Thursday, May 5, 2016

Legasi Makam Marhum Syeikh Lubuk Pelang Jerantut-Kisah Seorang Sultan Menjadi Ahli Sufi

Posting ini mengenai perjalanan hidup seorang anak raja yang sepatutnya di usia muda ditabal pilihan pertama menjadi Sultan Melaka dan pilihan kedua menjadi Sultan Pahang kerana baginda adalah putera sulung yang lebih tua tetapi gagal dan menempuh berbagai rintangan politik walau akhirnya berjaya menjadi Sultan Pahang tapi ditambah pula tunang kesayangan bakal Permaisuri dilarikan oleh musuh menyebabkan baginda merasa amat malu dan kecewa hingga turun taktha dan pasrah menjadi ahli sufi mengabdikan diri dekat kepada Allah.

Kenapa Sultan ini meninggalkan dunia politik dan menjadi ahli tasauf? Kenapa baginda memilih Jerantut sebagai tempat kediaman bersemayam, beribadah, bertarikat, beruzlah, bersuluk dekat dengan Allah?

WZWH akan merungkai perjalanan hidup dan perjuangan seorang Raja yang merupakan leluhur segala Raja-Raja Melayu dan Benua Siam dari cita-cita mahu menjadi Sultan dan akhir memilih manhaj jalan mendekati Allah mencari  ketenangan kehidupan yang hakiki di dunia dan di akhirat.

Legasi Marhum Syeikh Lubuk Pelang Jerantut kisah seorang Sultan yang akhirnya mengabdikan diri menjadi ahli sufi.





Kitab Sulalatus Salatin Sejarah Melayu...

"...dan Sultan berdiam ke hulu...selagi kedengaran bunyi nobat maka Baginda mudik jua ke hulu hingga ke Lubuk Pelang namanya. Di sanalah Baginda diam, tiada kedengaran bunyi nobat lagi...maka Sultan bersyeikh dirinya...itulah disebut orang Marhum Syeikh".





Makam Marhum Syeikh Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Inilah makam yang menjadi daya tarikan dan minat rakyat Pahang, Johor, Melaka dan Siam terutama dari Istana, Bangsawan, Pembesar, Ahli Politik, Ahli Sufi, Ahli Akademik hingga rakyat biasa menziarahinya.

Makam seorang Raja yang paling suci dan keramah leluhur segala Raja-Raja Melayu dan Benua Siam merentas Empayar Melaka, Empayar Johor Pahang Riau Lingga dan Empayar Ligor Siam Kuno.

WZWH sebagai blogger Jerantut keturunan Keluarga Bendahara Lama Johor Pahang dengan bangganya mempersembahkan satu legasi yang tidak ternilai agar generasi baru Pahang Johor Melaka Siam tahu sejarah.




Siapakah gerangan anak raja dan Sultan ini? Yang menjadi tumpuan dan tempat ziarah bagi manusia yang mengetahui dan berilmu.


Baginda ialah Paduka Sri Sultan Ahmad Shah I ibni al -Marhum Sultan Mansur Shah adalah Sultan Pahang yang kedua memerintah dari tahun 1475 ke 1495. Baginda ditabalkan atas kematian adiknya yang diracun dalam 1475.

Dikenali sebagai Raja Ahmad sebelum pertabalan. Baginda adalah anak pertama (sulung) Sultan Melaka yang keenam , Sultan Mansur Shah dengan isterinya Putri Wanang Sri Lela Wangsa , anak perempuan Maharaja Dewa Sura , pemerintah Pahang dan seorang saudara kepada Raja Siam. 

Kedua-dua bonda dan nendanya telah ditangkap dan diserahkan kepada Sultan Melaka selepas penaklukan Pahang pada 1454.

Raja Ahmad sepatutnya ditabalkan menjadi Sultan pertama Pahang , sebaliknya, adiknya Raja Muhammad telah ditabal menjadi Sultan Pahang selepas dibuang dari Melaka kerana melakukan pembunuhan pada 1470. Ini peristiwa Raja Muhammad berang hilang kewarasan bila anak Bendahara Tun Perak telah tersepak bola raga ke tanjak Raja Muhammad.

Raja Ahmad juga telah terlepas ditabal menaiki takhta Melaka kerana adik tiri yang lebih muda ditabal menjadi Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka. Ini membawa kepada kebencian Raja Ahmad terhadap saudara tirinya pada tahun-tahun yang akan datang. 

Raja Ahmad akhirnya terbuang ke Pahang, kemudian dilantik sebagai Sultan selepas adik Baginda  iaitu Paduka Sri Sultan Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Sultan Pahang yang pertama meninggal dunia pada 1475.

Hubungan antara Melaka dan negeri takluk , Pahang merosot sangat selepas Raja Ahmad menjadi Sultan. Pada 1488 , Sultan Alauddin Riayat Shah meninggal dunia di Pagoh di Sungai Muar. 

Khabar angin tersebar bahawa Sultan Melaka telah diracun atas perintah pemerintah Pahang dan Indragiri. Apabila Sultan Mahmud Shah menggantikan Ayahandanya menaiki takhta Melaka, permusuhan di antara bapa saudara di Pahang dan anak saudara di Melaka terus berterusan.  

Sultan Ahmad Shah I menanggung penghinaan dari Melaka dengan dendam kesumat . Baginda terutamanya telah merasa tersinggung kerana kes penculikan Tun Teja anak perempuan Bendahara Pahang yang telah bertunang dengan Baginda atas perintah Sultan Mahmud Shah.

