Friday, October 22, 2010

Strategi PAS Jerantut Menghadapi PRU 13

Dr Hamzah
YDP PAS Jerantut, Dr Hamzah bin Jaafar, calon PAS parlimen Jerantut PRU 11, 12 dan 13. Beliau juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walaupun WZWH bukan ahli PAS tapi Sun Tzu dalam bukunya, "The Art of War" mahu seseorang pemimpin, jeneral, raja supaya tahu dan kenal musuhnya-"know your enemy". PAS adalah musuh UMNO dan BN di Jerantut. Pasti PAS bertanding satu kerusi parlimen dan dua kerusi ADUN. Satu kerusi ADUN lagi diserah kepada DAP atau PKR Jerantut.

Beberapa aktiviti dan program besar yang telah berlaku dalam PAS Jerantut selama tempoh satu tahun. Antaranya ialah :

1. Konvensyen Tarbiyah PAS Pahang yang dihadiri oleh Presiden dan telah di adakan di Kompleks Imam Al Syafie’ (KIAS), Jerantut.

2. Program tetap Kuliah Petang Isnin sehingga Isyak. 

3. Ijtima’ Tarbawi setiap bulan bagi setiap DUN

4. Program ‘Syiling Untuk Akhiratku’

5. Konvensyen Peneroka Felda Kebangsaan anjuran PKR Pahang pada 20.2.2010 yang telah menghimpunkan lebih kurang 900 peneroka dari seluruh Negara di mana di sebelah malamnya diadakan ceramah, melibatkan beberapa tokoh politik tanahair iaitu :
- Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR)
- Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
- Dato’ Seri Chua Jui Meng (Bekas Menteri Kesihatan)
- Dato’ Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Di Jab. Perdana Menteri)

6.Program Lawatan Presiden Ke Pahang Pada 27.2.2010 di KIAS.

7.Program Lawatan Presiden dan PAS Pahang ke Ulu Tembeling pada bulan 26.7.2010

8. Pesta Ponggal Pada 17.1.2010 yang diadakan di KIAS.
Gambar sewaktu pesta ponggal.

9. Program Mengedar Kad Raya Tahun Baru Cina pada 10.2.2010 bersama PKR & DAP Serta Lawatan Ke Gereja Jerantut.

Gambar ketika mengedar kad Tahun Baru Cina dan
lawatan ke gereja Jerantut.

PAS Jerantut telah mengubah pendekatan dengan guna pendekatan mesra kepada pengundi Cina dan India di Jerantut. Menghadiri upacara perayaan orang India dan orang Cina dan melawat tempat-tempat sembahyang mereka seperti Gereja, Tokong dan Kuil. Walaupun nampak janggal, strategi ini sangat berkesan dikalangan rakyat Jerantut yang berbilang kaum. Undi kaum Cina berjumlah 9000, India 2000, bakinya Melayu yang keseluruhan pengundi Jerantut berjumlah 48,000.

Mungkin lepas ini pemimpin PAS Jerantut boleh mengada program sembahyang berjemaah, ceramah perdana, tazkirah dsb bersama kepimpinan PR Jerantut di Gereja, Tokong dan Kuil di seluruh Jerantut. 

PAS telah melalui suatu zaman dan keadaan di mana apabila diadakan ceramah maka PAS dapat menghimpunkan sejumlah pendengar yang cukup luar biasa. Bahkan bila diadakan kutipan derma PAS mampu mengumpul sejumlah wang melebihi RM10,000 setiap kali diadakan ceramah. Kalau diadakan pertandingan dalam konteks kemampuan menarik pendengar teramai dan kemampuan mengumpul kutipan derma terbanyak maka PAS mampu menjadi juara secara hatrick bahkan hatricknya mungkin akan berganda-ganda. Jadi, kemampuan menarik orang ramai untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dan mengumpul wang kutipan derma adalah salah satu kekuatan yang ada pada PAS. Kekuatan itu pula banyak bergantung kepada kemampuan pemidato PAS dalam mengenengahkan isu-isu penyelewengan UMNO/BN yang terlalu banyak seperti isu BMF, Memali dan seumpamanya.Namun PAS tetap gagal dalam memenangi hati rakyat untuk menumpaskan BN walaupun mempunyai kekuatan ini.

