Monday, July 12, 2010

Lagu "Burung Pipit Tuli"

Malam ini WZWH tidak mahu menulis cerita politik. WZWH mahu cerita nostalgia kenangan arwah nenek belah emak. Dalam posting yang dulu, WZWH ada cerita nostalgia kenangan arwah datuk belah emak yang banyak mengajar teori politik dan kehidupan kepada WZWH.

Memang sejak kecil lagi WZWH dibela oleh kedua datuk dan nenek. Dalam keluarga WZWH kedua datuk dan nenek dipanggil "Tok". WZWH akui arwah datuk dan nenek amat menyayangi WZWH. Mungkin WZWH adalah cucu yang sulung dalam keluarga.

Nenek WZWH suka bercerita. Banyak cerita samada cerita rakyat, cerita masyarakat, cerita hantu dan sebagainya diceritakan kepada WZWH terutama semasa mengobek sirih. Dan WZWH selalu meminta nenek menceritakannya semula berulang-ulang kali.

Nenek juga suka mendendangkan lagu-lagu lama. Antara banyak lagu ada satu lagu yang menjadi "favourite" kegemaran WZWH. Tajuk lagu itu ialah "Burung Pipit Tuli". Lagu ini nenek kata telah diperturunkan dari generasi ke berapa generasi.

WZWH sampai sekarang hafal lagu ini. Berikut ialah bait-bait lagu "Burung Pipit Tuli"

BURUNG PIPIT TULI
TERBANG MASUK LADANG
"PIT PIT PIT...CURI PADI
ORANG DATANG PIPIT TERBANG


TINGGAL SATU LAGI
BELUM SEMPAT TERBANG
"PIT PIT PIT... APA JADI
SEBAB CURI KENA PANGGANG!

Lagu ini selalu WZWH menyanyi sorang-sorang bila WZWH rasa rindu kepada keluarga dan kampung terutama semasa WZWH belajar di United Kingdom dari tahun 1989-1993.

Sekarang WZWH sudah berkeluarga dan ada tiga orang anak perempuan dari umur 13, 12 dan 3 tahun 9 bulan. WZWH pun ajar anak-anak perempuan WZWH sejak mereka kecil lagi menyanyikan lagu ini. Malah anak perempuan WZWH yang berumur 3 tahun 9 bulan itu pun hafal lagu "Burung Pipit Tuli"! WZWH mahu bila mereka sudah berkeluarga nanti, mereka akan perturunkan lagu "Burung Pipit Tuli" kepada anak, cucu, cicit....

Jika ditanya berapa umur lagu ini? WZWH agak mungkin lebih 300 tahun!

3 comments:

one one no belen said...

Salam WZWH.Mungkin ada baiknya kita mengarang lagu yang seakan burung pipit tuli tu.Nanti kita boleh dendangkan bersama sama.Tajuknya pemimpin UMNO yang tuli.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Menyegar,
Kalau ikut idea Menyegar ni...sakit WZWH nanti kena belasah dek pemimpin UMNO bahagian Jerantut nanti. Ekekekeke...

one one no belen said...

Salam WZWH.Kita bukan mengutuk pemimpin pemimpin kita.Kita cuma memberi ingatan harap mereka melihat rintihan rakyat jika mereka sebenarnya pemimpin yang berjiwa rakyat.Tak salah mengutuk demi untuk kebaikan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...