Friday, July 24, 2015

Jika Tun Razak Boleh...Kenapa Tidak DS Najib? Walau Tun Mahathir Gagal...Bawa PAS Masuk Kabinet!



Politik Malaysia boleh lagi cemerlang dan paling stabil bila UMNO dan PAS memerintah dan mentadbir Malaysia.

Logik politik yang cukup mudah bila dua parti terbesar orang Melayu dan Islam ini bersatu negara akan menjadi lebih kuat.

Bila umat Islam, umat Melayu kuat dan kukuh, politik Malaysia lebih stabil.

Tidak seperti sekarang bila orang Melayu berpecah politik, tidak ada kekuatan politik.

Belajar sejarah silam. Sejarah purba politik Melayu.

Srivijaya, Majapahit, Melaka, Johor Riau kuat bila orang Melayu bersatu.

Seruan ideologi politik yang paling mudah difahami.

Seruan yang para 313 Rasul dan 124,000 Nabi selalu peringatkan:

Bersatu untuk kuat baru boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

WZWH percaya dan yakin jika Allah mahu menurunkan wahyu sudah tentu ini juga yang diperingatkan oleh Allah kepada umat-umat yang terdahulu hingga sekarang.

Betapa banyak umat-umat yang terdahulu dibinasakan kerana selain tidak mengesakan Allah melakukan banyak kerusakan kepada masyarakat dan dunia.

Menegakan agama selain dari takwa dan berilmu perlukan politik yang stabil dan menguatkan umat.

Politik yang tidak kuat dan tidak stabil boleh buat umat lemah dan akhirnya agama pun lemah.

Dalam politik kena tunjukkan kekuatan baru umat dihormati. 

Jika tidak umat boleh dihina, dimalukan serta dipinggirkan.

Jika Tun Razak boleh bawa PAS masuk kabinet.

Kenapa tidak DS Najib?

Walau Tun Mahathir the great 22 tahun memerintah gagal bawa PAS masuk kabinet.

Politik itu kuat bila kita mengecilkan musuh dan membesarkan kawan dan rakan.

Jika PAS tidak mahu berwalikan DAP....PAS boleh berwalikan UMNO.

Adakah  Allah, 313 Rasul dan 124,000 Nabi menegah PAS berwalikan UMNO?

Jika itu boleh menguatkan umat.

Jika itu boleh menegakkan agama.

Jika itu boleh memertabatkan bangsa

Jika itu boleh mendaulatkan negara.

3 comments:

Anonymous said...

Bagi muhyidin lah.. Najib dah gagal jadi pm.

Anonymous said...

Dulu pemimpin umngok kata jangan ikut PAS sebab Parti Ajaran Sesat.

Skrg bila umngok dah tersepit, Parti Ajaran Sesat tu yang dikepit kembali.

Anonymous said...

Apa WZ tulis ni?
Sejarah moden melayu hari ni menunjukkan yang 2 ekor malaun ni menggunakan ugama, hukum, Quran, hadis utk memerintah, berpolitik, menyalahguna kuasa secara melampau, menipu, menyeleweng dan macam2 perangai dan kelakuan buruk yg ditonjolkan dalam kepimpinan diorang. Camana kau nak menyatupadukan rakyat dan manusia kalau kau sendiri pun manusia yg buruk perangai tingkahlaku? Tengok org komen FB dia pun dah cukup membuktikan dia dihina.
Tujuan Allah sampaikan wahyu tu hanya nak menjelaskan, menerangkan, memberitakan apa yg Dia tulis dalam Quran tu cerita benar. Bukan dongeng dulukala. Bila ada mangkuk buat perangai FIRAUN tak kiralah firaun king tut, namrud, nebuchadnezzar, caesar ke kelakuan dia tetap sama, rakus mengejar dunia. Jangan haraplah Allah nak pilih kau menyatukan manusia. Manusia Allah yg satukan bukan duit ringgit makayah diorang. Jadi penyatuan manusia takde kene mengena antara pas umno, dap pkr takdak dalam ugama tulis macam tu.
Allah lah yang menguasai dan mewarisi pemerintahan langit dan bumi. Bukan ayah atau atuk sesiapa dari kalangan kita rakyat malaysia ni. Cuma tanda kalau firaun dah muncul bala nak sampai. Itu bukti kebenaran wahyu Allah. Tak caya cuba imbas kembali bencana yg berlaku sepanjang Haji Najib jadi PM.
WZ, PM tu stand for Pirate Makkassar ke?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024