Wednesday, October 5, 2016

Strategi Abdullah CD, Mahathir Dan Najib Dalam Membentuk Perpaduan Umat Islam Tanah Melayu

Image result

Abdullah CD (Che Dat), 93, pemimpin genius Komunis Melayu segenerasi dengan Tun Mahathir, 91, (Che Det)  melalui pelbagai cabaran dalam membentuk negara Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia. Walau gagal tetapi pengikutnya telah menyerap dan aktif dalam politik moden Malaysia.


WZWH sengaja tidak memperkenal tokoh-tokoh yang lain kerana ramai yang sudah meninggal dunia sebab mahu membicarakan tokoh-tokoh yang masih hidup berjuang membentuk perpaduan umat Islam Malaysia.

Kedua-dua Che Dat dan Che Det ini masih aktif lagi berpolitik kerana mahu ideologi mereka dianuti oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia.

Che Dat tinggal di sempadan Malaysia-Thailand, berjuang dalam hutan, manakala Che Det berjuang dibandar dalam mencapai matlamat namun cara sama saja Komunis-Sosialis.

Che Dat terlalu percaya kepada ideologi Komunis boleh mengubah dunia. Selain perjuangan Dato' Maharajalela menentang Inggeris menjadi titik tolak idola beliau. Kisah perjuangan Che Dat Sila Klik Sini.

Che Dat telah mempengaruhi ramai orang Melayu dari CPM, PKMM, API, AWAS dan PETA masuk hutan jadi pejuang guerilla.

Pengikut-pengikut Che Dat kini meresap dalam pergerakan moden politik Malaysia majoriti dalam parti pembangkang. Lebih kepada perjuangan Malaysia Malaysian dan Republik.



Mahathir yang sebaya dengan Abdullah CD suka pendekatan politik yang memecahbelahkan orang Melayu dan rakyat membenci Perdana Menteri-Perdana Menteri dan lain-lain Institusi.


Che Det tidak perlu diperkenalkan kerana sudah 22 tahun menjadi PM Malaysia dan masih berpengaruh dan cuba mempengaruhi hingga kini. Cuma Che Det juga boleh menggunakan strategi politik sama seperti Che Dat.

Che Det bertanggungjawab membentuk UMNO Baru, Semangat 46, PKR, dan terkini PPBM.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin Islam mempunyai tanggungjawab berat dalam menyatupadukan umat seperti yang termaktub di dalam al-Quran.

Perdana menteri berkata umat Islam adalah bersaudara dan kerana itu beliau cuba berbaik-baik dengan parti yang majoriti ahlinya orang Islam walaupun cara politik mungkin berbeza.

"Malangnya, terdapat seorang pemimpin lama yang menyukarkan usaha ke arah perpaduan umat dilaksanakan.

"Sepanjang pentadbirannya, orang Melayu Islam di negara ini pecah kepada tiga parti atau kumpulan," katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com bertajuk 'Ucapan Perdana Menteri mengenai perpaduan umat Islam', hari ini.

Menjelas lanjut, katanya pemimpin itu selepas bersara, telah memecahkan lagi orang Melayu Islam kepada lima dengan menubuhkan sebuah parti baharu.

Najib berkata tabiat pemimpin itu suka berkelahi, bersikap hipokrit, sekejap memfitnah orang lain, kemudian berbaik-baik.

"Inilah yang mengakibatkan orang Islam di negara ini begitu sukar untuk bersaudara.

"Beliau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya sedangkan beliau sendiri tidak terlepas daripada tuduhan seperti pernah dipanggil kepala perompak, tetapi semua orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang pertama beliau aniayai," katanya.

Perdana menteri berkata ramai yang pernah menjadi mangsa pemimpin itu dahulu, dipungut balik demi politik pada waktu-waktu tertentu.

"Saya dengan penuh rasa rendah diri menyeru kepada semua, sudah-sudahlah kita berkelahi. Marilah kita kembali bersaudara dan membentuk umat yang kuat dan berjaya," katanya.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024