

Kecut telur lah Felda. MB, Menteri, Timb PM, PM semua dah dipanggil Felda untuk berunding. Tapi kali nie kena berunding ngan Adun Tahan. Dont play play Felda.

Anonymous said...

Timeline paham tak timeline???

Ada sebab dan punca kenapa felda letakkan rm500/bulan...

Gst owh gst...

Felda pun tak sanggup nak tanggung hutang dengan bank yang telah memberi pinjaman kepada projek diatas..

Felda dan bank mesti telah ada satu janji yg dimeterai antara mereka..

Fikir dulu sebelum mintak itu dan ini..

Anonymous said...

Dah hampir 1 bulan keluar dalam sinar harian tetapi masih lagi tiada tindak balas dari pemaju dan felda . Kalau tak mampu dah nak buat rumah , jadi kan padang ragut untuk penternak dan mintak belia belia bercucuk tanam ..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...