PAS juga mempunyai kekuatan jentera dengan bilangan cawangan yang cukup banyak. Jumlah cawangan PAS hampir mampu menandingi jumlah cawangan UMNO. Kekuatan jentera dengan jumlah cawangan yang banyak ini menyebabkan ahli dan pimpinan PAS merasai bahawa PAS adalah parti yang kuat. Tak salah kalau dikatakan bahawa akar umbi juga terpedaya dan tertipu dengan kekuatan ini sehingga sukar untuk menerima hakikat ‘berkongsi kerusi’ dengan rakan PR terutama DAP dan PKR. Disebabkan perasaan ‘terasa kuat’ dek kerana jentera dan cawangan yang banyak inilah maka ahli bawahan meminta agar semua kerusi di kebanyakan kawasan parlimen samada kerusi parlimen atau DUN, ditandingi oleh PAS. Kalau letak calon selain PAS maka mereka tak berminat untuk bekerja memenangkan parti lain yang diamanahkan untuk bertanding. Aksi ini telah menyebabkan Mursyidul ‘Am PAS, Tok Guru Nik Aziz pernah melontarkan kata-kata hikmatnya dengan berkata ‘Kita jangan kedekut, parti lain pula jangan tamak’.

Dalam keadaan PAS begitu terpesona dengan kekuatan ini, PAS terus kecundang dalam setiap pilihanraya yang telah dilalui sejak sekian lama hingga terbentuknya PR. Maksud kecundang di sini ialah gagal membentuk kerajaan.

Hal yang sama turut di rasai oleh DAP yang merupakan parti yang agak lama wujud dipersada politik tanahair. Kalau nak dibahas, DAP adalah sebuah parti yang tidak banyak cawangan tetapi ia mampu meraih kemenangan cemerlang sehingga mereka berjaya menempatkan parti mereka sebagai Ketua Pembangkang untuk tempoh yang agak lama. Di Jerantut, DAP hanya ada 1 cawangan.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Ternyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Berbeza pula dengan PKR di mana kelahiran mereka terus disambut oleh abang-abang yang terdiri dari PAS dan DAP. Adik yang baru lahir dengan usianya yang masih muda menjadi kuat kerana mereka akur bahawa mereka adalah adik yang baru lahir lalu mereka terus bergabung bersama abang-abang mereka iaitu PAS & DAP. Mereka dibantu dan mereka membantu abang-abang mereka untuk menundukkan musuh mereka bersama yang jahat iaitulah UMNO/BN.

Walaupun PKR dianggap adik yang baru lahir tetapi ia lahir di zaman yang serba canggih terutama kecanggihan alam maya dengan kemudahan internet. Macam adik-adik zaman sekarang juga. Mereka lebih bijak dari abang-abang mereka kerana suasana sekarang adalah suasana dunia cyber.

Adik yang bernama PKR ini mempunyai kepantasan menguasai ilmu politik kerana mereka adalah bekas-bekas ahli politik. Cuma parti mereka sahaja bertaraf adik. Banyak perkara yang tidak ada pada abang-abang tetapi ada pada adik ini. Begitu juga banyak kelebihan yang ada pada abang-abang ini yang tidak ada pada adik PKR. Adik ini mampu membongkar kejahatan dan kebusukan UMNO agar rakyat benar-benar dapat mencium dan mengesahkan bahawa UMNO memang jahat dan busuk. Adik ini pula memiliki seorang pejuang yang mampu mencipta gelombang walaupun terpaksa merelakan dirinya untuk terseksa.

