Wednesday, April 26, 2017

Projek Penyudah FINAL TOUCH Jalan Ulu Tembeling Melengkapi Keperluan Rakyat Pedalaman

Image result for rakit motosikal

Projek 'FINAL TOUCH' penyudah melengkapi keperluan rakyat pedalaman Ulu Tembeling dengan membina 2 jambatan panjang dan 6 jambatan pendek memudahkan perhubungan selain beberapa jalan menghubung kampung.

Tidak perlu lagi penduduk Kg Gusai guna rakit bawa motosikal bila menyeberang Sg Sepia.

Tidak perlu lagi penduduk Kg Mat Daling dan Bantal Seberang guna bot bawa motosikal dan barang menyeberang Sg Tembeling ke Kg Bantal.

Tidak perlu lagi penduduk Kg Gusai guna jalan slack/simen yang rosak ke Kg Bantal berulang alik sejauh 5km.

Tidak perlu lagi penduduk Kg Mat Daling berulang alik ke Kg Bantal Seberang guna jalan tanah merah yang rosak sejauh 13km.


Sebelum ini sudah siap Projek Jalan Fasa 1 dari Kuala Tahan ke Kg Pagi jarak 22km kos RM121 juta.

Bagi Pakej 2 pula, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM280 juta untuk pelaksanaannya. Skop kerja bagi Pakej 2 bermula dari penghujung Pakej 1 di Kg Pagi sehingga ke persimpangan Kg Bantal Seberang sejauh 32km. Pakej ini juga melibatkan penambahbaikan 4 jambatan sedia ada.

Pakej 2 ini telah ditawar kepada Kontraktor yang sama membina Pakej 1 dengan kos RM280 juta dengan masa pembinaan 36 bulan.

Projek ini sepatutnya telah pun bermula pada 16 May 2014. Oleh sebab proses kelulusan kerja pembalakan memakan masa setahun maka projek ini dijangka siap pada 16 May 2018.

Buat masa ini kerja-kerja tanah sedang giat work-in-progress  dan keseluruhan kemajuan semasa disekitar 75%.

Bagi Pakej 3 pula, ia merupakan penyudah kepada keseluruhan projek. Pakej sudah mendapat kelulusan dan mahu dibuat pelaksanaannya memerlukan peruntukan sebanyak RM180 juta. 

Pakej ini melibatkan beberapa jalan dan jambatan  antaranya:

  • Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
  • Kg Pagi By Pass 7km
  • Jalan kampung dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
  • Jalan Kg Kuala Sat 5km
  • Sebuah jambatan di Sg Tembeling menghubung Kg Bantal dengan Kg Mat Daling sepanjang 220m
  • Sebuah jambatan di Sg Sepia di Kg Gusai sepanjang 85m
  • Membina 6 jambatan pendek merentasi Sg Semena, Sg Rek, Sg Kembir, Sg Semena-Main, Sg Bubut, dan Sg Betung 

Dengan terlaksananya nanti Projek Penyudah 'FINAL TOUCH' Jalan Ulu Tembeling bolehlah WZWH istihar bahawa sudah lengkaplah keperluan infrastruktur asas rakyat pedalaman Ulu Tembeling.

Jangan kata pemimpin anak tempatan tidak berbuat sesuatu demi kemajuan kampung halamannya.

Jangan kata rakyat pedalaman Ulu Tembeling diabai dan dipinggirkan selamanya.

Setelah projek infrastruktur asas lengkap barulah projek-projek ekonomi pantas menyusul satu demi satu demi masa depan yang cerah bagi generasi seterusnya.

Tuesday, April 25, 2017

Progress Report Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 :Hampir Siap 75%

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature


Projek Jalan Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang permulaannya bermula pada 16 May 2015 tertangguh setahun kerana menunggu proses kelulusan pembalakan selesai.

Projek Jalan Fasa 2 Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal kos RM280 juta sejauh 32km telah bermula setahun 11 bulan. 

Sebelum ini sudah siap Projek Jalan Fasa 1 dari Kuala Tahan ke Kg Pagi jarak 22km kos RM121 juta.

Bagi Pakej 2 pula, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM280 juta untuk pelaksanaannya. Skop kerja bagi Pakej 2 bermula dari penghujung Pakej 1 di Kg Pagi sehingga ke persimpangan Kg Bantal Seberang sejauh 32km. 

