Nuffnang Ads

Pages

Monday, September 5, 2016

Agenda Ekonomi Bumiputera Untuk Jerantut Fast Track Sebelum PRU14




















Sedikit fakta untuk dikaji. KDNK Daerah Jerantut ialah RM2.5 bilion pada 2015. Sektor utama ialah pertanian 41% diikuti oleh sektor perkhidmatan 26%, perlombongan meningkat menyumbang.

Penduduk Jerantut berjumlah 101,096 pada banci 2015. Lebih 78% adalah orang Melayu. Mukim Pedah paling ramai penduduk berjumlah 30,592 manakala Mukim Hulu Tembeling paling kurang penduduk berjumlah 2,626.

Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar. Mukim Hulu Tembeling kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 4.94% yang mana purata pendapatan bulanan isi rumah juga terendah sebanyak RM779.


Agenda Ekonomi Bumiputera Untuk Jerantut

Apa yang pemimpin-pemimpin Jerantut boleh mengambil peluang dari Agenda Ekonomi Bumiputera Nasional.

Dua agenda besar untuk Bumiputera Jerantut:
  • Meningkatkan pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan Bumiputera

Ini boleh dilaksana dengan pemimpin Jerantut dan pegawai kerajaan serta semua pihak melaksanakan pengisian lima teras iatu:


MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA


Menggalakkan anak-anak muda Jerantut yang lemah akademik supaya meningkatkan mereka dalam bidang-bidang kemahiran tertentu. Ini memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Menggalakkan graduan Bumiputera Jerantut yang menggangur meningkatkan mereka dalam program latihan industri dan program lepasan ijazah


MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT


Menggalakkan Bumiputera Jerantut melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputera 2.


MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA


Pemimpin-pemimpin Jerantut perlu melobi Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan UDA bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di bandar Jerantut.

Pemimpin-pemimpin Jerantut perlu melobi Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di Jerantut.


MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA


Meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera Jerantut melalui kejasama yang erat antara pemimpin-pemimpin Jerantut dengan Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN nasional bagi kuota dana Jerantut.

Sistem pembangunan vendor Bumiputera bagi vendor Jerantut

Membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera Jerantut dalam aktiviti pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi seperti penternakan ikan Sturgeon bagi kaviar, kraftangan daun getah, dsb.

Skim SUPERB bagi pembiayaan baru usahawan Bumiputera Jerantut dipermudah.

MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Unit-unit Pembangunan Bumiputera diwujud di peringkat Negeri Pahang dan Jerantut


Lain-lain 

Peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020.

Ini pemimpin-pemimpin Jerantut kena usahakan bagi mendapatkan sebuah kampus atau mini Uitm di Jerantut.

Penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera di peringkat Negeri Pahang dan Jerantut.

Akhir sekali pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu mengambil peluang kekayaan Bumiputera bagi diagihkan kepada 25,000 ahli UMNO Jerantut.

Bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO mahu meyakinkan Bumiputera Jerantut untuk Agenda Ekonomi Bumiputera untuk Jerantut kalau ramai orang UMNO Jerantut ekonomi mereka lebih susah dari Bumiputera Jerantut?

1 comment:

Anonymous said...

Kita wujudkan benda yang tak wujud kat Jerantut ni.