Gelombang yang pertama yang tercipta dari pejuang ini telah menghasilkan sebuah lagi kerajaan PAS di Terengganu pada Tahun 1999. Pada waktu itu, beliau terseksa di penjara. Namun pada tahun berikutnya iaitu Tahun 2004, parti politik pembangkang dilihat berpecah dan tak kemas. Bila berpecah maka jadilah PAS lemah. Bila lemah,   PAS kalah lalu tumbang satu negeri dan hampir tewas satu kerajaan negeri dengan hanya kelebihan 1 undi.

Pada Tahun 2008 PR menghadapi PRU 12 dengan gabungan yang cukup kuat walaupun tidak mantap dek usia gabungannya yang masih mentah. Natijahnya PR menang bergaya sehingga 5 negeri berada dalam genggaman PR. Itulah berkat dan berkuasanya bila PAS,PKR dan DAP bergabung atau bersatu. Apa kata kalau gabungan itu dijaga dan bajai sebaik mungkin untuk mendepani hari-hari muka. Yakinlah bahawa satu yang luar biasa akan berlaku dalam PRU 13 nanti. Allah swt tidak teragak-agak untuk menolong orang yang bersatu. Bukankah Nabi saw telah menyatukan orang-orang kafir di Madinah setelah berlakunya peristiwa hijrah? Penyatuan itu membentuk satu kekuatan untuk sama-sama mempertahankan kota Madinah dari serangan musuh.

Kalau diimbas kembali sejarah kemenangan PAS di Kelantan pada Tahun 1990 sehingga menang 39-0, PAS akan dapati kemenangan itu juga dianugerahkan Allah swt dengan sebab bersatu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bergabung di dalamnya Semangat 46.


Oleh yang demikian, PAS Jerantut ingin rumuskan bahawa 3 ketumbukan pasukan iaitu PAS, PKR dan DAP hanya akan kuat sekiranya mereka menyatukan segala kelebihan dan kekuatan ke dalam satu pasukan yang telah dinamakan sebagai pasukan Pakatan Rakyat. Kalau 3 ketumbukan yang masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan ini membentuk satu ketumbukan yang bernama PR maka Insya Allah, PAS Jerantut akan menyaksikan satu perubahan yang besar akan berlaku dalam PRU 13 nanti.

PAS mempunyai kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bergabung dengan PKR yang mempunyai kemampuan mencipta gelombang manakala DAP pula mempunyai kekuatan sokongan Kaum Cina maka jadilah PR sebuah ketumbukan yang kuat. Pastinya BN mampu ditewaskan. Orang yang merasakan kekuatan itu hanya ada pada jentera atau petugas semata-mata samalah seperti orang memiliki ‘handphone’ semata-mata. HP tetap tidak berguna selagi tidak ada gelombang. Maka HP hendaklah bergabung dengan gelombang, barulah ada gunanya.

Benarlah di pihak PAS apabila pimpinannya membuat keputusan untuk bergabung dan berpakat dengan PKR dan DAP. Cuma, pimpinan PAS harus memperturunkan kefahaman kepada petugas di peringkat cawangan, mengenai peri pentingnya PAS berpakat dalam PR dalam usaha menumbangkan BN dalam PRU 13 nanti demi mencari keadilan dan kebenaran hidup berasaskan Islam. Semuga Allah swt merahmati dan terus memberi petunjuk serta pertolongan kepada pimpinan PAS.

Sebenarnya PAS Jerantut merasakan Kerajaan UMNO/BN mula gusar dengan perubahan peneroka yang mula sedar bahawa selama ini mereka ditipu oleh pemimpin UMNO. Penipuan dan penindasan ini telah didedahkan dalam Konvensyen Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan Kali 1 yang berlangsung di Dewan Kompleks Imam Al Syafie’ (KIAS) iaitu sebuah kompleks milik PAS Jerantut pada 20.2.2010.  Konvensyen telah dihadiri lebih kurang 1000 orang dari seluruh negara yang turut dihadiri oleh Saudara Mazlan Aliman, Wan Rahimi dan YB Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR sebagai pembentang kertas kerja. Pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah perdana yang disertai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Tuan Ibrahim, Dato’ Seri Chua Jui Meng, Dato’ Zaid Ibrahim dan Dato’ Fauzi Rahman. Sebab itulah PAS Jerantut katakan bahawa kantung UMNO/BN telah dipecah di Jerantut. Sebab itu UMNO marah kerana benteng mereka yang terakhir telah hampir robek dan bersedia untuk pecah. Akhirnya salah seorang tukang pecahnya yang amat konsisten bekerja memecahnya iaitu Sdr. Mazlan Aliman, ditangkap di Raub. Sdr Mazlan telah mencatatkan penipuan Felda dan Kerajaan UMNO/BN terhadap peneroka Felda dalam bukunya bertajuk "FELDA .. Dulu Tolong Sekarang Along..". Katanya akan terbit buku kedua yang menceritakan hikayat peneroka yang boleh disifatkan sebagai 'Harimau Mati Meninggalkan Belang, Peneroka Mati Meninggalkan Hutang..". 

