Thursday, July 15, 2010

UMNO Dan Kejatuhan Empayar Sriwijaya

Empayar Sriwijaya diasaskan pada circa tahun 200 dan memerintah hingga 1400. Ada sejarawan mengatakan diasaskan pada tahun 500, juga pada abad ke 7 (683). Yang penting Empayar Melayu ini sudah lama memerintah.

WZWH mahu UMNO belajar sejarah Empayar Sriwijaya. Bagaimana Empayar hebat ini jatuh dan bangkit kembali digerakkan oleh puteranya yang melarikan diri untuk bina kekuatan baru. Berikut sedikit sejarah ringkas Empayar Sriwijaya.

Kerajaan Melayu silam Sriwijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar ke atas Indonesia, Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand, Filipina dan Indocina.

Kerajaan Sriwijaya banyak dipengaruhi budaya India, pertama oleh budaya agama Hindu dan kemudiannya diikuti pula oleh agama Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Sriwijaya pada tahun 425 Masihi. Sriwijaya merupakan pusat terpenting agama Buddha Mahayana. Raja-raja Sriwijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Bukti awal keberadaan kerajaan ini berasal dari abad ke-7; sami I-Tsing dari Cina, menulis bahawa ia mengunjungi Sriwijaya pada tahun 671 dan tinggal selama 6 bulan. Selanjut dari prasasti paling tua tentang Sriwijaya yang juga bertarikh 682, iaitu Prasasti Kedukan Bukit di Palembang. Kemunduran pengaruh kekuasaan Sriwijaya terhadap negeri jajahannya dimulai kerana beberapa peperangan diantaranya serangan dari raja Dharmawangsa dari Jawa tahun 990, dan serangan Rajendra Coladewa dari Koromandel pada tahun 1025, selanjutnya tahun 1183 Sriwijaya menjadi bahagian dari Kerajaan Dharmasraya. Dan di akhir masa, kerajaan ini menjadi negeri bawahan Kerajaan Majapahit.

Apa yang menarik WZWH ialah analisis sarjana sejarawan barat mengenai semangat melawan tidak mahu mengaku kalah dan tunduk putera Sriwijaya yang melarikan diri dari serangan Empayar Majapahit iaitu Sang Nila Utama dan diwarisi oleh cicitnya putera terakhir Sriwijaya iaitu Parameswara seperti yang digambarkan berikut;

Several attempts to revive Srivijaya were made by the fleeing princes of Srivijaya. In 1324, a prince of Srivijaya origin, Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tribuwana (Sang Nila Utama) founded the ancient Singapore (Temasek). He maintained control over Temasek for 48 years. Confirmed as ruler over Temasek by an envoy of the Chinese Emperor ca 1366. He was succeeded by his son Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372–1386) and grandson, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386–1399). In 1401, his great grandson, Paduka Sri Maharaja Parameswara was expelled from Temasek by a Majapahit invasion. He later headed north and founded Sultanate of Malacca in 1402. The Sultanate of Malacca succeeded Srivijaya Empire as a Malay political entity of the archipelago.

Walaupun UMNO melalui BN masih lagi memerintah Malaysia, memegang tampok pemerintahan di Putrajaya, WZWH berpendapat pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya DS Najib perlu mempunyai mentaliti dan semangat melawan dan tidak mahu mengaku kalah Parameswara.

Jika Parameswara yang sehelai sepinggang melarikan diri ke Melaka tahun 1401 dalam keadaan yang amat daif, boleh menyatupadukan orang Laut, orang Melayu dan orang Asli, ada "vision" bahawa satu hari nanti Melaka bukan sahaja boleh menjadi kota dan pelabuhan yang masyhur ke seluruh pelusuk dunia dan membina Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang juga sama status quonya semasa zaman kegemilangan Empayar Sriwijaya kenapa tidak UMNO dan DS Najib bina kembali kegemilangan UMNO dan BN seperti prestasi PRU 2004 atau mendapat kembali status memerintah lebih 2/3 kerusi parlimen.

UMNO belajarlah dari Raja-raja Melayu dari Empayar Sriwijaya dan aplikasikan strategi-strategi yang disesuaikan dan diadaptasikan dengan keperluan masa kini. WZWH amat berharap DS Najib dan kepimpinan tertinggi UMNO "berfikirlah seperti seorang putera Empayar Sriwijaya"!

1 comment:

Unknown said...

Correction> Bila masa sri wijaya nie Empayar org melayu.. Kiter mana ada empayar..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...