Thursday, November 25, 2010

Analisis Provokasi Korea Utara Ke atas Korea Selatan

Dunia terkejut dengan provokasi agresif Korea Utara mengebom Korea Selatan menyebabkan kematian 2 orang askar dan 2 orang awam serta menyebabkan berpuluh cedera diikuti banyak rumah dan bangunan di Pulau Yeonpeong. Ini merupakan insiden pertama selepas gencatan senjata Perang Korea pada tahun 1953.

Sebelum itu pada bulan Mac 2010, sebuah kapal perang Korea Selatan telah karam bersama 46 krewnya mati kena torpedo Korea Utara.

Tentu serata dunia kata ini kerja gila general Korea Utara yang gila lunatik. Tanpa diprovoke menyerang jiran. Korea Utara menyatakan Korea Selatan yang mula dulu kerana menjalankan latihan ketenteraan dan pada hujung minggu ini bersama dengan tentera Amerika Syarikat. Tindakan latihan tentera Korea Selatan dikatakan menganjing Korea Utara.

Sejarah perang Korea membuktikan itu adalah perang proksi antara China dan Soviet Union (Korea Utara) dengan Amerika Syarikat dan PBB ( Korea Selatan). Ini pertembungan antara 2 ideologi iaitu Komunis dengan Demokrasi ala Amerika.

Hari ini ideologi bukan sebabnya. Komunis telah mati di Rusia. China walaupun politiknya komunis tetapi ekonominya kapitalis. China tidak mahu ikut demokrasi ala Amerika yang tidak berapa stabil.

Jika konflik ini didorong oleh proksi, WZWH berpendapat ianya berkenaan kepentingan dan kuasa dunia. WZWH berpendapat sebenarnya general Korea Utara cerdik pemikiran permainan politiknya.

Kita tahu Korea Utara negara miskin kerana banyak wang negara dihabiskan kepada pembangunan ketenteraan. Korea Utara bercita-cita memiliki senjata nuklear dan teknologi misil. Manakala Korea Selatan negara kaya membina ekonomi besar.

Ekonomi Korea Utara telah parah kerana menghadapi sekatan ekonomi yang dikenakan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Korea Utara bertindak sebagai Sang kancil yang buat 2 atau 3 ekor gajah berkelahi atau dalam keadaan tegang. Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan tuduh provokasi perang Korea Utara tentu mendapat lampu hijau dari Beijing.

Korea Utara telah buat China tertekan. China sememangnya bimbang jika penyatuan Korea Utara dengan Korea Selatan akan di bawah pengaruh Amerika Syarikat.

Dunia pun tahu Amerika Syarikat sakit kewangannya terkena penyakit "British Disease". Tentera Amerika Syarikat telah terikat di Iraq dan Afghanistan. Kepimpinan Presiden Obama anti kepada peperangan. China disyaki mahu menguji keazaman dan kesungguhan Amerika Syarikat di rantau Asia melindungi sekutunya Korea Selatan.

Amerika Syarikat tidak mampu untuk berperang lagi. Maka dunia akan mendesak China supaya berperanan menyelesaikan konflik Korea ini. Lalu China akan dipandang sebagai kuasa baru pengimbang dunia dengan disokong oleh Rusia. Tun Mahathir pasti suka idea ini-dwi polar bukan unipolar.

Korea Utara mahu dunia bantu ekonominya sebagai konsesi dan kolateral. Korea Utara mahu ekonominya jangan disekat oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

China tidak untung ekonomi kalau berlaku perang kerana rantau tidak stabil, gangguan perdagangan, masalah pelarian. Sebab itu China mahu menghentikan pertelingkahan ini. China ada kredibiliti menjadi pemimpin dunia yang bertanggungjawab.

Amat mudah bagi China membawa kestabilan dan keamanan di rantau ini dengan kepimpinannya yang aktif. Kepimpinan politik China perlu meleraikan kekusutan "permainan politik Korea Utara".

Jika China dan Soviet Union telah memulakan Perang Korea pada tahun 1950an dulu maka adalah sangat mulia untuk China dan Rusia menamatkan sengketa Korea ini dengan menekan Korea Utara. Ini lah masanya China dan Rusia menunjukkan kepimpinan dan tanggungjawab bukan membiarkan Amerika Syarikat bertindak.

Amerika Syarikat telah mula bising bila China telah memanipulasi matawang Yuan dan China telah menguasai ekonomi dunia. Isu krisis Korea ini telah mengalih perhatian Amerika Syarikat dari menumpukan fokusnya mahu seimbang perdagangan dengan China.

Malaysia umpamanya pelabur nombor satunya ialah China bukan lagi Amerika Syarikat atau Jepun. Malaysia perlu berkecuali kerana perlu kepada pelaburan China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Apa yang China buat itu baik dan apa yang Amerika Syarikat buat itu pun baik juga.

Jika kita mengandaikan krisis ini tidak terkawal maka mahu tidak mahu Korea Utara akan memuntahkan semua senjata berat yang ada misil dan pastinya nuklear dan Amerika Syarikat sekali lagi terpaksa menekan buton nuklearnya. China dan Rusia terpaksa terlibat maka konflik ini mungkin berakhir dengan pertunjukan senjata nuklear hingga 2012. Kehancuran dunia akan bermula!

1 comment:

Mohamadazhan.com said...

salam ziarah, peperangan tercetus adalah racangan busuk US untuk melagakan dan ambil kesempatan terhadap saingannya

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...