Akhir sekali impian Dr. Hamzah, YDP PAS Jerantut jika sekiranya PAS/PR dapat menawan Jerantut dan Pahang...

Kalaulah PAS/PR memerintah Pahang maka antara perkara pertama yang akan saya uruskan sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut ialah menyelesaikan masalah perhubungan bagi penduduk di Ulu Tembeling. Hidup mereka terseksa lebih 50 tahun dan sering menjadi mangsa penipuan dan kerakusan pemimpin UMNO. Mereka ditipu kerana setiap kali pilihanraya maka pemimpin UMNO berjanji akan memulakan pembinaan jalanraya. Namun sehingga kini, tidak berlaku. Kenapa? Sebabnya mereka rakus dengan khazanah negeri yang ada di situ iaitu balak. Kerana balaklah mereka tak mungkin membina jalaraya. Jalanraya menghalang mereka untuk mengeluarkan balak. Jalanraya akan rosak teruk bila balak dikeluarkan.

Tahukah anda sekiranya jalanraya dibina maka ia akan menyenangkan kehidupan penduduk Ulu Tembeling dan juga mereka yang ingin ke Terengganu. Kerana jalanraya tersebut akan terus menghubungkan Jerantut ke Dungun melalui Ulu Tembeling. Taraf hidup penduduk akan meningkat kerana hasil pertanian akan dapat dipasarkan dan dihantar dengan mudah seperti sayur-sayuran dan juga getah. Tetapi pembinaan jalanraya itu juga akan menyusahkan pemimpin UMNO untuk menggondol kayu balak yang terdapat begitu banyak di kawasan sekitar.

Saya yakin seandainya Pakatan Rakyat (PR) memerintah Pahang, kita mampu membina jalanraya tersebut. Mungkin kita tiada wang kerana Kerajaan Pahang terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM2b yang diwarisi dari Kerajaan BN nanti sama seperti yang dihadapi oleh Kerajaan PR di Kedah yang terpaksa menanggung hutang peninggalan Kerajaan BN namun saya rasa yakin jalanraya tetap akan dibina jua. Kalau tiada wang, apa salahnya kita wujudkan satu syarikat yang menguruskan pembalakan dengan memperuntukkan sejumlah hektar yang mencukupi untuk membiayai pembinaan jalanraya yang diimpikan oleh penduduk Ulu Tembeling.


Sesungguhnya rakyat di Ulu Tembeling telah berjaya di ‘hulu’kan oleh Kerajaan BN manakala pencapaian pemimpin UMNO menghabiskan balak di Ulu Tembeling diutamakan. Siapa saja yang mempunyai perasaan akan terasa hiba bila melihat bukit telah gondol lalu menjadi dogol kerana disondol oleh pemimpin UMNO sedang penduduk sekitarnya terus menerus menderita hidup dalam kesusahan yang berpanjangan. Masih adakah lagi insan yang sayangkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang korup?