Pakej ini juga melibatkan penambahbaikan 4 jambatan sedia ada.

Pakej ini juga melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dalaman Kg Pagi sepanjang 5km yang mana bahagian ini telah dilaksanakan ke tahap R2 didalam Pakej 1. 

Bagi membolehkan laluan ini menjadi laluan utama, KKLW telah dipersetuju bahawa jalan dalaman ini dinaiktaraf ke R3 dan menjadikannya sebahagian daripada laluan utama.

Pakej 2 ini telah ditawar kepada Kontraktor yang sama membina Pakej 1 dengan kos RM280 juta dengan masa pembinaan 36 bulan. 

Projek ini sepatutnya telah pun bermula pada 16 May 2014. Oleh sebab proses kelulusan kerja pembalakan memakan masa setahun maka projek ini dijangka siap pada 16 May 2018.

Buat masa ini kerja-kerja tanah sudah bermula  dan keseluruhan kemajuan semasa disekitar 75%.


Terdapat dua team pembina projek jalan ini yang beroperasi dari Kg Pagi dan dari Kg Kuala Sat. Ini bertujuan bagi mempercepatkan pembinaan Projek Jalan Fasa 2 ini.

Projek Jalan Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Seberang Bantal lebih mudah dari Projek Jalan Fasa 1 dari Kuala Tahan ke Kg Pagi. 

WZWH percaya Projek jalan ini insyallah akan lebih cepat disiapkan sebelum PRU 2018.

Berikut foto-foto terkini Projek Jalan Fasa 2 yang diambil oleh Wan Shah seorang anak muda dari Kg Bantal.


Image may contain: cloud, sky, mountain, nature and outdoor

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, tree, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, tree, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature

32km laluan utama

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

32km laluan utama

Monday, April 24, 2017

Santuari Gajah Jerantut Mendapat Perhatian ADUN Pulau Tawar Dan ADUN Tahan



Image result for sri lanka elephant sanctuary

Kini terdapat 1,200 ekor gajah Asia dan 1,500 ekor gajah pygmy Borneo di Malaysia. Gajah Asia lebih besar dari gajah pygmy. Gajah Asia terdapat di hutan Malaysia Barat dan gajah pygmy terdapat di Sabah.

Entah mengapa pemimpin politik Jerantut tiba-tiba minat menjaga alam sekitar flora dan fauna. Terbaru bila kes kumpulan gajah 20 ke 30 ekor merayau ke kawasan kampung berdekatan hutan dari DUN Tahan ke DUN Pulau Tawar Jerantut.

Ini membuatkan kan ADUN Pulau Tawar dan ADUN Tahan bersetuju bahawa satu kawasan santuari gajah perlu dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi konservasi dan perlindungan gajah.

Bahkan sewaktu Sesi Dewan DUN Pahang, ADUN Pulau Tawar telah bawa isu ini.

YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail menjelaskan...


"Saya dah bawa perkara ini dalam Dewan Negeri. Kita memang memerlukan kawasan di antara 10 ribu ke 15 ribu ekar untuk konservasi gajah-gajah ini juga binatang lain saperti tapir dan lain-lain.

Bila sebut santuari gajah orang semua ingat Kuala Gandah. Yang betulnya itu tempat latihan gajah. 

Bila kita gazetkan tempat tu dia ada bajet, international funding pun akan bantu. Kita kena tanam bebagai tumbuhan untuk berbagai jenis spesis. Akan ada research dan kajian. Disamping kerajaan Federal pun bantu.

Keliling Gua Gelanggi tu saya sudah gazetkan sebagai reserve monument Gua Gelanggi. Kalau ada orang ceroboh cepat bagi tahu kita kuat kuasa. Doakan semoga ianya berhasil."



Gajah Asia dan gajah pygmy Borneo adalah spesis terancam dilindungi oleh Akta Hidupan Liar. Gajah adalah binatang unik dan mistik merupakan ikon Negeri Pahang Darul Makmur.

Ada Pusat Konservasi Gajah di Lancang, Temerloh selain dari Sabah di Sungai Kinabatangan dan Sungai Ketiar Tasik Kenyir.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. 

Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. 

Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. 

Selain itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.



