Tuesday, September 6, 2016

Strategi Terakhir Mahathir...

100_0796


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meninggal dunia dalam usia 87 tahun pada 6 Disember 1990 di HKL sebelum diterbangkan dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah. Al-Fatihah.

Almarhum Tunku Abdul Rahman ialah Bapa Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Presiden UMNO yang kedua.

Tidak perlu WZWH mengulas panjang drama politik Mahathir-Anwar yang telah mengubah banyak lanskap politik negara sejak peristiwa tragedi 1998.

Tidak dinafikan konflik politik mereka telah menjejaskan kekuatan politik UMNO dan BN ekoran perpecahan dalaman yang merosakkan parti.

Semalam setelah 18 tahun bersengketa, Mahathir hadir ke Mahkamah memberi salam kepada Anwar. Adakah Mahathir mahu beri signal berbaik dengan Anwar untuk menjatuhkan musuh N0 1 DS Najib Tun Abdul Razak adalah urusan Mahathir.

Tapi itu bukan strategi terakhir Mahathir.


















Strategi terakhir Mahathir ialah mengadap Makam Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meratap minta ampun dan maaf kerana perbuatan Mahathir 48 tahun yang lalu.

Itulah strategi Mahathir yang sebaik-baiknya dan paling mulia.

1 comment:

Anonymous said...

Mcm budak kecik yg tiada prinsip...
Bila perlukan pertolongan...sanggup peluk dan cium...
Apa boleh buat...wang dan kuasa punya pasal sanggup buat apa shj..

Nak tunggu slps ini segala tuduhan kpd pelakon video besi adalah fitnah belaka....hehehehe
Sebagai rakyat biasa....benci n meluat dgn gelagat2 manusia gila kuasa dan harta nie...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024