WZWH dapat rasakan jika PAS/PR memerintah Pahang dan hasrat Dr Hamzah, YDP PAS Jerantut mahu buat jalan raya Projek Jalan Ulu Tembeling maka banyak beribu mungkin berpuluh ribu hektar hutan Jerantut dan Pahang ditebang bagi menampung keseluruhan kos RM460 juta Projek Jalan Ulu Tembeling. Lebih banyak kemusnahan alam sekitar akan berlaku. Sepatutnya bajet ini diambil dari peruntukan Kerajaan Pusat tapi mungkin DAP dan PKR tidak berapa setuju kerana projek ini dikatakan tidak ekonomik dan tidak berdaya maju!


18 comments:

chenerong ular said...

Salam saudara,sepetutnya dah lama pemimpin2 umno berubah dari memencilkan diri dari rakyat kepada menghampir dan mendekati rakyat seperti pemimpin masa lampau,pemimpin masa lampau di senangi rakyat tak berkesahkan protokol,panggilan mesera seperti,pak chu,pak ngah,pak alang dan banyak lagi dah bisa meniti di bibir rakyat, ini ada lah di sebabkan kemeseraan mereka mendampingi rakyat tanpa maksud yang terselindung,sebagai pemimpin kita sewajarnya pandai mengambil hati pengundi2 bukan hanya penyokong2 kita sahaja.
kita memang yakin jika pembangkang mengambil alih pemerintahan Pahang ini,untuk melakukan pembangunan seperti jalan,mereka terpaksa menebang hutan hutan untuk mendapat punca keawangan,tapi kita harus ingat mereka baru nak mula menebang hutan hutan sedamgkan kita sudah lebih 50 tahun menebang hutan hutan.Apa kah infra seperti jalan sudah dibuat kesetiap pelusuk tempat?. Jawapan nya tidak lagi,maka kerajaan sekarang terpaksa lah menebang hutan hutan untuk APAaaaaaaaa ?.. fikir fikirkan lah . WASALLAM

Buntat said...

Saya setuju sangat apayang diperkatakan CU. Memang kita lihat PEMIMPIN sekarang dengan dulu jauh berbeza kot dari segi apa-apa pun. Kadang-kadang yang nak dicalunkan sebagai PEMIMPIN dah BERLAGAK. Inilah sikap yang jadi BUDAYA SEKARANG. Kadang-kadang PEMIMPIN dipihak ATASAN dok Melaungkan SUPAYA UBAH SIKAP (Lihat apa yang dilaungkan oleh KETUA PEMUDA dalam perhimpunan di PWTC semalam "KITA PERLU MENGUBAH 10 SIKAP" Tapi malangnya setakat kata-kata yang lantang aja tapi perlaksanaan ZERO.
2. Sikap sekarang TAK IKHLAS. Dalam memikul tanggung jawap mereka-mereka ini tidak BENAR-BENAR IKHLAS dalam menjalani tugas harian.
3. Pentingkan DUIT. Pemimping sekarang dah jadi BUDAYA pentingkan DUIT. Sebagai contoh; Kalau diadakan pemilihan, calun-calun menyogok duit untuk memilih dia. Dahlah itu bila mereka menang sibok rancang projek. Bukan fikirkan projek itu memberi menafaat rakyat atau tak. Mereka dan KRONI yang dapat tender projek. Sapa yang dapat untung dulu. "MASUKKKKKKKKKK"

Fikir-fikirkan lah macam mana kita hindarkan KEMUNGKARAN. WASALLAM

Anonymous said...

saya tetap sokong pas... takbir..!!! ALLAHHUAKHBAR!!!!

Anonymous said...

salam

dalam PRU 12, BN menang di Jerantut kerana undi Felda je. Kita tengok la [ada PRU 13 nanti macam mane. bagi saya tetap undi PR

Mr Politaiklah said...

Salam semua dan terutama Tuan empunya blog..,
Adalah kurang bijak bagi pihak lawan memberitahu strategi mereka untuk berlawan..dan lagi kurang bijak kalo kite meramal/menghakimkan strategi pihak lawan. Kita cuma boleh kaji strategi pihak lawan dan mencari jalan untuk melawan...saya cadangkan kepada tuan, cara yg paling baik utk berlawan adalah menonjolkan kelebihan UMNO atau memperbaiki politik tuan sendiri...Kerana selalu pihak yg BENAR yg akan menang...kalau tuan rasa tuan benar..INSYAALLAH tuan akan menang...

chenerong ular said...

