Friday, July 9, 2010

PAS Bajet RM3 juta Tawan Parlimen Jerantut!

PAS bercadang bajet RM3 juta untuk menawan Parlimen Jerantut. WZWH mahu mengingatkan kepada semua pimpinan UMNO empat peringkat; Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta pimpinan akar umbi UMNO cawangan agar bersedia dengan gerakan strategi baru PAS ini.

YB Husam Musa "blue eye boy" Tok Guru, orang kepercayaan PAS dan DS Anwar Ibrahim merupakan "ekonomist" PAS merancang perlu dapatkan RM200 juta untuk bawa PAS ke Putrajaya.

Daripada 222 kerusi parlimen, UMNO mendapat 65 kerusi, PAS 23 kerusi, PKR calon Melayu Islam 20 kerusi suatu ketika dan bebas 1 (atas nama PAS), DAP 26 kerusi, MCA 15 kerusi. Bererti terdapat 109 kerusi akan jadi perebutan orang Melayu Islam di semenanjung.

Strategi Husam Musa untuk memenangi 65 kerusi UMNO dalam PRU 13 nanti maka RM200 juta perlu dibelanjakan. Itu tidak sukar sejak lawatan Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew ke Kelantan beberapa tahun dulu, Husam Musa cukup yakin untuk melaksanakan tugasnya. Itu yang buat TG Nik Aziz sedap bercakap dan sangat vokal sekarang.

WZWH membaca pasti RM3 juta senang-senang dibelanjakan untuk PAS Jerantut. Sebab itu PAS Jerantut berasa yakin dapat menawan Parlimen Jerantut pada PRU 13 akan datang. Itu yang buat DS Anwar Ibrahim tersenyum puas bila datang ke majlis Pakatan Rakyat di Markas PAS Temin, Jerantut.

WZWH berpendapat terpulanglah kepada pimpinan tertinggi UMNO bahagian Jerantut untuk merancang sesuatu.....YBM Tengku Azlan perlu berkira-berkira dari sekarang. Mungkin Timbalan Ketua Bahagian Jerantut YB Dato' Wan Amizan boleh memberi formula bagaimana menghadapi strategi baru ala globalisasi PAS dan menyekat "buah sulit" Husam Musa ini.

Peperangan antara PAS dan UMNO pada PRU 13 nanti begitu menarik perhatian WZWH. UMNO bahagian Jerantut perlu seorang "ekonomist" yang juga handal untuk menyaingi strategi Husam Musa ini.

1 comment:

sembang kedai kopi said...

Salam.Strategi yang paling baik untuk menang adalah dengan mendahulukan rakyat.Jika pemimpin pemimpin UMNO perihatin kepada permasalahan rakyat dengan sendirinya rakyat akan mengundi UMNO.tetapi jika pemimpin hanya mementingkan diri sendiri serta merompak hak hak rakyat,bagaimana rakyat akan mengundi mereka?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...