Tidak berdaya untuk membalas dendam dan dimalukan hingga hilang kesabaran di hadapan rakyatnya , Sultan Ahmad Shah I turun takhta demi anak Baginda yang sangat muda, Raja Mansur. Pemerintah baru diletakkan di bawah penjagaan sepupunya , 3 orang putera Almarhum Sultan Muhammad Shah I.

Sultan Ahmad Shah 1 telah menjadi ahli sufi yang mencari jalan tarikat bermanhaj dekat kepada Allah mencari kebahagian dan keabadian yang hakiki.



Kesultanan Melaka di Pahang - Tinjauan dan Ringkasan

Serangan Ligor @ Maharaja Dewa Sura - 1


1. Dr W.Linehan menyatakan penduduk Ligor sewaktu zaman Raja Chanderabhanu terdiri daripada pelbagai bangsa yang diperintah oleh raja Melayu (bukan Islam) namun kira-kira tahun 1292 Raja Sukothai iaitu Rama Khamheng telah menakluk Ligor dan menamakan Ligor sebagai Nakhon Si Tammarat.

2. Menurut Eredia Raja-raja Pahang merupakan keturunan Raja Melayu Ligor sebelum ditakluk Melaka berasal dari Tembeling? (Tan Ma Ling).

3. (Pada pendapat Buyong Adil) .. namun secara umumnya dipersetujui Tan Ma Ling merujuk kepada Tambralingga setelah merujuk kepada kajian O.W. Walters.

4. Pada 1454 angkatan laut Melaka telah menyerang Pura (Inderapura kemudian menjadi nama Pekan) dengan mengalahkan rajanya bernama Maharaja Dewa Sura. Raja Pahang lari ke Jeram Kwai (kawasan Hulu Tembeling) namun akhirnya ditangkap oleh Seri Bija Diraja.

5. Setelah dikalahkan Tun Hamzah Datuk Bongkok dititahkan pergi diam di Pahang dengan





dilengkapi nobat selengkapnya kecuali Nagara (gendang tabal) dan Payung Iram Berapit.

6. Puteri Wanang dikahwin kan dengan Sultan Mansur dan di Islamkan kemudian diberi nama Puteri Lela Wangsa.

7. Melaka kemudiannya menghantar Tun Telanai anak Bendahara Tun Perak untuk membincangkan perdamaian.Tidak berapa lama selepas itu Melaka-Thai pun bedamailah.

8. Puteri Wanang mendapat 2 anak iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad


Sultan Pahang (Melaka) Pertama

9. Raja Muhammad kemudiannya dirajakan di Pahang selepas kes pembunuhan Tun Besar anak Tun Perak. Tun Hamzah Datuk Bongkok dititahkan pulang ke Melaka.

10. Tun Hamzah diangkat menjadi Bendahara Pahang.

11. Sultan Muhammad bersemayam di Tanjong Langgar (Pekan) di tepi Sg Pahang.

12. Baginda beristerikan puteri Kelantan bernama Puteri Mengindera dan mendapat 3 orang anak iaitu Raja Ahmad,Raja Abdul Jamil dan Raja Mahmud.


Sultan Pahang (Melaka) ke 2

13. Raja Ahmad menjadi Sultan Pahang ke 2 (juga disebutsebagai Sultan Mahmud@ Muhammad)

14. Sultan Ahmad Syah turun takhta dan kemudiannya mengasingkan diri ke Lubuk Pelang juga dikenali sebagai Marhum Shaikh (Syeikh)


Sultan Pahang (Melaka) ke 3

15. Sultan Pahang ketiga ialah Sultan Abdul Jamil Syah, baginda diraja dan dinobatkan oleh Sultan Mahmud Melaka dan memperisterikan kakak Sultan Mahmud bernama Raja Fatimah.

16. Baginda dikenali dengan nama Marhum Ziarat dan makamnya berada di Pekan,Pahang





17. Baginda memerintah Pahang bersama Sultan Mansur Syah (anak saudaranya iaitu anak kepada Marhum Syaikh)


Serangan Ligor@ Maharaja Dewa Sura – 2

18. 1494 angkatan Ligor (Ayuthaya) yang dipimpin Maharaja Dewa Sura telah menyerang Pahang melalui jalan darat semasa zaman Sultan Muzaffar.

19. Namun kalah setelah Pahang mendapat bantuan dari Melaka yang dipimpin oleh Tun Mutahir (bapa kepada Tun Fatimah)

20. Pada tahun 1511 Melaka alah kepada Portugis dan Sultan Mahmud melarikan diri ke Pagoh kemudian ke Pahang semasa zaman Sultan Abdul Jamil ini.

21. Seorang anak Sultan Mahmud dikahwinkan dengan Sultan Mansur.


Sultan Pahang (Melaka) ke 4

22. Sultan Mansur Syah menjadi Sultan Pahang ke 4 dan mempunyai 2 orang puteri iaitu Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi

23. Mengikut Sejarah Melayu Sultan Mansur ini dihukum bunuh oleh ayah baginda (Sultan Ahmad, Sultan Pahang ke 2) kerana dituduh berzina dengan ibu tirinya.





Rumah Adat Indragiri

24. Isteri baginda iaitu puteri kepada Sultan Mahmud (Melaka) telah dipanggil pulang dan dikahwinkan dengan Raja Nara Singa dari Inderagiri


Sultan Pahang (Melaka) ke 5

25. Sultan Mahmud Syah adalah Sultan Pahang ke 5 adalah anak kepada Sultan Muhammad (Sultan Pahang Pertama) dan beristerikan sepupunya Raja Olah ( Raja Wati) iaitu puteri Sultan Ahmad Syah (Sultan Ke 2 Pahang).