Salam Mr Politaiklah,ada benarnya kata kata tuan itu,kita cermin diri kita dan berfikir mengapakah sekarang pengundi pengundi melayu,cina,india dan lain lain lebih mirip menyokong PEMBANGKANG,sedangkan pada masa yang sama,kita yang mengaku pemerintah telah menjalankan tanggung jawab kita dengan sumpurna,mengapa para pengundi2 telah beralih arah menyokong pembangkang ?,pengundi2 berfikir kesemua pembangunan adalah tanggung jawab sosial pemerintah, jadi mengapa mereka tidak menyokong kita ?, jawapannya senang sahaja!!! pengundi2 telah jelak.jemu,menyampah dan meluat melihat perangai pemimpin2?,rakyat yang memilih mereka,jika rakyat bertukar arah menyokong orang lain rakyat tidak rugi apa2,sekali pru jangka masa 5 tahun,rakyat apa dapat ?, dapat pembangunan,jika ada?.Pemimpin apa dapat ?. jika kerja prestasi baik,tidak mementingkan diri boleh tambah lagi 5 tahun,jika tak,setakat itu sahaja,KERANA RAKYAT TIDAK MENDAPAT APA2 UNTUK PERIBADI DARI PEMIMPIN2 DAN TAK MENGHARAP APA2.YANG MENGHARAPKAN APA ITU YANG AKAN MERASA FRUST YANG AMAT SANGAT.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

- Aapakah catatan ini, tidak lagi dilihat berkecuali...

Pang5 Banir, tidak hirau stertegi diguna untuk membenam atau menghancurkan musuhnya2. Sebab itupun musuhnya. Walaupun Pang5 Banir baru memberikan sedikit pandangan sekadar renungan, dan tidak pula ingin mengulas isi hati pendapat dan penulis berjiwa besar, kerana semuanya itu adalah kehendak Allah terhadap hambaNya.

Pang5 Banir sebenarnya amat cintakan tanah tumpah darah, apatah lagi amat menyangai masyarakt Ulu Tembeling (MUT). Keunikan daileknya, cara berkomunikasi termasuk perhubungannya. Pertalian saudara mara termasuk yang bergelar wan, syed, raja, pahlawan, pendekar, pejampi (bomoh). Pendek kata sepanjang-panjang bermula dari air mula meleleh hingga sampai ke penghujung muara sungai Pahang, sudara mara sentiasa melambai-lambai, itu, “ni bukan urang lain kalar gon nak tau ade kene mengene dengan kite, buleh menyengkeh kepale ong tu”. Bahasa syahdu ini sentiasa tersemat dan tidak boleh dipisahkan dengan naluri MUT. Beberapa keunikan juga seperti sajian tradisional yang tidak terdapat di negeri2 lain hatta seluruh dunia iaitu “asam rong” yang dihasilkan dari biji getah atau perah, sungguh meyelerakan, tambahan pula jika digulai dengan ikan jengkuar atau kenderak (ikan hantu).

Begitu juga cara tradisi mencari ikan di sungai Tembeling, dari mengail, menjaring, mengucak (kocak) air berumpan asam rong, membelat, merawai, menaut dan mengaran, memedap, menjulir, “beranggoh” satu2 yang sangat unik hanya dengan mengetok2 birai perahu dengan pengayuh, ikan boleh mengena anggoh. Peralatan lain dengan menggunakn lukah, temila, mengarai, sungkuk, tuwau, menjulir menjadikan semunya bertambah unik. Itu belum lagi melihat ikan temelian berlaga atau melihat ikan “mungkus” juga mengintai ikan kilat. Satu lagi patut dimasukan dalam catatan “Buku Rekod Malaysia” upacara mengerau ikan yang merupakan acara tahunan sutau ketika dahulu, khususnya apabila menjelang lawatan KDYMM Al Sultan Pahang ke pedalaman Ulu Tembeling. “Cukup setakat itu dulu”...

