Saturday, July 17, 2010

Psyche Politik Melayu PAS

WZWH ingin mengungkaikan psyche politik Melayu PAS. Apa yang tidak kena dengan cara pemikiran politik yang diamalkan majoriti Melayu PAS. Pemikiran politik Melayu PAS sudah terkebelakang. Jauh baik kualiti pemikiran politik yang diamalkan oleh orang Melayu pada era Parameswara memerintah Melaka pada awal kurun ke 15!

Malaysia berpenduduk 26 juta dengan profile politik 55% Melayu 12% Bumiputera lain dan 33% bukan Melayu. Walaupun Bumiputera 67%, psyche politik Melayu PAS kini tidak menjamin pada PRU 13 nanti kuasa politik dipegang Melayu. Bukan Melayu akan menentukan kuasa politik negara.

Apa pysche politik Melayu PAS yang negatif ini? WZWH ingin bentangkan seperti berikut:

PAS yang sedang kemaruk kuasa dihasut musuh supaya membenci UMNO. Islam memberi nilai yang tinggi terhadap perpaduan tetapi PAS menolaknya demi menjaga hati PKR dan DAP.PAS tidak mungkin akan bersetuju untuk bersatu dengan UMNO selagi mereka belum merasai erti kekuasaan dan kegagalan.

Demokrasi dan peti undi adalah tempat untuk orang Melayu PAS melepaskan amarah dan dendam kesumat. Kita tidak seperti bangsa Cina yang menjadikan peti undi sebagai alat perpaduan dan lubuk ekonomi - walaupun mereka berlainan ideologi dan cita-cita.

Orang Melayu PAS lebih gemar dengan falsafah "yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu", walaupun tahu kesan dan risiko yang akan tanggung. Amalan dalam berpolitik adalah lebih mengutamakan - emosi daripada akal fikiran. Jarang menggunakan kematangan sebagai cara untuk berpolitik.

Matang Melayu PAS maksud "menyokong pembangkang dan membongkar segala keburukan yang dilakukan oleh kerajaan" Perubahan merujuk kepada "mengubah kerajaan" dan bukan bermaksud "mengubah mentaliti dan sikap negatif diri sendiri" sebaliknya tidak memikirkan persoalan tentang Melayu-Islam yang akan hilang kuasa dan hak.

Islam tidak akan berjaya ditegakkan melalui saluran demokrasi dan peti undi. Islam bukan agama yang dibangunkan melalui "berapa ramai" orang yang menyokong dan berapa ramai pula yang mengundi - Islam ditegakkan atas nama dakwah dan akhlak - kuasa adalah jalan yang terakhir!

DAP dan PKR tidak menyokong Hudud, apakah PAS akan meneruskannya juga? Atau, PAS akan membuat perhitungan semula terhadap untung-rugi masa depan politiknya? Kesedaran terhadap Islam tidak boleh dilakukan melalui peti undi - ia hanya akan berjaya melalui pendidikan dan kerja-kerja dakwah.

Berlembut dengan UMNO bukanlah bermaksud tewas dan mengalah - sebaliknya, berlembut dengan UMNO adalah untuk berdakwah! Jika, mulut celupar Karpal Singh mengenai Islam boleh kita bersangka baik - mengapa tidak dengan para pemimpin UMNO?

Cara orang Melayu berfikir dan berpolitik, tetap sama - tidak mengira parti politik. Perjuangan Islam gaya PAS tidak sedikit pun mengubah cara orang Melayu berfikir dan berpolitik. Apakah sebenarnya yang membimbangkan PAS untuk menjayakan agenda perpaduan?

Menyertai PAS, tidak menjadikan seseorang itu terlalu Islamik dan menyertai UMNO pula tidak bererti menjadikan seseorang itu munafik. Islam melalui peti undi - sama sekali tidak menjadikan seseorang itu zuhud terhadap dunia dan beramal dengan amalan ahli syurga. Sebaliknya, meletakkan Islam di dalam peti undi, bermakna menjadikan Islam seolah-olah agama yang sangat rendah nilainya - sehinggakan umat Islam terpaksa "mendapatkan suara majoriti" bagi membuktikan bertapa Islam itu agama yang indah lagi benar.

Maka, di manakah perjalanan kita ini akan berakhir? Agenda perpaduan bukanlah bermakna mahu menjadikan UMNO itu PAS dan PAS itu UMNO - sebaliknya, agenda perpaduan tidak lebih daripada usaha untuk bersama-sama mempertahankan agama dan bangsa melalui "kuasa perpaduan" bagi menjernihkan semula hubungan sesama saudara seIslam yang sudah sekian lama bermusuhan.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...