26. Dikurniakan 2 orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Zainal.

27. Beristerikan pula Raja Khadijah iaitu puteri Sultan Mahmud Syah Melaka yang pada ketika itu memerintah Johor dan bersemayam di Bentan.

28. Semasa era baginda, Pahang banyak terlibat dengan pertempuran menentang Portugis yang menakluk Melaka.

29. Baginda mangkat dan digelar Marhum di Hilir.



Sultan Pahang (Melaka) ke 6

30. Sultan Muzaffar Syah ditabal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah II.

31. Baginda di kenali sebagai Marhum di Tengah setelah dibunuh oleh Khoja Zainal iaitu Duta




Brunai kerana bermukah dengan isteri beliau.



Sultan Pahang (Melaka) ke 7

32. Sultan Zainal Abidin ditabal menjadi Sultan Pahang ke 7 merupakan anak kepada Sultan Pahang ke 5.

33. Beristerikan Raja Dewi Sultan Mahmud Syah (Melaka)(Marhum Kampar), Puteri Onang Kening dari Kelantan dan anak Bendahara Pahang. (Isterinya 3 orang).

34. Bersama Raja Dewi dikurniakan 4 orang anak iaitu Raja Mansur, Raja Jamal, Puteri Khalijah dan Puteri Bongsu.

35. Bersama Puteri Onang Kening tiada anak

36. Bersama anak Bendahara dikurniakan Raja Abdul Kadir.

37. Baginda membantu Johor menyerang Portugis di Melaka bersama-sama angkatan Perak namun pulang setelah mendengar khabar angkatan Poertugis yang lebih besar datang dari Goa.

38. Baginda mangkat di Makam Nibong (dikenal orang sebagai Makam Tembuni), Pekan Lama dan digelar sebagai Marhum Bukit.



Sultan Pahang (Melaka) ke 8

39. Raja Mansur kemudiannya di tabal menjadi Sultan Pahang Ke 8 dengan bergelar Sultan Mansur Syah II.




40. Beristerikan Raja Fatimah anak Sultan Alaudin Syah II dan dikurniakan Raja Putih dan Raja Subuh. Baginda beristerikan pula Puteri Bakal dari Terengganu dan dikurniakan Raja Jalal,Raja Jalil, Puteri Tengah dan Puteri Dewi.

41. Baginda mangkat setelah berperang dengan Jawa Kafir dan digelar Marhum Syahid.

42. Isteri Baginda Raja Fatimah kemudiannya bernikah dengan Raja Umar anak kepada Sultan Pahang ke 2.



Sultan Pahang (Melaka) ke 9

43. Raja Jamal kemudiannya dilantik sebagai Sultan Pahang ke 9 dengan bergelar Sultan Abdul Jamal Syah (merupakan anak Sultan Pahang ke 7 adik kepada Sultan Pahang ke 8)

44. Baginda juga mangkat terbunuh (tidak dinyatakan gelaran dan peristiwa kemangkatan)



Sultan Pahang (Melaka) ke 10

45. Sultan Abdul Kadir Alaudin Shah dilantik sebagai Sultan Pahang ke 10 merupakan anak kepada Sultan Pahang ke 7 dan adik kepada Sultan Pahang ke 8 & Sultan Pahang ke 9.

46. Dikurniakan 3 orang anak iaitu Raja Abdul Ghafur, Raja Yamir dan Raja Ahmad.

47. Baginda telah bersahabat dengan Portugis.

48. Negeri Pahang pada waktu ini menghasilkan emas dan baginda pernah menghadiahkan emas sepanjang 2 ½ ela kepada Gabenor Portugis di Melaka.

49. Mangkat tahun 1590 (tiada bergelar)



Sultan Pahang (Melaka) ke 11

50. Raja Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang ke 11 namun diturunkan kerana masih kecil.



Sultan Pahang (Melaka) ke 12




51. Raja Abdul Ghafur menjadi Raja Melaka ke 12 dengan bergelar Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah.

52. Mempunyai 2 isteri iaitu Puteri Patani dan Puteri Brunei.

53. Raja Abdullah anak kepada baginda telah dikahwinkan dengan Puteri dari kerabat Perak dan perkahwinan dilansungkan di Kuala Tembeling.

54. Daerah Hulu Pahang iaitu Kuala Tembeling hingga ke he Hulu Sungai Sat dikurniakan kepada Raja Abdullah dan kekal memerintah disana.

55. Pada tahun 1607, wakil Portugis telah berjaya membebaskan 80 orang Portugis yang ditawan oleh Pahang.

56. Tahun 1607, Belanda (Abraham Van Den Broek)berjaya mengikat perjanjian dagang dengan kerajaan Pahang.

57. Orang Besar Pahang bergelar Seri Maharaja Lela telah menyambut Admiral Matelief (Cornelis
Matelief de Jonge) diiringi pengawal yang bersenjatakan senapang pemuras pada 7/11/1607.

58. Kedatangan admiral tersebut juga sebagai mengajak negeri Pahang menentang Portugis di Melaka dan Pahang menyediakan tentera seramai 2000 orang .Admiral tersebut juga diminta untuk menguji Meriam Pahang yang dibuat untuk Raja Seberang (Johor). Orang-orang Pahang telah membuat meriam yang pelurunya daripada batu dan lebih baik dari meriam Jawa namun rendah mutunya berbanding meriam Portugis.

59. Sultan Abdul Ghafur dan Raja Abdullah mangkat diracun oleh anak kedua baginda Sultan Abdul Ghafur dan kemudiannya menjadi Sultan Pahang (tidak dinyatakan nama). Baginda dikenali sebagai Marhum Pahang dan Raja Abdullah dikenali sebagai Marhum Muda Pahang. Raja Abdullah dimakamkan di Makam Chondong, Pekan Lama yang juga dikenali sebagai Makam Tujuh Beradik.

