Wednesday, July 28, 2010

Guru Berpolitik Bagai Sirih Pulang Ke Ganggang

Keputusan KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan membenarkan guru-guru DG41 hingga DG48 (guru berijazah) berpolitik merupakan langkah yang amat tepat di dalam menyelamatkan ideologi negara yang ahli-ahli politik baik dari BN atau pun PR berserabut kerana tiada idealisma politik membina negara.

Guru adalah "the oldest and the most respected profesion in the world". Di Eropah dan US, rakyat lebih percaya kepada integriti guru lebih dari profesional lain seperti doktor, jurutera, arkitek, akauntan, pengurus, pentadbir dan politikus.

Memang siapa-siapa yang berjaya dalam apa-apa profesion dan kerjaya adalah disebabkan guru yang mengajar tulis baca kira.

UMNO perlu melihat sejarahnya. Guru-guru seperti apa yang diakui oleh KSN adalah satu masa dulu agen pengerak masyarakat menyokong dan menguatkan UMNO untuk membebaskan negara dari dijajah dan memberi idea-idea serta menyokong pemimpin-pemimpin agung UMNO dengan penuh setia dan membina.

Dari tahun 1940an, 50an, 60an, 70an,80an, hingga 1990. Sumbangan politik dari guru amat besar. Tetapi sejak pertembungan Team A dan Team B UMNO selepas tahun 1987 dan bila Tun Ghafar Baba mencadangkan supaya Guru Berijazah tidak boleh aktif berpolitik serta Tun Mahathir menggalakkan lebih ramai golongan korporat aktif menyertai UMNO maka guru-guru dipinggirkan!

Terdapat 400,000 guru di seluruh Malaysia. Guru berada di mana-mana dalam masyarakat. Baik di Kota mahu pun di desa. Ibu bapa berdepan dengan guru. Masyarakat terlibat dengan guru. Dan yang penting guru mendidik anak bangsa tidak kira kaum menyayangi negara dan mempunyai semangat dan jiwa patriotik yang kuat.

Bila UMNO meminggirkan guru maka kita boleh lihat UMNO sudah hampir hilang idealisma dan asas-asas perjuangan dan hala tuju yang asal. Amat mudah memahami mengapa UMNO jadi demikian seolah-olah hilang arah dan sesat...

Bila UMNO berharap kepada golongan korporat maka WZWH tidak kata golongan korporat tidak bagus menjaga kebajikan dan kepentingan UMNO. Tetapi kita mesti faham budaya dan psyche pemikiran korporat. Mereka selalu mahu untung(profit motive) dan tamak (greed is good-Ivan Boesky).

Mereka sokong pemimpin UMNO yang boleh beri mereka kontrak, bisnes, permit, lesen dsb. Kalau masa ekonomi boom, ok, pemimpin boleh bagi tapi tentu rakyat marah kerana ketamakan mereka. Kalau pemimpin UMNO tidak boleh beri, mereka marah dan tidak sokong dan pilih pemimpin UMNO itu lagi.

Akhirnya bila rakyat marah maka rakyat protes dan tidak undi UMNO dan BN dalam PRU maka ini menyebabkan BN tidak dapat memerintah 2/3 parlimen lagi. Bila tidak dapat 2/3 maka susah dan payah kerajaan BN hendak mengusul pembangunan kerana PR pasti buat kacau menentang kerana politik semata-mata tidak memikirkan kepentingan negara.

Langkah KSN ini amat tepat untuk UMNO "Digurukan" budayanya. DS Najib perlu ingat kalau mahu survive lama dalam UMNO dan UMNO dan BN boleh lama memerintah negara maka bila guru dibenarkan berpolitik, sokongan kepada DS Najib akan bertambah kuat. Guru menyokong DS Najib tidak berkehendakkan apa-apa cukup hanya sekadar mengucapkan terima kasih kerana menerima idea-idea guru untuk memaju dan memakmurkan negara.

DS Najib tidak boleh mengharapkan sokongan puak korporat dalam UMNO kerana mereka ini menyokong DS Najib kerana sesuatu tidak ikhlas. Kalau tidak boleh diberi akan memberi masalah kepada DS Najib.

Pembangkang dan NGO tidak bersetuju dengan keputusan KSN membenarkan guru-guru DG41 hingga DG48 berpolitik kerana mereka kata guru-guru akan mengabaikan murid-murid. WZWH ingin membalas hujah mereka, dulu...tahun 1940an, 50an,60an,70an,80an,90 mengapa murid-murid pun diajar dengan baik dan guru-guru berpolitik. Murid-murid inilah yang ada menjadi pemimpin pembangkang dan NGO hari ini.

Bukan semua 400,000 guru menyokong kerajaan. Ada yang menyokong pembangkang, tapi guru sebagai pembangkang masih ada rasionalitinya...dan jiwa dan semangat guru adalah membina anak-anak bangsa dan negara. Kenapa ramai guru minat ke arah pembangkang? Pemimpin-pemimpin UMNO tahu jawapannya.

Keputusan KSN tepat. Guru berpolitik bagai sirih pulang ke ganggang. DS Najib perlu juga berfikir meletakkan tokoh-tokoh guru bertanding dalam PRU 13 nanti. WZWH percaya jika 400,000 guru agen perubahan masyarakat yang terbukti efisyen dan efektif dalam sejarah UMNO bergerak..., WZWH percaya UMNO dan BN akan menang 2/3 majoriti dalam PRU 13 nanti. Insyallah. Amin.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...