Friday, September 23, 2016

WZWH Dedah Ikan Purba Sungai Tembeling





Apa rahsia lelaki Tembeling ramai kawin banyak 2, 3 dan 4 adalah jawapannya pada ikan purba Sungai Tembeling.

Kebanyakan orang Melayu Semenanjung tidak tahu apa nama ikan tersebut. Tapi orang Melayu di Sumatera dan orang Jawa di Pulau Jawa tahu betul ikan itu Sila Klik Sini.

Ikan ini orang panggil ikan linang atau sidat. Sebenarnya ini ikan belut orang putih panggil eel. Nama Saintifik anguilla mauritiana.

Ada banyak jenis spesis ikan ini.

Ikan linang ini suka duduk di dasar sungai, lubuk dan tasik. Sukar di dapati sebab itu orang Melayu Semenanjung tidak tahu ikan ini.

Badan ikan berkenaan seperti tiga jenis ikan berlainan.

Jika diamati, kepala ikan ini menyerupai ikan haruan, separuh badannya pula seperti belut berwarna kekuningan di bahagian perutnya, manakala separuh badan lagi hingga ke hujung ekornya seperti ikan keli.

Sekali imbas, ikan itu hampir menyerupai spesies ikan tilan namun, yang membezakannya ialah kepala atau mulut ikan itu tidak pula berbentuk tirus atau runcing seperti ikan tilan ataupun belut.

Manakala di bahagian badannya juga tidak terdapat duri atau sengat.

Ikan linang setelah lama dahulu digunakan sebagai ramuan minyak yang khusus untuk penggunaan perubatan lelaki. Khasiat ikan linang ini ada tertulis di dalam kitab perubatan iaitu Kitab Perubatan Tajul Muluk (Mujarabah). Ikan linang ini sangat berkhasiat untuk menguatkan, memanjangkan dan membesarkan organ sex lelaki.

Ikan ini kalau berat kilogramnya harga mahal. Di Kuala Lipis ada towkay Cina sanggup beli antara RM25,000 hingga RM35,000 seekor.

Linang Kuning yang dikenali sebagai Anguilla Mauritiana adalah sejenis ikan air tawar yang bertelur dalam laut dalam. Terdapat berbagai spesis ikan linang dan boleh didapati di seluruh dunia tetapi ikan linang spesis Mauritiana ini bertelur di Lautan Hindi yang dalam hampir 6,000 meter.

Selepas bertelur ibu linang akan mati dan telurnya terapung serta menetas menjadi larva yang dikenali sebagai leptocephalus. Larva dengan perlahan menjadi Linang kecil dan dibawa arus lautan luas sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke Benua-benua yang paling hampir. Ianya berenang menentang arus menuju ke pinggir pantai untuk masuk ke muara sungai. Sekali lagi linang tersebut terpaksa melawan arus untuk masuk ke air tawar untuk membesar.

Kadang kala Linang terus menentang arus hingga ke kawasan pergunungan di mana ada air terjun. Bila tempoh matangnya tiba atau ingin bertelur, linang tersebut akan menghilir ke muara untuk kembali ke lautan dalam untuk bertelur dan mati. Begitulah kitaran seterusnya. Linang jenis Mauritius ini ditemui oleh Ahli Sains dari Kepulauan Maritius.

Di Kepulauan Jawa Tengah dan Jawa Timur hingga ke Lautan Ambon dan Irian Jaya, terdapat empat atau lima spesis Linang kesemuanya bertelur di Lautan Hindi, cuma jarak dalaman tempat bertelur sahaja yang berbeza. 

Tiga Lautan Dalam yang dijadikan tempat bertelur Linang berbagai spesis ialah di Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Malaysia tidak popular dengan Linang kerana Semenanjung Malaysia dilindungi oleh Kepulauan Sumatera dan sudah tentu Linang yang dibawa arus akan terlepas terus ke Kepulauan Jawa.

Disebabkan khasiat yang besar diperolehi dari Linang, kini negara maju sudah meletakkan resepi Linang sebagai hidangan utama untuk menambah tenaga seks dan kesihatan. Linang spesis Japanica amat popular di Jepun dan spesis Anguilla-Anguilla popular di Eropah manakala spesis Rostrata dan lain-lain sangat popular di Amerika.

Suku bumiputera Islam di kepulauan Karimun Jawa, Indonesia yang pulaunya terletak di tengah-tengah lautan Jawa kira-kira 250 batu dari tanah besar Jawa telah lama mengamal hasil ikan linang spesis Anguilla Mauritiana sebagai bahan utama untuk merawat alat kelamin lelaki agar lebih sempurna. 

Mereka dikenali sebagai “Pak Gedik” (Bapak Besar) yang mempunyai alat kelamin besar, panjang serta tegang.Mereka menganggap ikan linang benar-benar khazanah Tuhan kepada kaum Adam.

Jadi ikan purba Sungai Tembeling ini, kitaran hidupnya ialah dewasa di Sungai Tembeling dan wajib secara ritual menghilir Sungai Tembeling terus menghilir lagi Sungai Pahang hingga ke muara Kuala Sungai Pahang terus ke Laut China Selatan untuk bertelur dan akhirnya mati di laut dalam.

Bila telur ini menetas menjadi larva dan terus membentuk ikan linang dengan saiz yang bervariasi dan berubah mengikut persekitaran masuk ke muara sungai dan terus memudik sungai hingga sampai ke hulu sungai menjadi dewasa.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...