60. Isteri dan anak Raja Abdullah dibawa balik ke Perak pada tahun 1614.

61. Tidak dinyatakan pula siapakah anak-anak Sultan Abdul Ghafur bersama kedua isterinya selain dari Raja Abdullah.

62 Nama Sultan Pahang yang tidak dinyatakan nama itu ialah Paduka Sri Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan'Abdu'l Ghafur Muhi ud-din Shah,

1614 - 1615 H.H. Paduka Sri Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan'Abdu'l Ghafur Muhi ud-din Shah, Sultan of Pahang*, younger son of H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Ghafur Muhi ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l-Kadir 'Ala' ud-din Shah, Sultan of Pahang. Seized the throne after killing his father and elder brother, the Raja Muda, 1614. Entered into treaty relations with the Portuguese, 16th August 1614. Attacked and deposed by the Acehnese in 1615, but fled into the interior and continued to exercise some ruling powers. Faced several further onslaughts by the Acehnese in 1617, 1635 and 1638 and from Johor in 1638. He had issue:

1) A son k. by the Acehnese 1635.

Wednesday, May 4, 2016

Pembukaan Ladang Ulu Tembeling Bukan Sebab Utama Sg Pahang Surut Dan Kering



Bukan sebab pembalakan.

Itu bukan faktor utama Sungai Pahang surut dan kering.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Ketua Kluster Alam Sekitar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Syukur Abdul Razak.

Pembukaan tanah di lembangan Ulu Tembeling bukan faktor utama Sg Pahang semakin kering dan surut seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebaliknya fenomena El Nino menyebabkan situasi itu berlaku.

Paras air Sg Pahang di kebanyakan tempat didapati pulih selepas hujan semalam.

Menurutnya ia membuktikan faktor utama Sg Pahang menjadi surut disebabkan cuaca panas dan kemarau sejak awal tahun. 

Sekiranya penurunan paras air disebabkan aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan , air Sg Pahang sudah lama surut kerana pembalakan di Ulu Tembeling bukan perkara baru.

Lagi pun paras air sungai dan empangan di negeri-negeri lain juga menurun ketara sedangkan tiada aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah di punca utama sungai.

Saya secara peribadi berpendapat pembalakan bukan punca utama dan setakat ini masih tiada kajian mendalam atau bukti saintifik mengatakan aktiviti itu punca utama Sg Pahang kering.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengambil sampel air telaga dan air bukit di kawasan Felda Chini bagi memeriksa samada air tersebut sesuai digunakan untuk kegunaan domestik mahu pun sebagai minuman yang turut disertai ADUN Chini Dato' Abu Bakar Harun.

Sebelum ini penduduk di kawasan itu terjejas selepas paras air Sg Mentega yang menjadi punca utama bekalan air surut hingga memaksa penduduk menggali air perigi atau mendapatkan air bukit.



ADUN Chini YB Dato' Abu Bakar Harun.


Sementara itu kata Dato' Abu Bakar Harun, hujan lebat semalam menjadikan paras air Sg Mentega naik ke tahap normal dan bekalan air paip di Chini telah pulih.

Kenyataan ini tidak menyenangkan NGO Alam Sekitar (bukan semua) yang sering menggunakan isu alam sekitar untuk menuding jari menyalahkan dasar-dasar Kerajaan Negeri Pahang. 

WZWH mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang supaya mengadakan seminar alam sekitar dengan menjemput pakar-pakar El Nino dan La Nina memberi ilmu dan pengetahuan kepada kepimpinan dan ahli NGO Alam Sekitar, PEKA atau PEKAK dsb supaya mereka faham ilmu alam sekitar yang sebenarnya.

Elok juga dijemput Ketua-ketua Editor suratkhabar media massa arus perdana, TV Astro Awani, Bernama, TV3, RTM dll termasuk pengamal media baru supaya berita-berita yang tidak mendapat maklumat tepat dan benar serta half truth tidak disensasikan hingga boleh membuatkan rakyat terpengaruh dan menyalahkan pemimpin dan kerajaan.

Tuesday, May 3, 2016

Nostalgia Pekan Kuala Tembeling Yang Sudah Mati Perlu 'Mukjizat Pemimpin' Untuk Bangkit

Posting ini mengenai sebuah pekan yang makmur suatu masa dulu merupakan pelabuhan sungai dan hinterland port paling sibuk dalam Pahang sebelum jalinan jalan raya ada hanya jalinan kereta api menghubung Kuala Lipis-Kg Sepial (Kuala Tembeling)-Jerantut. Pasir Tambang (Kuala Tembeling) adalah tempat bersejarah bila Dinasti Kesultanan Pahang moden dilancarkan secara rasmi pada 1862.

Kini di arus pemodenan Pekan Kuala Tembeling sudah mati kerana kekuatan ekonomi yang semakin hilang. Nostalgia Pekan Kuala Tembeling yang maju dan makmur menjadi kenangan. Tambah pula ini pekan kecil tempat WZWH membesar untuk zaman kanak-kanak dan remaja.



Menghilir di Sungai Tembeling
Singgah sebentar di Pasir Tambang

Kuala Tembeling pertemuan dua sungai (Sungai Tembeling dan Sungai Jelai)
Membentuk Sungai Pahang

Tempat jauh lagi dikenang
Inikan pula kampung halaman



Nostalgia Pekan Kuala Tembeling yang sudah mati perlu 'mukjizat pemimpin' untuk bangkit.

Status terkini, foto-foto dan naratif ihsan CEO PahangKu.


