Tuesday, October 18, 2016

Jerantut Sihat Bersatu Maju

Image result for sungai tekam plantation resort

Tekam Plantation Resort di PPTR research centre Sg Tekam Jerantut adalah tempat resort menarik dan kondusif bagi menyegarkan minda dan merehatkan badan.

Satu program antidadah iaitu 'JERANTUT SIHAT BERSATU MAJU' anjuran Pemadam Daerah Jerantut akan diadakan pada 22 Oktober 2016, Hari Sabtu, Masa 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Melur Tekam Resort.

Program ini akan dihadiri oleh 280 orang yang terdiri daripada kepimpinan politik, JKKK dan Felda dalam Parlimen Jerantut.

Selepas pendaftaran peserta dan sarapan pagi, Ceramah 1 Konsep Kekeluargaan dan Hidup Bahagia oleh BTN Pahang.

Selepas minum pagi, Ceramah 2 Tanggungjawab dan Cinta Negara juga oleh BTN Pahang. Kemudian Majlis Perasmian oleh beberapa ucapan dari:

Aluan Pengerusi, 
Bacaan Doa, 
Ucapan Pengerusi Pemadam Daerah Jerantut-DO Jerantut, YM Dato' Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah,
Ucapan Pengerusi Pemadam Negeri Pahang- YB Dato' Dr Ahmad Shukri bin Ismail ADUN Pulau Tawar, 
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Seri Haji Wan Amizan bin Wan Abdul Razak ADUN Tahan.
Akhir sekali penyampaian cenderahati, jamuan makan tengahari dan bersurai.

Program ini terdiri dari 280 orang peserta dari kepimpinan seluruh Parlimen Jerantut iaitu;

Ahli Majlis Daerah
Ajk UMNO Bahagian
Ajk Wanita UMNO Bahagian
Ajk Pemuda UMNO Bahagian
Ajk Puteri UMNO Bahagian
Ajk MCA Bahagian
Ajk Gerakan
Ajk MIC
Ajk PPP
Semua Ketua Kampung Daerah Jerantut
Semua Pengurus Felda
Semua Pengerusi JKKR
Semua Pengerusi GPW Felda
Semua Pengerusi Belia Felda
Rancangan dalam Parlimen Jerantut
21 Ketua Jabatan Daerah Jerantut
Ajk Pemadam Daerah Jerantut
Semua Ajk biro dadah/keselamatan JKKK Daerah Jerantut
VVIP dan jemputan khas

Jumlah semua 300 orang.

Program ini bagi membina Jerantut Sihat Bersatu Maju. Dadah adalah musuh no 1 negara. Dadah boleh buat keluarga dan masyarakat pincang. Kes bunuh,  rogol, ragut, menyamun, pecah rumah dan merompak, pecah amanah, buang kerja adalah disebabkan oleh pengaruh dadah.

Mula-mula kita bersihkan dadah di Jerantut kemudian baru kita padamkan pengacau-pengacau perpaduan negara yang telah memecahbelahkan dan menjejaskan hubungan antara kaum.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024