Pang5 Banir... sayangnya keunikan ini akan terlepas begitu sahaja... Fikir2lah...!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
PAS ada chance menang besar parlimen Jerantut sebab pemimpin PAS suka melawat Gereja, Kuil, Tokong Cina Jerantut. Kompleks Imam Al Syafie’ (KIAS), Jerantut boleh jadi tempat perayaan India dan sembahyang. Pemimpin PAS boleh sembahyang, tazkirah di Gereja, Kuil dan Tokong Cina. Orang Cina dan India di Jerantut suka. Kepimpinan PAS Jerantut betul-betul mengamalkan 1Malaysia. Orang Ulu Tembeling lebih suka kepada pemimpin PAS Jerantut sebab mahu membuat Projek Jalan Ulu Tembeling sepenuhnya dengan menebang lebih banyak kawasan balak bagi menampung kos RM460 juta. PAS akan tebang lenih banyak kawasan balak nanti. Bagus untuk orang Ulu Tembeling.

Anonymous said...

) Salam tuan WMWH & Sema2...,

Strategi PAS Jerantut Menghadapi PRU 13

Persoalan yang ada dan kepada siapa harus dimengertikan terbentang dihadapan kita. Kalau pemimpin PAS boleh jadikan biara, kuil, tok kong tempat berlamal ibadat dan meyampaikan tazkirah, munakasah dan usrah telah mendahului walaupun sudah mencecah 60 tahun pemimpin sekarang memimpin MUT? Jadi persoalan itu, mudah untuk dijawab, kerana tidak mengambil contoh pemimpin terdahulu menghalau musuh2, tetapi lebih mementingkan musuh menguasi jajahan takluk dengan air liur sahaja. Pemimpin ini telah terkaku akibat lenanya berpanjangan, dan rempah ratus telah dikebas rakus, tanpa memikirkan cucu cicit ciut piut hari-hari mendatang.

Pang5 Banir... sekadar bertanya apakah MUT sudah tiada tokoh bergelar ulama...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
WZWH dengan bersemangat akan turun padang bersama YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut, YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan menyahut hasrat DS Najib bekerja memastikan UMNO servis untuk rakyat Jerantut dan kemenangan UMNO dan BN di Jerantut. Agenda membangunkan DUN Tahan terutamanya dan Jerantut adalah perjuangan suci dan mulia WZWH.

Mr Politaiklah said...

Salam semua,
Itu yg di politikkan oleh UMNO..setiap kali nak pilihanraya..semua turun padang, tabur janji, tabur duit..orang yg di beri janji terus mengharap,,org yg lapar duit terus menyambar,,lepas tu takutkan orang kampung dgn kedaifan, kekurangan yg terjadi kalo memilih pembangkang. Rakyat semakin arif, tukar lah strategi itu...apa yg suci dan mulia tu wahai WZWH terangkan sedikit? kalo tak prujek billion-billion yg mengayakan UMNO bukan pengundinya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Mr Politaiklah,
Yang suci dan mulia ialah melihat Lembah Tembeling, DUN Tahan dan Parlimen Jerantut maju. Itu janji WZWH kepada Raja dan Negeri Pahang Darulmakmur. Untuk memajukan Jerantut kita perlu bawa, galak, cipta berbagai dan banyak PROJEK. Jangan tanya siapa dapat projek, tanya apa faedah projek kepada Jerantut. Faedah projek kepada Jerantut itu yang lebih penting.

Mr Politaiklah said...