Pekan Kuala Tembeling: Dulunya pusat ekonomi bagi penduduk pesisir Sungai Jelai dan Sungai Tembeling hingga ke Ulu Tembeling. Juga pintu masuk pelancong ke Taman Negara ketika jalan raya masih belum ujud menghubungkannya dengan Jerantut dan Kuala Lipis. Kini semakin sepi dan mati .....




Pandangan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai ....dari satu-satunya kedai minum yang masih tinggal.... Pasir Tambang dengan sejarahnya yang semakin dilupakan...




Deretan bangunan yang sudah tiada lagi berpenghuni ...




... kosong dan sepi ....




... yang menunggu masa untuk menyembah bumi ...




... kosong... sepi... dan mati ..




Wajah-wajah sahabat lama masih saling mengenali dan mesra menyambut kehadiranku




... aku dan kenangan yang tersimpan didalam sanubari ....


Bagaimana mahu membangkitkan Pekan lama Kuala Tembeling yang sudah mati ini?

Siapa mahu kembalikan kegemilangan dan kemakmuran Pekan Kuala Tembeling?

WZWH harap beberapa perancangan yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan boleh membantu menghidupkan Pekan Kuala Tembeling secara ringkas:

Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika SAS yang mempunyai 7 komponen pembangunan antaranya komponen pembangunan Pekan Kuala Tembeling.

Memajukan semula bandar Kuala Tembeling menjadi pintu masuk pengangkutan air dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan atau ke Safari Park di Tembeling Tengah.

Bandaraya Hutan Hujan Tropika melibatkan pembangunan semula dari Kuala Tembeling menyusuri Sg. Tembeling yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta sejarah seterusnya ke Kuala Tahan sehingga ke Kg. Mat Daling. Di Kuala Tahan disediakan kemudahan-kemudahan kelas pertama bertaraf dunia sebagai Pintu Masuk Taman Negara.

Sebanyak 9.5 juta pelancong berkunjung ke Negeri Pahang tetapi hanya 120 ribu sahaja yang melawat Taman Negara menggunakan bot panjang atau pengangkutan darat.

Tujuan utama cadangan ini adalah bagi menarik lebih ramai pelancong ke Taman Negara dengan menambah pelbagai aktiviti yang menarik serta menaiktaraf kemudahan Infrastruktur ke Taman Negara serta membina pintu masuk yang baru (Gate Way) Ke Bandaraya Hutan Hujan Tropika.

Kuala Tembeling yang dahulunya merupakan salah satu in-land port yang sibuk di Semenanjung Malaysia kini tidak bermaya. Cadangan menjadikan Kuala Tembeling sebagai Pintu Masuk ke Bandaraya Hutan Hujan Tropika serta menaiktaraf Stesen Keretapi Kg. Sepial dapat memberi nafas baru kepada Kuala Tembeling dan seluruh kawasan sekitarnya.

Bandar Green City yang menggunakan Teknologi Hijau sepenuhnya menjanjikan kehidupan yang eksklusif kepada pengunjung secara keseluruhannya. Kompleks bangunan kerajaan, kompleks perniagaan, hotel dan resort bertaraf dunia, golf course dll disediakan.

Safari Park terletak bersebelahan dengan Taman Negara akan menjadi tarikan kedua terbesar dan terpenting di Bandaraya Hutan Hujan Tropika. Haiwan-haiwan dalam Safari Park dilepaskan dalam habitat semula jadi. Pengunjung-pengunjung tidak perlu risau kerana aspek-aspek keselamatan amat dititik berat.

Selain dari Taman Negara dan Safari Park, Taman Tema Ulu Air yang terletak di hulu Sg. Pahang (Pertembungan Sg. Jelai dengan Sg. Tembeling) di Kuala Tembeling turut dibangunkan bagi pengunjung-pengunjung yang gemarkan aktiviti air.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan industri gaharu. Sebanyak 6% daripada pengeksport gaharu adalah Malaysia. Namun sehingga kini belum wujud cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Gaharu mengantikan Singapura. Syarikat Konsortium Tembeling Sdn. Bhd. mengorak langkah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) untuk menjadikan Hulu Tembeling sebagai Hub Gaharu pertama di Malaysia.

Caviar dan Sanctuary Park mengunakan teknologi tinggi dari negara luar untuk menghasilkan telur ikan serta pembiakan baka ikan bermutu tinggi. Permindahan teknologi ini bukan sahaja menguntungkan syarikat, malah memberi ilmu kepada penduduk setempat. Syarikat juga berpeluang membiak semula baka-baka spesis ikan asal seperti Kelah, Jelawat, Patin Muncung dan sebagainya.

Solar Park dibina di atas tanah seluas 150 ekar. Janakuasa elektrik berasaskan tenaga suria ini mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 30 MW. Tenaga ini akan disalurkan kepada Bandar Green City dan selebihnya kepada Tenaga Nasional Berhad.

Pengurusan Sumber dan Pemasaran Bandaraya Hutan Hujan Tropika membantu pihak PERHILITAN untuk mengurus serta menyelenggara Taman Negara, Resort-resort di Taman Negara akan dinaiktaraf sesuai dengan status Taman Negara di mata dunia dan penambahbaikan pusat-pusat aktiviti baru dalam kawasan Taman Negara.

Pihak syarikat juga berhasrat untuk membina Lapangan Terbang baru bagi memudahkan pelancong-pelancong ke Taman Negara.

Dengan pelaburan sebanyak RM 12 Billion dalam masa 5 tahun hingga 10 tahun, cadangan ini dijangka dapat memberi 20,000 peluang pekerjaan serta perniagaan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Cadangan ini juga akan menjadi mercu tanda kepada Negeri Pahang dan Negara Malaysia.