Masa depan gajah Asia di Pahang bergantung kepada komitmen penubuhan Santuari Gajah Jerantut yang dicadangkan oleh pemimpin.

Beberapa pemimpin NGO-NGO Alam Sekitar  turut menyokong penubuhan Santuari Gajah Jerantut.

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. 

Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. 

Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. 

Walau bagaimanapun disebabkan oleh pengecilan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. 

Pencerobohan ini menyebabkan berlakunya konflik dan kerugian pihak terbabit. Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Thursday, April 20, 2017

Siapa Pahlawan UMNO Yang Berani Ambil Balik Parlimen Temerloh PRU 14?

Image result for pahlawan melayu



Sebenarnya ini bukanlah tugas assignment yang susah untuk ambil balik parlimen Temerloh pada PRU 14 September ini atau pada tahun depan.

Parlimen Temerloh sejak PRU 1959, parlimen Temerloh telah dimenangi oleh Parti Perikatan/BN sebanyak 13 kali.

Fakta ini menunjukkan parlimen Temerloh adalah kubu kuat UMNO sebenarnya.

Cuma PRU 2013, barulah PAS berjaya menawan parlimen Temerloh dengan kelebihan majoriti 1070 undi.

Selain kemenangan tipis UMNO pada PRU 2009 mengagalkan PAS dengan kelebihan tipis majoriti 213 undi.

Sekarang isunya siapa pahlawan UMNO yang berani dan yakin ambil balik parlimen Temerloh pada PRU 14.

Dengan DUN Semantan dan Mentakab yang dikuasai oleh PAS yang bertukar menjadi PAN dan DAP.

Selain UMNO kekal di DUN Lancang yang dikatakan perlu direfresh sokongan UMNO.

UMNO Temerloh perlu bangkit melahirkan seorang hero yang bukan sahaja boleh ambil balik parlimen Temerloh tetapi memimpin pasukan rampas kembali DUN Semantan dan DUN Mentakab.

Apa yang meyebabkan kekalahan parlimen Temerloh pada PRU 13?

Rumours menyatakan masalah dalaman, sabotaj, sikap calon, lemah pengurusan menyebabkan UMNO kalah tipis.

Mengikut kajian UMCEDEL dari UM mendapati Faktor 'ubah' dan sokongan kuat golongan muda Cina terhadap PR merupakan faktor yang menyebabkan BN kalah di Parlimen Temerloh pada PRU 13

Kemenangan PAS pada parlimen tersebut didorong oleh sokongan padu masyarakat Cina terhadap parti itu di mana 60 % pengundi Cina memberikan undi mereka kepada parti itu.

Jelasnya, ini kerana pengundi-pengundi warga tua di Temerloh didapati 'terpaksa' menurut kehendak anak-anak mereka yang mahukan 'perubahan'.

Untuk kali pertama mereka (penduduk Temerloh) telah berkata mereka terpaksa ikut apa yang diminta oleh anak-anak mereka iaitu mengundi Pakatan.

Jelasnya, kebanyakkan pengundi-pengundi muda Cina apabila telah selesai mengundi, akan pulang ke tempat mereka menetap dan yang tinggal hanyalah golongan tua yang mengenali calon UMNO.

Apa yang berlaku dalam Pilihan Raya ini, untuk masyarakat Cina, ialah slogan 'ubah'. Mereka telah membuat pilihan... yang pentingnya bagi mereka ialah 'ubah'.

Bila mereka mengundi, mereka harapkan dengan mengundi Pakatan, mereka akan 'ubah'... tetapi selepas PRU mereka sedar Pakatan masih gagal menawan Putrajaya dan BN masih kekal berkuasa oleh itu hanya BN mampu memberi.

Parlimen Temerloh mempunyai komposisi pengundi iaitu penduduk Melayu sebanyak 64 peratus, Cina 24 peratus dan India 9 peratus.

Keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat yang kini dikenali Pakatan Harapan adalah dipercayai sokongan 60% dari pengundi Cina akan berkurangan.

UMNO berada kedudukan baik untuk ambil balik parlimen Temerloh.

Dengan keluarnya ADUN Semantan dari PAS dan mengistihar masuk PAN maka di DUN Semantan sokongan kepada PAS dan PAN berpecah.

UMNO boleh ambil kembali DUN Semantan.

