Tuesday, November 28, 2017

Himpunan Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut








Majlis Permuafakatan Generasi FELDA 1 Pahang yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Haji Wan Amizan bin Wan Razak bersama Pegawai Daerah Maran dan Pegawai Daerah Jerantut dengan segala hormatnya menjemput semua generasi ke-2 FELDA dalam parlimen Jerantut ke:

Majlis Perasmian Himpunan Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut oleh:

YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob
Menteri Besar Pahang

Pada 1 Disember 2017 (Jumaat), Jam 2:30 petang
Bertempat di FELDA Jengka 8

20,000 anak-anak muda Generasi Ke-2 FELDA dijangka hadir memeriahkan Karnival Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut yang terdiri dari 15 Rancangan FELDA selama 3 hari bermula dari 1 Disember hingga 3 Disember 2017 yang mengadakan berbagai aktiviti menarik di FELDA Jengka 8.

Mari anak-anak muda warga Generasi Ke-2 FELDA Parlimen Jerantut datang memeriahkan Majlis dan melibatkan dengan aktiviti-aktiviti menarik.

YB Dato' Sri Wan Amizan akan mencadangkan satu USUL yang membawa berita paling gembira buat ratusan ribu warga anak-anak muda Generasi Ke-2 FELDA di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur kepada YAB MB Pahang dan YAB Perdana Menteri.

Kita tunggu berita paling mengembirakan dan penuh teruja ini pada 1 Disember 2017 nanti.

Saturday, November 25, 2017

Jerantut Semua Calon Baru PRU14?
















PRU 14 menjadi begitu menarik dikalangan 62,000 pengundi parlimen Jerantut dan tiga DUN  kerana semua parti BN, Pakatan Harapan dan PAS  akan dijangka meletakkan calon-calon baru.


Game changer merombak semua calon adalah strategi semua parti menarik pengundi muda dan mahu muka-muka baru ditonjolkan.

BN akan letak calon baru yang lebih bertenaga dan muda agresif bagi parlimen P081 Jerantut.

PAS sudah tentu akan letak calon baru kerana calon PAS parlimen P081 Jerantut PRU 13 sudah masuk PAN.

Pakatan Harapan pun sudah tentu letak calon kali pertama bagi parlimen P081 Jerantut tidak kira sama ada PKR, Bersatu, PAN dan DAP.

Parlimen Jerantut P081 dijangka 3 penjuru.

BN kalau mahu menang majoriti lebih besar parlimen P081 Jerantut perlu letak calon anak muda berwibawa anak peneroka di DUN Pulau Tawar.

PAS juga meletakkan calon anak peneroka di DUN Pulau Tawar. 

Berkemungkinan juga PAN akan meletakkan calon di DUN Pulau Tawar.

DUN Damak pula BN pasti letak calon baru. Langkah ini turut diikuti oleh PKR. PAS yang tidak bertanding di DUN Damak pada PRU 13 dijangka meletakkan calon baru kali ini. Pertandingan 3 penjuru berlaku.


DUN Tahan akan berlaku perubahan yang membolehkan semua calon baru diletakkan oleh BN, PAS dan Pakatan Harapan.

Bila semua calon baru PRU 14, BN dijangka mempunyai kelebihan untuk memenangi parlimen Jerantut P081 dan 3 DUN tersebut.

Tuesday, November 14, 2017

Agenda Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut: "Putting Faces To Names"

Image may contain: 2 people, people sitting


Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut , sesi panel discourse di Hotel Darul Makmur Jerantut pada petang 12 November 2017.


Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor


Seramai hampir 90 ahli-ahli Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut hadir mengikuti pembentangan data P081 Parlimen Jerantut PRU 14 dan sesi panel discourse.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor


Tidak sangka Program 'Putting Faces To Names' masih diperbincangkan sama ada secara realiti di kedai kopi mahupun di laman media sosial 

Ada beberapa orang yang PM dan bertanya mengenainya:

1. 'Putting Faces To Names' dianjurkan oleh badan NGO 'Gegar Politik Jerantut' yang ahlinya seramai 240 orang.

3. Berbagai peringkat kepimpinan UMNO Bahagian ada didalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

4. Tiada jemputan rasmi secara bersurat namun adminnya telah mewar-warkannya berulang kali. 

5. Program dijalankan secara santai namun agenda besar yang dibawa adalah memastikan BN menangi 4.0 dalam PRU akan datang.

6. Ahli panel adalah dari kalangan yang berkaliber dalam P081 Parlimen Jerantut: YH Dato' Hj Kamaruzaman Baria mantan KB dan AP, YH Dato' Wan Zamzuri Wan Hasenan Ahli Majlis Daerah dan Ustaz @Ahmad Shah Jamlus Pengarah BTN.

7. En.Wan Jehari Wan Ismail bersungguh-sungguh membentangkan perangkaan bagi mencapai hasrat menangi PRU14 dengan 4.0. Membentang apa yang tak terlaksana oleh Bahagian selama ini.

8. Semua hadirin bebas menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing Bagaimanapun sudah tentu ada batasannya... tidak menyinggung sesiapa.

9. Sebagai moderator saya bertolak ansur namun bertegas bila ada yang pihak yang cuba menjadikan pentas itu sebagai peluang untuk membicarakan perkara sensitif dan peribadi.

10. Program ini diadakan untuk membantu UMNO dan BN mencapai matlamat PRU apabila dirasakan usaha kearah itu tidak dilakukan sewajarnya oleh pihak berkenaan.

11. Mungkin ini adalah program pertama untuk tujuan berkenaan yang pernah diadakan di bahagian, negeri atau negara oleh pihak NGO.