Sebagai Pemaju Utama Konsortium Tembeling Sdn. Bhd. melihat masa depan sebagai asas kepada cadangan ini. Hasrat kami ingin menjadikan Jerantut sebagai Bandar Pelancongan Utama di Negeri Pahang.

Ladang Sawit Tabung Haji seluas 30,000 ekar dijangka menarik lebih 6000 pekerja yang boleh diisi oleh penduduk Kuala Tembeling.

Jambatan Gemunchur Mela yang sudah siap boleh menghubungkan ke Ladang Sawit Tabung Haji ini melalui Projek Jalan Luar Bandar Gemunchur-Batu Balak-Jong Berlaboh-Labu-Merting.

Kemungkinan sebuah jambatan baru bagi menghubungkan Kuala Tembeling dengan Tanjung Jelai akan dibina bagi perhubungan yang lebih mudah dan cepat.

Cadangan Projek Perumahan baru PRIMA di atas tanah milik GLC Pahang seluas lebih 200 ekar diharap  boleh menyelesaikan isu perumahan tempatan Kuala Tembeling.

Projek menaiktaraf Jalan Jerantut-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis akan memudah dan selesa infrastruktur pengangkutan.

WZWH amat berharap usaha-usaha ini jika tidak boleh dijayakan 100% ianya boleh membantu menghidupkan kembali Pekan Kuala Tembeling kembali makmur dan ceria.

Mega El Nino Boleh Pupus Bangsa Pahang




Apa yang berlaku sekarang 2014-2016 dikata Super El Nino yang ke 3. Super El Nino yang pertama 1982-1983 dan Super El Nino yang ke 2 1997-1998.

El Nino bukan luar biasa. Setiap tiga hingga tujuh tahun atau lebih, air permukaan Lautan Pasifik tropika menjadi sangat hangat dari Dateline Antarabangsa ke pantai barat Amerika Selatan. Proses ini menyebabkan perubahan dalam ekologi tempatan dan serantau, dan jelas berkait rapat dengan corak iklim global yang tidak normal.

Setiap kitaran El Nino adalah berbeza. Kesan dari tahun ini sudah termasuk beberapa rekod ribut taufan / taufan di Pasifik dan kebakaran hutan sengit di Indonesia.

Perubahan yang berkaitan dengan El Nino , termasuk kemarau, banjir, gelombang haba dan perubahan lain , mengambil tol yang berat di banyak tempat di dunia. Mereka teruk boleh mengganggu pertanian , perikanan, alam sekitar, kesihatan , permintaan tenaga dan kualiti udara dan meningkatkan risiko kebakaran hutan. Risiko kesan buruk dan keterlaluan yang lebih kerap atau rekod yang berlaku ditingkatkan oleh perubahan iklim global daripada aktiviti manusia.

Yang paling ditakuti ialah Mega El Nino kerana kejadian peristiwa ini pernah berlaku hingga tamadun Moche di Peru runtuh lenyap. Bangsa Moche  menjadi pupus.

Ini teori kukuh tentang apa yang menyebabkan kematian struktur politik Moche. Sebahagian pakar telah menekankan peranan perubahan alam sekitar. Kajian teras ais digerudi dari glasier di Andes mendedahkan kejadian iklim antara tahun 536-594 , iaitu Mega El Niño, yang mengakibatkan 30 tahun hujan lebat dan banjir diikuti oleh 30 tahun kemarau.

Berbalik kepada akhir klasik Maya, kita lihat corak bencana alam sekitar. Tiga kemarau besar berlaku pada tahun-tahun terakhir tempoh klasik Maya. Kemarau boleh menghancurkan seluruh masyarakat , membuang segala-galanya ke dalam keadaan huru-hara , menyebabkan kematian dan kemusnahan. Memang benar bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan , tetapi kemarau adalah perangsang kepada keruntuhan Mayan.

Bayangkan jika Mega El Nino membadai Pahang bila negeri ini menerima musibah 30 tahun banjir dan kemudiaan diikuti 30 tahun kemarau sudah tentu akan runtuh tamadun Pahang dan bangsa Pahang akan pupus dan lenyap.

Sungai Pahang dan Sungai Tembeling boleh kering kontang sepenuhnya cukup dengan 3 tahun kemarau sahaja!

Monday, May 2, 2016

Bila Pemimpin, NGO Alam Sekitar Dan Rakyat Pahang Bersembang El-Nino
















Sembahyang Solat Minta Hujan adalah ikthiar rakyat Pahang secara spiritual untuk minta Allah turunkan hujan dan reverse fenomena El-Nino. Secara saintifik Kerajaan telah berusaha dengan pembenihan awan bagi menyejukkan suhu yang melampau dan menaikkan paras air sungai dan reservoir.


Rakyat Pahang yang berjumlah 1.5 juta kini menjadi lebih 'Englishmen' kerana setiap hari bercakap hal cuaca. 

Manakan tidak suhu panas melampau  lebih 40 darjah Celcius memberi kesan kepada rakyat Pahang.

Saintis kata ini fenomena El-Nino. Pemimpin pun cakap ya ini cuaca akibat El-Nino.

Pemimpin suruh rakyat Pahang minum air masak banyak, kurangkan aktiviti luar, anak-anak diberi cuti sekolah bimbang mudarat.

NGO Alam sekitar (bukan semua) menyalahkan pemimpin bila Sungai Pahang dan anak-anak sungai kering kontang. Kononnya Ini disebabkan pembalakan. Buka ladang. Projek Hidroelektrik dsb.