DUN Mentakab adalah lapangan yang sengit untuk MCA kembali merampas harap MCA bekerja dan berusaha lebih gigih lagi.

Betul caranya, kena gaya kempennya BN boleh ambil kembali Parlimen Temerloh, DUN Semantan, DUN Mentakab dan mengekalkan DUN Lancang.

Siapa pahlawan UMNO yang berani dan yakin ambil balik parlimen Temerloh dan mengemudi team BN rampas kembali kerusi DUN-DUN yang kalah?

WZWH tidak percaya cucu-cicit Pahlawan Semantan Tok Bahaman selama-lamanya diam membisu.

Ayoh bangkit semua...

Sanggang, Sanggang Seberang, Kampung Gau, Teluk Ira, Bangau, Songsang, Tanjung Kerayong, Sungai Semantan, Kampung Baharu, Kampung Sungai Ara, Bandar Mentakab, Mentakab Tengah, Taman KSM, Kampung Chatin, Ladang Yeow Cheng Luan, FELDA Lakum, FELDA Bukit Damar, Bolok, Mempatih, Ladang Edensor, Batu Kapur, Bukit Bendera, Sri Layang, Desa Bakti, Sungai Kepong, Rantau Panjang, Bandar Lanchang, Kampung Dala, Kuala Kawang, Sri Semantan, Sri Kemuning, Temerloh Jaya, Sri Bahagia, Kampung Batu, Bandar Temerloh, Jalan Bahagia, Lubuk Pasu, Tanjung Batu, Paya Pulai, Lebak, Tanjung Belengu, Pangsenam, Buntut Pulau.


Bangkitlah bersama Pahlawan-Pahlawan Pahang yang lain di seluruh Negeri Darul Makmur ini.

Kita tidak akan biarkan Perdana Menteri DS Najib keseorangan merasa malu kerana tidak dapat mempertahankan banyak kerusi di Negeri beliau sendiri.

This is Pahang Darul Makmur the only political race everybody cannot beat!

Friday, April 14, 2017

Chocolata...Mantra Cinta Pengasih Andalusia





Lyrics and Translation Chocolata

Translation in English 


Original Lyrics
My soul calls you
Mi alma te ama,
You are the light of my spring
Tu eres la luz de mi primavera.
Of my spring
De mi primavera ay ay ay,



You can't see, you can't see
Tu no ves, tu no ves,
Ay! Babe babe you are my sky, my moon
Ay mamio mami tu ves, mi cielo mi luna,
My only fortune
Mi unica fortuna.


Ay! Pretty, baby, my soul loves you
Ay bonito papito, theama theama.
Babe babe babe babe, gimme gimme, gimme your soul
Papito papito papito papito, damme damme damme tu alma.
Pretty baby, my soul loves you
Bonito papito, theama theama.
Babe babe babe babe, gimme gimme, gimme your soul
Papito papito papito papito, damme damme damme tu alma.


Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Babe, babe, ay! babe babe babe
Mami, mami, ay mami mami mami.
Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Babe, babe, ay! babe babe babe
Mami, mami, ay mami mami mami.


Listen to me babe babe, listen to me babe babe, my heart
Esqucha me mami, Esqucha me mami mami migoraso.
The words of my heart (heart heart)
Ellos palavra migoraso, goraso goraso.


You can't see, you can't see
Tu no ves, tu no ves.
No babe babe, you can't see
No mami no mi tu no ves.
Ay! Babe ay! babe
Ay mami, ay mami.
You are my soul
Tu eres mi alma.


Ay! Pretty, baby, my soul loves you
Ay bonito papito, theama theama.
Babe babe babe babe, gimme gimme, gimme your soul
Papito papito papito papito, damme damme damme tu alma.
Pretty baby, my soul loves you
Bonito papito, theama theama.
Babe babe babe babe, gimme gimme, gimme your soul
Papito papito papito papito, damme damme damme tu alma.


Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Babe, babe, ay! babe babe babe
Mami, mami, ay mami mami mami.
Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Choco choco choco choco choco, chocolate
Choco choco choco choco choco chocolata.
Babe, babe, ay! babe babe babe
Mami, mami, ay mami mami mami.