Salam WZWH,
Terima kasih memberikan penerangan yg mantap...saya nampak kesucian perjuangan tuan dengan kejernihan sungai tembeling dan sungai2 lain. Saya nikmati kemajuan lembah tembeling dgn jalan ke Hulu yg tak de bonggol dan lubang begitu juga dgn kawasan jerantut yg lain. Saya tahu setiap sekolah di perbesarkan yg mampu menampung beribu pelajar dlm penduduk kampung yg hanya 30 orang. Saya rasa faedahnya dengan kepanasan suhu, kadar inflasi, budaya yg luput...Saya terpukau dengan terciptanya idea mengurangkan/menyenangkan pengusaha bot...MAJUNYA JERANTUT.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Mr Politaiklah,
Bila jalan Ulu Tembeling siap sepunuhnya. Insyallah 7 tahun lagi. Pengusaha bot boleh menumpukan zon pelancungan dari Kuala tahan ke Kampung Pagi meredah jeram-jeram. Perubahan ekonomi itu biasa, dulu sebelum cipta enjin bot, pengusaha bot tidak wujud. Peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan baru dihasilkan dari pertumbuhan baru ekonomi Lembah Tembeling.

Mr Politaiklah said...

Salam WZWH,
Saya tak kisah siapa yg dpt kontrek, saya setuju dgn pertumbuhan ekonomi, saya faham dari sistem manual kite kena tukar ke bidang automatik. Yang menjadi soalan terhadap pengusaha bot, bukan tukang bawak bot tapi tukang buat bot...bukannya kayu sungkai yg di gunakan utk buat bot tu. Semua kayu dah nak lupus...jalan 7 tahun lagi? Untuk 22 km dr K.Tahan ke Kg.Pagi ambik masa berapa tahun? Yang paling penting, jawablah soalan pasal alam sekitar...sebab ini akan memberi kesan yg sgt dlm pada penduduk, daerah, negeri, negara dan dunia..tuan ada Oksigen plan?..Ozon plan?..Kepanasan suhu plan?...bekalan air? tuan ingat ekonomi maju, bekalan asli tak de itu mewujudkan jerantut yg maju?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam MR P,
Jalan dari Kuala tahan ke Kg Pagi ambil masa maksimun 36 bulan. Dari kg pagi ke Kampung Sat seterusnya ke Kg Mat Daling paling cepat 48 bulan lagi maka hampir 7 tahun. Buat jalan terpaksa tebang kayu. Itu dasar hijau kerajaan spt:
Reforestration
Carbon Credit
Dibawah pengawasan berbagai jabatan spt Alam Sekitar, Pejabat Hutan dsb. Ini usaha bersama negeri, kerajaan dan dunia.
Dun Tahan keluasan tanah 570,000 hektar. Bekalan oksigen masih banyak dan mencukupi. Perlu ada kawalan.

MR Politaiklah said...

Salam WZWH,
Saya tak pandai mengira..
1)36 bln tu maknanya 3 tahun kan? 48 bln tu 4 tahun dak? Kerat kayu/pembalakan dari tahun 2000 sampai 2010=10 tahun jadinya berapa bulan? berapa lama politik tuan memerintah?
2)Reforestration=sebatang pokok membesar berapa bulan/tahun?
3)Carbon credit=penduduk dunia makin bertambah bukan makin berkurang
Saya nak tanya berapa volume oksigen manusia perlukan sehari? 570,000 hektar bahagi kepada penduduk pahang/malaysia/dunia...cukup oksigennya?
4)Minuman, udara kalau bersih..tiada penyakit pelik pelik spt H1N1 dan lain-lain
Ini projek usahasama dunia?..ye ke? bekalan air tulen masalah sedunia...projek tuan yg telah mencemarkan sungai..dunia lain setuju? tak jawab pun isu bekalan air? jawab soalan dgn berasaskan pelajaran Bahasa melayu..Straight to the point..bukan jawapan politik...
*pilihlah bulan kalau dok asyik mengira bulan

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam MR P,
Apa yang saudara mahu sebenarnya-STOP ALL DEVELOPMENTS IN LEMBAH TEMBELING, DUN TAHAN AND JERANTUT! Saudara mahu Jerantut mundur selama-lamanya ATAU saudara mahu PAS memerintah Jerantut dan Pahang serta Malaysia. Straight to the point. Jangan guna ecology, environment sebagai alasan retorik anti pembangunan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024