Rakyat Pahang mahu tahu apa itu El-Nino. Rakyat Pahang mahu tahu kebenaran.








































Sekali sekala bila hujan turun lebat di Kg Bantal Ulu Tembeling, rakyat Pahang berasa lega dan bersyukur kepada Allah.


El-Nino merujuk fasa panas dan negatif El-Nino Southern Oscillation (ENSO) dan pemanasan permukaan lautan atau melebihi suhu permukaan lautan biasa (SST) samada di tengah dan Lautan tropika timur Pasifik.
 
Pemanasan ini menyebabkan perubahan dalam edaran atmosfera dengan hujan yang semakin berkurangan sejak Indonesia dan Australia, manakala hujan dan pembentukan siklon tropika kenaikan lebih tropika Lautan Pasifik. 

Dari segi sejarah, peristiwa kejadian El-Niño dianggap telah berlaku sejak beribu-ribu tahun. 

Dicatatkan 30 peristiwa El Niño sejak tahun 1900, dengan peristiwa-peristiwa 1982-1983, 1997-1998 dan 2014-16 antara yang paling kukuh dalam rekod. 

Hari ini setiap negara contoh Australia, US dan Jepun mempunyai julat pengukuran yang berbeza untuk apa yang merupakan definasi peristiwa El Niño, yang disesuaikan dengan minat khusus mereka. 

El Nino memberi kesan kepada iklim global dan mengganggu corak cuaca yang normal, yang hasilnya boleh menyebabkan ribut taufan di beberapa tempat dan kemarau pada orang lain. 

El Niño memberi kesan ekonomi kepada nelayan tempatan untuk pasaran antarabangsa boleh menjadi serius. 

Lebih umum, El Niño dapat mempengaruhi harga komoditi dan makro ekonomi negara-negara yang berbeza. Ia boleh mengekang bekalan komoditi pertanian hujan yang didorong oleh; mengurangkan pengeluaran pertanian, pembinaan, dan aktiviti-aktiviti perkhidmatan; membuat makanan-harga dan inflasi umum; dan boleh mencetuskan pergolakan sosial di negara-negara miskin yang bergantung kepada komoditi yang terutamanya bergantung kepada makanan import.

Keadaan cuaca yang melampau yang berkaitan dengan kitaran El Niño ada kaitan dengan perubahan dalam kejadian penyakit wabak. Sebagai contoh, kitaran El Nino dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa penyakit disebarkan oleh nyamuk seperti malaria, denggi dan demam Rift Valley. Kitaran malaria di India, Venezuela, Brazil dan Colombia kini telah dikaitkan dengan El Nino. 

ENSO boleh dikaitkan dengan konflik sivil. Sebagai contoh Revolusi Perancis.

Di Pahang El-Nino adalah penyebab kepada sungai yang kering dan kontang dengan kemarau suhu kepanasan melampau.

Saturday, April 30, 2016

Disebalik Kesan-Kesan Buruk El-Nino, Harga Sawit Akan Naik Dan Projek Jalan Ulu Tembeling Lebih Cepat Disiapkan!







Perhatikan kawasan ladang Felcra, GLC Yayasan Pahang, PKNP masih ada buffer zone 1.5km jarak dari Sungai Tembeling. Masih banyak lagi Hutan Tembeling dipreserve oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi khazanah generasi masa depan.

Kerajaan Negeri Pahang lah kerajaan yang masih menyimpan banyak hutan dara dan hutan simpan dalam Malaysia. Masih lagi NGO Alam Sekitar Komunis menunding jari kata Kerajaan Negeri Pahang tidak bertanggungjawab menjaga hutan, gunung, bukit, tasik, sungai dan alam sekitar.

NGO Alam Sekitar Komunis tidak faham kesan-kesan El-Nino yang terburuk datang kembali selepas 16 tahun.

Kesan panas melampai hingga 40 darjah Celcius, hujan tiada, jerubu, kemarau, bendang dan ladang kering, kebakaran hutan, sungai-sungai menjadi kering kontang, dam reservoir simpanan air kering dsb.

NGO Alam Sekitar Komunis tidak faham dan cuba buat tidak faham masih menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang.

Dengan mahu mengharamkan aktiviti pembalakan, pertanian perladangan dan empangan hidroelektrik adalah secara tersurat dan tersirat NGO Alam Sekitar Komunis ini mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan Pahang terutama di pedalaman Pahang khasnya di Ulu Tembeling.

Ini adalah NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan negeri Pahang. 

Komunis dalam ertikata context definisi di Malaya pengganas yang suka merosakkan pembangunan infrastruktur negara. NGO Alam Sekitar Komunis yang menyebar fitnah fakta-fakta pseudo saintifik bagi menghalang pembangunan ekonomi negeri Pahang.

NGO Alam Sekitar Komunis yang suka menghasut membenci pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang.

NGO Alam Sekitar Komunis ini tidak faham betapa Kerajaan Negeri Pahang punya berbagai rancangan dan plan pembangunan.

Bila Kerajaan Negeri Pahang exercise pembangunan ekonomi melibatkan Kerajaan Pusat, GLC, sektor swasta dan pelabur sudah tentu Kerajaan Negeri Pahang ada perancangan mahu memperbaiki alam sekitar, reforestation dan pemulihan secara jangka panjang.

Namun disebalik kesan-kesan buruk El-Nino, harga sawit akan naik kerana pengurangan pengeluaran minyak sawit dunia. Malaysia dan Pahang terutamanya akan bertambah pendapatan Kerajaan, GLC, Pengusaha sawit dan peneroka dan orang kampung.

Dan Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling akan siap sebelum 2018 kerana cuaca yang kering tanpa hujan akan mempercepatkan lagi kerja-kerja earthworks, tarah bukit dan slope, tambun tanah, buat longkang, culvert, jalan dsb.