You like the chocolate, babe
Isalla chocolata to moi mi

Friday, April 7, 2017

GLOBAL GROWTH Membantu DS Najib Menang 2/3 Majoriti PRU 14




DS Najib Perdana Menteri yang bijak membawa Malaysia menunggang gelombang perubahan ekonomi dunia yang semakin mencabar penuh keyakinan.

Polisi 'friendly' berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh dunia memudahkan urusan.

Tidak guna tunjuk retorik berapi-berapi menentang pemimpin-pemimpin berpengaruh dunia depan rakyat konon aku pemimpin paling berani dan lantang tapi tidak boleh bawa pelaburan FDI.

DS Najib dengan inisiatif beliau berjaya membawa pelaburan beratus billion Ringgit dari China, India dan Arab dari rantau Asia sahaja.

Belum lagi pelaburan yang bernilai tinggi dari Eropah dan US. Semua usaha-usaha ini membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi dunia ( Global Growth) yang semakin baik dan elok boleh membantu DS Najib menang majoriti lebih 2/3 pada PRU 14.

Hanya penyelesaian ekonomi yang boleh buat semua orang menarik nafas lega dan dapat berfikir dengan rasional membuat keputusan.

Retorik pembangkang tanpa penyelesaian holistik menyeluruh tanpa usaha-usaha positif berpolitik 24 jam sepanjang masa tidak dapat membantu.

Bagaimana Global Growth dapat membantu DS Najib menang 2/3 majoriti?

Beberapa penulisan dari pakar-pakar ekonomi dunia terkemuka menulis...


Kenneth Rogoff, Professor of Economics and Public Policy at Harvard University and recipient of the 2011 Deutsche Bank Prize in Financial Economics, was the chief economist of the International Monetary Fund from 2001 to 2003. The co-author of This Time is Different: Eight Centuries of Financial Folly, his newBOOK, The Curse of Cash, was released in August 2016.


After nine dreary years of downgrading their GDP forecasts, macroeconomic policymakers around the world are shaking their heads in disbelief: Despite a populist-propelled wave of political tumult, global growth is actually set to outperform expectations in 2017.
It’s not just American exceptionalism. Although US growth is very strong, Europe has been outperforming expectations by more. There is even happy news for emerging markets, which are still bracing for US Federal Reserve interest-rate hikes but have gained a better backdrop against which to adjust.
Fortunately, a patient Fed, a resilient (for now) China, and a growing Europe and US will help most emerging economies.
The outlook for global growth is improving, and, with sensible policies, the next several years could be quite a bit better than the last – certainly for advanced economies, and perhaps for most others as well. But populism remains a wildcard, and only if growth picks up fast enough is it likely to be kept out of play.



Anne-Marie Slaughter, a former director of policy planning in the US State Department (2009-2011), is President and CEO of the think tank New America, Professor Emerita of Politics and International Affairs at Princeton University, and the author of Unfinished Business: Women Men Work Family.



The standard way of describing political forces ranging from Viktor Orbán’s Fidesz party in Hungary to Marine Le Pen’s National Front in France to Donald Trump’s supporters in the United States is “populist.” 

Populism means a politics of the people, juxtaposed against a politics of the elites. But in the US at least, Trump’s ideology – which has little to do with traditional Republican conservatism – frames the axis of division not as the many versus the few, but as nationalists versus globalists.

Feelings of being disconnected and despised, however, are powerful emotions, strong enough to twist facts into a dark alternate reality. It is critical to look beyond a simple story of populism, of masses versus elites. A narrative of grounded, connected nationalism versus sanctimonious free-floating globalism is one that will generate support and staying power even among many well-educated people.

The right response is not to deny the existence or legitimacy of a desire to stay grounded amid tumultuous change, or love of country and culture, much less to look down on the less educated. It is to build a new narrative of patriotism, culture, connection, and inclusion. Even if Wilders lost this month and Le Pen loses in May, they and their supporters will not be going away.

Jeremy Adelman is Director of the Global History Lab at Princeton University.
Anne-Laure Delatte is Director of the Centre d’Études Prospectives et d’Informations Internationale, Paris.

