Friday, July 23, 2010

Menteri Jawab UMNO Zalimi Orang Asli

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DS Shafie Apdal menjawap isu " UMNO dan BN menzalimi Orang Asli, "Peruntukan RM1 bilion telah dibelanjakan kerajaan untuk memajukan dan memastikan komuniti Orang Asli bersaing dengan kaum-kaum lain dalam RMK 7 hingga RMK9 termasuk juga pakej ransangan stimulus ekonomi pertama dan kedua.

DS Shafie secara tidak lansung menjawab tohmahan Ramly Lugan, seorang pemimpin Orang Asli yang berasal dari Pahang, berkata "Umno bukan sahaja menggunakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli malah menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk ‘hantuk kepala kami ke dinding’.

Dalam pada itu, Ramly berkata Biro Orang Asli (BOAS) akan menganjurkan Perhimpunan Orang Asli Zon Tengah di Sekolah Al-Mukmin (belakang Cowboy) Jalan Temerloh-Mentakab pada 7 Ogos nanti. Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail akan dijemput sebagai tetamu kehormat.

Beliau berkata, "tujuan utama kami mengadakan perhimpunan ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dan menyemarakkan lagi kebangkitan Orang Asli di seluruh negara.

"Kami mahu kerajaan sedar bahawa kami hidup seperti hamba abdi dan pelarian sejak 50 tahun lalu. Kami mahu kehidupan kami dan tanah kami dikembalikan," ujar beliau.


WZWH mahu pihak yang berkenaan baik Menteri, MB atau pun JHEOA turun mendengar rintihan orang Asli ini. Ketua-ketua UMNO bahagian yang terlibat seperti Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh perlu cepat melihat permasalahan mereka. Jangan biarkan PKR mengeksploitasi isu ini.

A billion for Orang Asli claims government. July 22 2010 BATANG KALI July 22 — The government has spent almost RM1 billion since 2006 to develop and ensure the Orang Asli community can compete with the nation’s other races. Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal said the allocation covered the Seventh to Ninth Malaysia plans as well as the first and second economic stimulus packages. “Almost half a billion ringgit was provided for the Orang Asli during the five year period from 2006 to 2010 with the aim of making them more competitive and help change their nomadic lifestyle to a more permanent one. “We are slowly seeing progress among the Orang Asli community in addition to eradication of poverty ”, he said during his opening speech at the launch of a multi-source rural water supply system in the Kampung Songkok Orang Asli Settlement here today.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024