Lebih cepat siap Projek Jalan Ulu Tembeling lebih cepat kerja-kerja pemulihan landskap, reforestion mana yang patut dan pemulihan, tanam pokok dan rumput demi ekologi alam sekitar.

Thursday, April 28, 2016

NGO Alam Sekitar Komunis Yang Mahu Sabotaj Dan Gagalkan Pembangunan Negeri Pahang



Sungai Pahang dan Sungai Tembeling 'TIDAK MATI' masih lagi hidup.


Kini di Pahang ada satu pertubuhan NGO Alam Sekitar tapi malangnya, mungkin campurtangan elemen luar bersifat tanpa disedari subversif kerana suka fitnah tanpa fakta-fakta yang benar bagi membentuk public opinion dengan tanggapan negatif bagi menghasut rakyat dan pecinta alam sekitar membenci Kerajaan Pahang sekaligus membenci pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang.

Ini adalah NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan negeri Pahang. 

Komunis dalam ertikata context definisi di Malaya pengganas yang suka merosakkan pembangunan infrastruktur negara. Komunis yang menyebar fitnah fakta-fakta pseudo saintifik bagi menghalang pembangunan ekonomi negeri Pahang.

Komunis yang suka menghasut membenci pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang.

NGO Alam Sekitar Komunis ini tidak faham betapa Kerajaan Negeri Pahang punya berbagai rancangan dan plan pembangunan.

Bila Kerajaan Negeri Pahang exercise pembangunan ekonomi melibatkan Kerajaan Pusat, GLC, sektor swasta dan pelabur sudah tentu Kerajaan Negeri Pahang ada perancangan mahu memperbaiki alam sekitar, reforestation dan pemulihan secara jangka panjang.

Bahkan perancangan mahu membersihkan sistem ekologi Negeri Pahang termasuk sungai-sungai, hutan dan tanah yang terlibat ada dalam agenda walau kosnya sangat tinggi namun Kerajaan Negeri Pahang mempertimbangkan alternatif cost-benefit analysis.

Bukanlah Kerajaan Negeri Pahang ini mahu membiarkan alam sekitar dan sistem ekologi ini begitu sahaja kerana ada guideline, ISO, KPI yang perlu dipatuhi.

Bukan terus menempelak Kerajaan Negeri Pahang agar mahu terus cepat menyelesaikan isu pemulihan alam sekitar on the spot.

Setiap Jabatan-Jabatan Kerajaan Pusat dan Negeri punya sistem pentadbiran yang boleh mengendali berbagai isu-isu alam sekitar secara efisien dan efektif dengan kepakaran masing-masing.

Tindakan dan perbuatan NGO Alam Sekitar Komunis ini cuba memperbodohkan dan memperlekehkan bukan sahaja pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Negeri Pahang malah mahu memandang rendah kepakaran dan bidang Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Pusat.

Dengan menjadikan aktiviti pembalakan, pertanian perladangan dan empangan hidroelektrik sebagai alasan-alasan bahawa alam sekitar Negeri Pahang ini sudah rosak, hutan sudah gondol, Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai dan beratus anak-anak sungai di Pahang SUDAH MATI adalah satu kenyataaan yang tidak tepat.

Dengan mahu mengharamkan aktiviti pembalakan, pertanian perladangan dan empangan hidroelektrik adalah secara tersurat dan tersirat NGO Alam Sekitar Komunis ini mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan Pahang terutama di pedalaman Pahang khasnya di Ulu Tembeling.

Mesej penduduk Ulu Tembeling jelas:

Kami sudah lama terpinggir.

Kami mahu pembangunan.

Jika anda tidak terlibat membantu kami TOLONG Jangan sabotaj dan gagalkan impian pembangunan kami kerana pemimpin kami adalah yang terbaik untuk menolong membantu kami mencapai impian pembangunan kami di era kepimpinan DS Najib yang begitu perihatin kepada permasalahan dan keperluan kami.

Ini mesej yang WZWH ingin sampaikan kepada NGO Alam Sekitar Komunis ini.

NGO Alam Sekitar ini mengambil kesempatan dan berluasluasa kerana pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang tidak menjawab dan mengambil pendirian berdiam diri begitu juga Jabatan-Jabatan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat.

Walau WZWH tidak nafikan ada seorang dua yang bersuara.

Ditambah lagi dengan media massa dan media baru yang mensensasikan berita-berita yang kurang tepat dan half truth.

Bila pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang serta pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu menjawab maka bermaharajalelalah media massa dan media baru ini yang difeed oleh NGO Alam Sekitar Komunis menyerang dan sabotaj serta gagalkan pembangunan Negeri Pahang.

WZWH mahu hentikan anasir-anasir yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan negeri Pahang.

NGO Alam Sekitar ini hanya mahu popular dengan agenda yang tersendiri buktinya TIADA NGO-NGO ALAM SEKITAR DUNIA baik yang berpengkalan di US dan Eropah menyokong NGO Alam Sekitar Komunis ini.

Sebabnya ini NGO Alam Sekitar yang berkepentingan diri:

  • Yang suka pau tokey-tokey balak.
  • Yang suka pau pemimpin-pemimpin.
  • Yang suka guna isu nature kerana mahu tanah untuk dibangunkan bagi kepentingan diri.
  • Yang suka cerita kemusnahan alam sekitar berlebihan tapi bila diberi job consultant maka akan berubah mengatakan bahawa kemusnahan ini boleh diatasi dan diberesi.


WZWH tidak percaya dan tidak yakin kepada NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan Negeri Pahang terutama di pedalaman khususnya di Ulu Tembeling.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...