 “America first,” thumps Donald Trump. “Britain first,” say the advocates of Brexit. “France first,” crows Marine Le Pen and her National Front. “Russia first,” proclaims Vladimir Putin’s Kremlin. With so much emphasis on national sovereignty nowadays, globalization appears doomed.
It’s not. The struggle playing out today is not one of globalism versus anti-globalism. Rather, the world is poised between two models of integration: one is multilateral and internationalist; the other is bilateral and imperialist. Throughout the modern age, the world has seesawed between them.
Since 1945, internationalists have had the upper hand. They advocate cooperation and multilateral institutions to promote global public goods like peace, security, FINANCIAL stability, and environmental sustainability. Theirs is a model that constrains national sovereignty by binding states to shared norms, conventions, and treaties.
The year 2016 tipped the scales toward bilateralists, who regard national sovereignty as an end in itself. The fewer external constraints, the better: peace and security result from a balance of great powers. Theirs is a model that favors the strong and punishes the weak, and that rewards competitors at the expense of cooperators.

Tuesday, April 4, 2017

8 Tahun Pemerintahan Najib Antara Sentuhan Sang Kelembai dan King Midas

Image result for king midas


Blogger A Kadir Jasin (Datuk) @ ahli MKT Parti Bunga Raya sejak balik berceramah di Felda Sg Tekam Jerantut,

telah menulis satu posting mengkritik penuh emosi sempena 8 tahun DS Najib mentadbir negara. SILA KLIK SINI: 8 Tahun Derita Di Bawah Najib.


Manakala Blogger Sakmongkol AK47 (YB Dato') @ MP DAP menambah dua isu: 1. Corruption dan 2. Bad Leadership SILA KLIK SINI.


Maka WZWH menulis posting 8 Tahun Pemerintahan Najib Antara Sentuhan Sang Kelembai dan King Midas.

Sebelum itu WZWH kena cerita siapa watak mitos Sang Kelembai dan    King Midas supaya pembaca blog WZWH boleh faham.

Kita ikut kronologi dulu...

King Midas ini seorang Raja dalam mitos Greek. Aristotle cakap King Midas hidup zaman 2000 tahun SM. 

Ringkas cerita King Midas dapat keajaiban apa yang disentuh King Midas semua jadi emas. Pada mulanya King Midas sangat suka dan gembira.

Tapi bila seorang Puteri kesayangannya marah bila semua Bunga Raya di dalam taman istana telah bertukar menjadi emas kekuningan kemudian...

Bila King Midas mahu memujuk dan memeluk Puterinya tiba-tiba Puteri bertukar menjadi emas keseluruhan badan.

Lalu King Midas dukacita dan bersedih. Mengutuk diri sendiri bahawa kelebihan ini adalah sumpahan.

Akhirnya King Midas mati kebuluran.

Sang Kelembai adalah watak mitos sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu Nusantara. Tun Sri Lanang cakap mungkin ini zaman Pre-Islam ribuan tahun dulu.

Sang Kelembai ini makhlok besar dan tinggi dikatakan ada hubungan dengan alam ghaib kayangan hidup di hutan belentara.

Tragedi bermula bila ahli keluarga Sang Kelembai mati sorang demi seorang. Anak perempuannya mati makan buah larangan perah. Isterinya juga mati bila terjatuh ketika meniti sebuah sungai.

Lalu Sang Kelembai bila menegur atau sentuh sesuatu boleh bertukar menjadi batu. Kenapa bertukar menjadi batu tidak seperti emas seperti King Midas tidaklah diketahui.

Sang Kelembai tidak suka dengar bunyi bising atau suasana keceriaan pesta pasti buat Sang Kelembai marah maka banyaklah juga binatang, burung, flora dan fauna menjadi batu termasuk Orang kampung dan Orang Asli.

Akhirnya Sang Kelembai menbawa diri dan menyorok di sebuah gua misteri di Gunung Tahan. Hingga kini tidak diketahui akan nasib Sang Kelembai ini apa jadinya.

Berbalik kepada posting Blogger A Kadir Jasin terutamanya dan Blogger Sakmongkol AK47 mengenai 8 Tahun Najib jadi PM itu bolehlah WZWH ulas seperti berikut:

WZWH link kan ini ulasan dan komen pakar-pakar ekonomi dari luar negara dan dalam negara yang arif lagi bijaksana menilai 8 Tahun Pemerintahan Najib seperti dibawah:



Demikianlah:

Sang Kelembai sentuh jadi batu,

King Midas sentuh jadi emas,

DS Najib sentuh hati dan minda rakyat jadi ceria dan bahagia!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024