Thursday, July 9, 2015

Ahli Politik Malaysia Perlu Fokus Kepada Isu Ekonomi Dan Pembangunan Negara




UMNO dan BN telah sort it out segala macam isu dalaman parti, kembali ceria untuk fokus kepada isu ekonomi dan pembangunan negara.

Ini yang rakyat Malaysia mahu ahli politik perlu fokus kepada isu ekonomi dan pembangunan negara.

Jangan buang masa dengan kisah isu in fighting baik sesama coalition atau pakatan. Cerita dan isu polemik tidak membawa negara ke mana.

Pembangkang yang suka bawa cerita bohong dan cuba membina persepsi supaya rakyat benci kepada kerajaan adalah pada akhirnya menjadikan rakyat Malaysia sakit jiwa dan tertekan emosi yang tidak baik bagi produktiviti negara.

Pembangkang harus jaga negeri-negeri yang mereka menjadi kerajaan supaya perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat adalah cekap dan berkesan. Cuba selesaikan isu-isu yang membabitkan rakyat.

Pembangkang jangan mudah teruja dengan gelagat Tun Mahathir yang semakin hari semakin obses dan meroyan mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang mentadbirkan sekarang. 

Ahli politik baik dari pembangkang dan kerajaan telah rugi banyak masa memberi perhatian, energy, resources kepada isu 1MDB, Coup D'etat Najib yang melibatkan persepsi media asing yang akhirnya memberi keburukan kepada negara.

UMNO terutama perlu biarkan hasrat Tun Mahathir untuk mengulingkan DS Najib itu hingga ke akhir hayatnya. Biarlah Tun Mahathir membawa impian yang tidak menjadi ke kubur.

Kita rakyat Malaysia dan generasi muda mahu DS Najib dan Barisan Kabinet, BN dan Pakatan Rakyat lebih menumpu kepada isu-isu yang fokus kepada isu-isu ekonomi, pembangunan negara dan masa depan hala tuju negara yang mana lebih bermakna dan bernilai tinggi yang pasti isu-isu yang highly intelligent bukan isu-isu hampas.

DS Najib ada banyak lagi kerja-kerja untuk negara yang perlu dibuat segera bagi menghadapi cabaran-cabaran masa depan yang persekitaran lebih mencabar dan competitive.

Tinggalkan politik dinasour yang lama...

2 comments:

Anonymous said...

Alamak bro budak2 Gen Y dan late X pun dah naik menyampahlah dgn wayang PM ni. Brp ramai yg komplen tak mampu beli rumah dan tak cukup rumah murah nak dibeli. Zaman T Rex Tun M dulu pun banyak la jugak rumah2 murah dan mampu milik boleh dibeli mak ayah kami. Sekarang nak tunggu PR1MA siap tah bila2 tah. Sampai kojollah JJ dgn kontraktor Pr1ma tu. 1mdb pun tak habis selesai nak bergerak maju ke mana? Najib mmg tak memimpin gaya dinosaur tapi cara dia ada iras2 zaman Roman Caesar Cleopatra dulu. Beza cleopatra tu mungkin cantik slim la sikit dari yg hari ni.
Bro berkhayal kot tulis tajuk ni. Cuba bro tulis pasal towkay penyonglap projek bauksit sampai jalan jadi merah kat Pahang tu kawan sapa? Make sense la sikit. Tgk negeri sendiri dulu bos.

Anonymous said...

sort it out, in fighting ?? Salah taip ke, amende tu?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024