12. Ini juga adalah satu pesanan ringkas kepada pihak kepimpinan bahawa sesuatu tindakan positif perlu dilakukan segera.

13. Antara resolusi perjumpaan adalah beberapa siri perjumpaan seperti ini akan diadakan lagi dengan melibatkan pihak diluar kumpulan WhatsApp supaya matlamatnya sampai ke golongan sasaran bahawa P018 Parlimen Jerantut dalam kesukaran untuk mengekalkan kemenangan.

14. Pengunda muda 'first time' voters adalah penentu kemenangan PRU 14 PO81 Jerantut. Kena dapatkan dan mengadakan komunikasi dengan apa cara untuk dekati mereka.

15. Mengurus persepsi di media sosial dan "the art of positioning perception" sangat penting bagi memenangi pengundi-pengundi muda dan pertengahan ini.

Monday, November 13, 2017

Sarong Run 2017 Karnival Sehati Sejiwa

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor


WZWH mewakili ADUN Tahan merasmikan Sarong Run 2017 Karnival Sehati Sejiwa anjuran Persatuan Murid-Murid Tua SRJK Sungai Jan Jerantut pada pagi Ahad 12 November 2017 di padang SRJK Sungai Jan Jerantut.

Dalam ucapan itu, WZWH menyatakan Sarong Run ini iaitu peserta seramai 1500 melakukan larian sepanjang 3km memakai kain batek samada dibuat samping atau dililit kepada badan.

Aktiviti ada 3 faedah: 1) baik untuk kesihatan, 2) merapatkan hubungan antara murid-murid tua dan penglibatan dengan masyarakat. 3) aktiviti yang unik elok dipromosi kerana program ini sangat grand dan indah.

WZWH mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tahan yang berjaya mendapatkan peruntukan RM13 juta bagi membina sebuah bangunan 3 tingkat dengan kemudahan 12 bilik darjah untuk SRJK Sungai Jan satu-satunya peruntukan terbesar dalam negara untuk SRJK Cina.

Projek ini telah ditendar dan kontraktor telah pun dipilih. WZWH berharap kontraktor yang terpilih ini dapat menyiapkan pembinaan sebuah bangunan ini supaya anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa.

Walaupun ini ialah SRJK Cina kalau dilihat dari komposisi murid-muridnya terdapat 40% pelajar Melayu di sekolah ini.

WZWH menyatakan tahniah dan syabas kepada Dato' Lim Chong Ly Pengerusi Persatuan Murid-Murid Tua SRJK Sungai Jan sebagai penganjur kerana berjaya merealisasikan dengan bergaya Sarong Run 2017 Karnival Sehati Sejiwa.


Image may contain: 9 people, people smiling, people dancing, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, on stage, basketball court and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, crowd, tree and outdoor

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing


Image may contain: 2 people, people standing, crowd and outdoor


Image may contain: 3 people, people smiling, crowd and outdoor


Image may contain: 11 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor


Image may contain: 3 people, people standing, sky and outdoor


Image may contain: 1 person, standing, crowd and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor

Thursday, November 9, 2017

Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut

Image may contain: 28 people, people smiling


Media sosial yang trendy sekarang diguna pakai oleh ramai pengguna selain FB, Twitter, Instagram, Blog ialah WhatsApp.

WhatsApp dikalangan famili, teman, teman sosial, organisasi dan juga komuniti politik. Rakyat membicarakan berbagai isu politik suka guna aplikasi WhatsApp.

Begitu juga di Jerantut, Group WhatsApp politik Gegar Politik Jerantut yang popular dan hangat terkini menjadi trendy.

Oleh kerana mendapat sambutan yang menghangatkan, WZWH sebagai ADMIN Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut bersetuju dengan cadangan ahli-ahli untuk diadakan perjumpaan sesama ahli yang seramai 250 members.

Perjumpaan Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut telah diputuskan diadakan seperti berikut dengan nama Putting Names to Faces

TARIKH: 12 November 2017 Hari Ahad

MASA:  2.00 petang -6 petang

TEMPAT: Hotel Darul Makmur Jerantut, Napoh Ballroom

Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli yang merupakan Jentera hardcore UMNO Bahagian Jerantut yang menghimpunkan ramai pemimpin dari past, present and future dari berbagai kumpulan (all warlords) dan para pengikut.

Kerana politik Jerantut sifatnya terlalu warlords and tribe politics maka WZWH terpaksa mengambil initiatif mengumpul dan menghimpunkan semua kluster kumpulan politik Jerantut ini dibawah satu bumbung Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut.

Tujuan hanya satu, BN Jerantut mampu retain 4-0 dalam PRU 14. (menang mempertahankan kerusi parlimen, DUN Pulau Tawar, DUN Tahan dan DUN Damak).

Group WhatsApp Gegar Politik Jerantut adalah merupakan think tank politik Jerantut akan mencari strategi, taktikal, kaedah dan mekanisme bagaimana bagi mencapai tujuan utama tersebut.

Pembentangan perangkaan P81 terkini penting kerana politics is about numbers.

PRU 14 akan diadakan dalam keadaan business not as usual jadi kita kena lebih fokus. Tidak perlu highlight 'perpecahan' yang wujud. Kita boleh huraikan masalah dan penyelesaian.

Aurcara Majlis ini yang lebih berfokus dan berpusat kepada ahli-ahli Group WhatsApp yang merupakan aset UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH berharap KEHADIRAN yang positif dan memberansangkan dari ahli-ahli akan memberikan satu force yang jitu dan menyakinkan.

Jerantut adalah kubu benteng terakhir BN Negeri Pahang Darul Makmur yang perlu dipertahankan.

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting, indoor and food

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, people eating, table, indoor and food

Image may contain: 5 people, people sitting, table, indoor and food

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 6 people, people sitting and food

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...