Thursday, September 1, 2016

DOJ Tidak Siasat Dan Dakwa Perdana Menteri – Rahman Dahlan

Image result for rahman dahlan


Malaysiakini


KENYATAAN MENGENAI ‘MALAYSIAN OFFICIAL 1′ OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATO’ ABDUL RAHMAN DAHLAN
1 September 2016
1. Seperti yang saya nyatakan kepada BBC, adalah jelas bahawa istilah ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang digunakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) merujuk kepada Perdana Menteri.
2. Ramai lagi yang dirujuk oleh DoJ. Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.
3. Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan dalam siasatan, ibarat hitam dan putih.
4. Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.
5. Pada masa sama, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa, Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku. Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal – seperti mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik.
Dato’ Abdul Rahman Dahlan,

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

4 comments:

Anonymous said...

Doj pun tak sebut MO1 tu Najib. Andaian je tu....

Anonymous said...

Semua nama disebut termasuk lah reza dan jho low mmg tak didakwa. Sebab kes sivil. Kerajaan US nk sita dan lelong aset mereka saja dan pulang balik ke rakyat malaysia. Tp setaraf lah Mo1 dgn jho low dan reza.

Anonymous said...

1MDB kata dia tak hilang duit. DOJ kata aset Jlow dan Reza kerana ambil duit 1MDB. Apa merapu ni DOJ? Kalau Jlow dan Reza dapat cara jalan yang betul melalui kerja2 tertentu dan dapat bayarannya tu salah ke? kenapa nak ambil aset mereka? Nak bagi balik pada Malaysia? Tapi itu bukan duit Malaysia. Duit modal Malaysia cuma rm1 juta saja. Walhasil DOJ ni pun macam dah biul juga.

Menyamakan taraf MO1 dengan Jlow dan Reza adalah betul dalam konteks mereka tu manusia biasa, macam kamu juga anon 613. Tapi jika niat kamu mahu merenda2kanya, itu adalah jahat. Ini kerana mereka adalah berbeza identiti dan punya peranan dan tanggungjawab yg berbeza masing2nya.

Anonymous said...

Komen atas ni nak tunjuk baik tp tak tau buah butir

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...