Thursday, September 8, 2016

Lagenda Ikan Tapah Menyelamatkan Masa Depan Pak Kaduk Penyabung Ayam




Kita biasa mendengar Hikayat Pak Kaduk yang gila berjudi menyabung ayam kerana ayam sabungnya sangat gagah dan kuat selalu menang pertandingan. Kemudian menang sorak kampung tergadai, hingga isteri dan anak sendiri pun tergadai kerana ayam sabung beliau yang telah ditukar kepada Sultan menang.

Tapi jarang kita dengar ada satu lagi Hikayat dan Lagenda yang atas kehendak Allah telah menolong Pak Kaduk membina masa depan dan mengubah beliau menjadi orang yang berjasa kepada keluarga, kampung dan Sultan serta negeri.

Ini sebenarnya cerita sejarah yang benar berlaku sekitar 1528 bila Sultan Muzaffar Shah I ibni Sultan Mahmud Shah Melaka ditabalkan di Perak.


Raja Muzaffar ibni Sultan Mahmud Shah [Raja Madapar/Raja Sulung], Raja Muda, who became Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Muzaffar Shah I ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah [al-Marhum Tanah Abang], Sultan of Perak (s/o Putri Unang Kemuning) 

Sultan Mahmud Shah m. (third) at Malacca, ca 1500, Putri Unang Kemuning [Otang Kentang], eldest daughter of Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah, Raja of Kelantan, by his wife, a princess of Champa.


Bermulanya Kisah Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah I Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ia menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor di Kampung Pulau, Lambor Kiri.

Di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di Kampung Pulau Lambor Kiri. Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata. Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya. 

Dan di pihak Sultan pula, Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Kaduk pun berundur ke sebuah pulau bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Allah.

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. 

Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:


Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.


Ikan tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.




Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segalanya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. 

Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ia berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.


Keturunan Pak Kaduk:

DALAM SALASILAH MAHARAJA LAMBOR- NAMA CICIT PAK KADOK ADALAH TOH ANDAK MAJJIWA@ ANDAK MUDAM. SALASILAH MAHARAJA LAMBOR MELALUI GENI PIUT TOH SERI DEWA MAHARAJA PANJANG OGEK PAK KADOK ADA DI TULIS SALASILAHNYA SETAKAT ANDAK MUDAM ATAU TOH ANDAK MAJIWA BERKAHWIN DENGAN TOH GHAYAM 1619. CUCU MAHARAJA LAMBOR MENDAPAT 4 ANAK3 PEREMPUAN DAN SEORANG LELAKI. 1-LONG TEH BT TOH ANDAK MAJJIWA. 2- TOH NGAH MARIAM. 3- LONG PUASA @BUSU PUASA DAN TOH BAHTA. DARI KETURUNAN TOH NGAH MERIAM LAH EMAS TAPAH DIJAGA AMANAH. TOH NGAH MERIAM BEKAHWIN DENGAN UDA KATAB @ KATIP TOH ADAP BIN KANDA AMAN.MENDAPAT ANAK 4 ORANG 1- NGAH AMINAH 2- ALANG KONTIN 1790-1875 3- TOH SERI DEWA MAHARAJA PANJANG OGEK 1800-1881 4- PANDAK INU. ALANG KOTIN MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK ANTARANYA PANDAK AMAN, UDA RAGAM, TEH NYAWA DAN 3 LAGI TAK DAPAT DI KESAN. TEH NYAWA BERKAHWIN DENGAN JALOR LONG PUASA IAITU PANDAK DEMAT BIN BUSU MAMAT JALOR LONG PUASA- ANAK MUADAM@ MAJIWA LAMBO- PULAU TIGA. MENDAPAT ANAK 8 ORANG 1- KULOP MAT JELAH 2- NGAH RASIAH 3- ALANG GHASIAH 4- UDA TIRAM 5- HAJAH HINDUN 6- PANDAK LOGAM 1873-1963 7- ITAM MAT LODIN 1875-1950 8- BUSUMAT BAKI. APA BILA ALANG KOTIN MENINGGAL EMAS TAPAH DI SEAHKAN KEPADA UDA RAGAM. APA BILA UDA RAGAM MENINGGAL DI SERAH KEPADA ANAKNYA. OLEH KERANA DISEBAB TIDAK DAPAT DI ELAKAN EMAS TAPAH INI SERAKAN KEPADA SEPUPU MEREKA PANDAK LOGAM PADA TAHUN 1950 UNTUK DI AMANAH JAGA SEHINGGA SEKARANG.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...