Saturday, October 23, 2010

Sejarah Kesultanan Pahang


WZWH ingin mengajak generasi muda Pahang mengenali Sejarah Kesultanan Pahang. Ingat ucapan DS Najib dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Mesyuarat Agong UMNO ke 61, 20 Oktober 2010..

"...Jika 2/3 parlimen mahu mengubah hak istimewa orang Melayu (Artikel 153) ianya perlu kelulusan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang terdiri dari 9 orang Raja Melayu walau berlaku darurat sekali pun..."

Maka Sultan Pahang adalah seorang dari 9 orang Raja dari benteng terakhir menjaga kepentingan orang Melayu yang termaktub kemas dalam Perlembagaan.

Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Senarai Sultan Pahang
1470-1475: Sultan Muhammad Shah I
1475-1475:Sultan Abdul Jamil Shah
1475-1497:Sultan Ahmad Shah I
1497-1519:Sultan Mansur Shah II
1519-1530:Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah
1530-1542:Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
1540-1555:Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
1555-1560:Sultan Mansur Shah II
1560-1590:Sultan Abdul Jamal Shah & Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
1590-1592:Sultan Ahmad Shah II
1592-1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
1614-1615:Sultan Alauddin Riayat Shah
1615-1623:Raja Bujang
1641-1676:Raja Bajau 
1676-1685:Raja Ibrahim

Raja Bendahara
1688-1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali
1697-1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid
1699-1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid
1708-1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid
1718-1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid
1722-1724:Tun Abbas bin Sultan Abdul Jalil IV
1724-1734:Tun Husain bin Sultan Abdul Jalil IV
1734-1748:Tun Mutahir bin Sultan Abdul Jalil IV
1748-1777:Tun Hasan bin Tun Abbas
1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan
1802-1803:Tun Muhammad
1803-1806:Tun Koris
1806-1847:Tun Ali
1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
1863-1882:Tun Ahmad

Sultan
1882-1914:Sultan Ahmad Muazzam Shah
1914-1917:Sultan Mahmud Shah
1917-1932:Sultan Abdullah
1932-1974:Sultan Abu Bakar
1974-kini:Sultan Ahmad Shah

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024