Sunday, November 7, 2010

Kumpulan 19 Ronin AJK UMNO Bahagian Jerantut

Gambar seorang ronin yang terkenal di Jepun iaitu Miyamoto Musashi atau boleh jadi YBM Ku Lan sedang menasihati ronin "Sangkakala".

Dalam posting blog Sangkakala bertajuk "19 JAWATAN KUASA UMNO DUN DAMAK DIBIDAS TENGKU AZLAN - BANYAK CAKAP KERJA KOSONG" menceritakan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut selaku Ketua UMNO Bahagian Jerantut telah meluahkan perasaan yang kian terpendam terbuku dihatinya tentang majoriti AJK UMNO Bahagian Jerantut yang banyak cakap kerja kosong sehingga Ku Lan kalah di DUN Damak sebanyak majoriti negatif 2000. Jika tidak dibantu oleh DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar pasti Ku Lan sudah terlentang meniarap kalah kepada Dr Hamzah (PAS) pada PRU 2008.

Tengku Azlan cukup kecewa dengan AJK UMNO Bahagian dari DUN Damak pada pilihanraya yang lepas. Dalam UMNO Bahagian Jerantut terdapat 19 orang AJK berbagai jawatan datang dari DUN Damak. Tetapi keputusan pilihan raya DUN Damak yang paling teruk. Majoriti Parlimen hanya 1946. Hampir kalah.

Dalam mesyuarat UMNO Bahagian pun begitu. Yang banyak bercakap semua tidak buat kerja. Kadang-kadang Ku Lan menyampah dengan perangai Jawatankuasa Bahagian. Ku Lan bercakap itu sebab kena terus terang atas amanat PM. UMNO mesti berubah jika ingin terus memerintah. Nampaknya payah, pada petang perjumpaan pada 4 November 2010, hanya sebilangan kecil sahaja AJK UMNO Bahagian yang hadir. Jadi Tengku Azlan kata beliau hanya tumpu kepada ketua-ketua dan AJK-AJK cawangan sahaja lepas ini dengan menggerakan jawatankuasa peti undi.

Bila kita mencapai taraf status AJK UMNO Bahagian sebenarnya kita adalah pemimpin bukan pengikut. Bila kita seorang pemimpin maka kita perlu bertindak seperti pemimpin bukan pengikut yang hanya menunggu arahan dan panduan dari Ketua. Ku Lan telah mewujudkan beberapa jawantankuasa biro. Ku Lan telah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada AJK UMNO Bahagian untuk buat program-program UMNO terutama di DUN Damak.

Kebanyakan 19 AJK ini kaya-kaya belaka maka wang ringgit tiada masalah cuma komitmen, masa dan kreativiti diperlukan. Jika tidak berapa pasti hendak buat program maka tanyalah kepada yang tahu. Jerantut ada ramai bekas-bekas wakil rakyat yang berpengalaman dan tidak lokek untuk menurunkan ilmu politik dan pengurusan DUN seperti Dato' Bazain, Dato' Wan Bakar, Dato' Chu Rahimah, Dato' Azizan misalannya. AJK ini boleh terus rujuk kepada Ku Lan sendiri atau YB Dato' Wan Amizan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan Dato' Hj Nazri Ngah, Naib Ketua UMNO Bahagian.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Pada pengamatan WZWH majoriti AJK Dun Damak yang ramai menang dalam pemilihan UMNO dulu menjangkakan YBM Tengku Azlan akan kalah kepada pencabarnya iaitu antara seorang doktor yang paling berani dalam dunia iaitu YB Dr. Ahmad Shukri. Oleh kerana ramai bekas-bekas wakil rakyat menyokong YB Dato' Dr. Ahmad Shukri maka 19 AJK dari DUN Damak berminat mahu bertanding. Tetapi politik bukan 2 + 2 = 4, politik boleh jadi 2 + 2 = 7. Mereka ini silap baca politik maka menanglah Ku Lan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagiannya.

Maka kumpulan 19 AJK UMNO Bahagian ini menang kerana Ku Lan tidak mahu buat senarai AJK yang betul-betul genuine menyokongnya tidak bermuka-muka, double agent, senyum manis dibibir di depan, mengata di belakang dan tikam belakang. Ditambah pula regunya YB Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tidak tegas memastikan team AJK regu seramai 20 orang itu menang. Maka menanglah bos-bos semua kalahlah anak-anak buah yang setia membuta tuli.

Kumpulan 19 AJK UMNO Bahagian ini boleh dinamakan dalam istilah bahasa Jepun sebagai "ronin". Kita lihat maknanya  seseorang yang terumbang-ambing, seperti ombak di laut adalah samurai yang tiada tuan semasa zaman feudal di Jepun dari tahun 1185 hingga 1868. Samurai kehilangan tuan akibat kejatuhan tuan mereka, atau selepas kehilangan sokongan tuan mereka. Perkataan ronin berasal dari zaman Nara dan zaman Heian, apabila ia asalnya merujuk kepada petani yang lari dari tanah tuan mereka.

19 ronin ini sudah mati bosnya maka masing-masing tidak tahu hala tujuan politik masing-masing dan masih mendengar amanat bos yang sudah mati. Kumpulan ronin ini seharusnya menerima teguran Ku Lan secara positif dan mengaku kesalahan masing-masing. Jangan bersikap negatif dan memberontak. 

Ku Lan adalah ibarat ketua dan seorang ayah. Anak-anak semua kenalah dengar teguran, nasihat dan marah si ayah. Ku Lan bertindak demikian untuk parti. Ku Lan pun sampai masa akan bersara dari politik Jerantut. Ku Lan mahu politik Jerantut menjadi bertambah kuat bukan lemah.

Sekarang ini Perdana Menteri Malaysia ialah DS Najib Tun Razak orang Pahang. Maka AJK dari DUN Damak ini sepatutnya bersemangat dan berkobar bekerja untuk parti UMNO. Tambahan pula rakyat sudah mula boleh menerima perubahan penambahbaikan BN oleh DS Najib. Ini dibuktikan dengan kemenangan berganda dan majoriti besar dalam PRK parlimen Batu Sapi dan DUN Galas.

Apa-apa pun kumpulan 19 ronin AJK UMNO Bahagian Jerantut inilah yang akan mengisi kekosongan parlimen dan DUN yang akan ditinggalkan oleh YBM Ku Lan, YB Dato' Wan Amizan dan YB Dato' Dr. Ahmad Shukri. Tapi kalau sikap ronin ini masih ada dikalangan 19 AJK UMNO Bahagian Jerantut, WZWH tidak pasti ahli-ahli UMNO dan rakyat Jerantut boleh menerima.

Esok 8 November satu mesyuarat AJK UMNO Bahagian Jerantut diadakan di Kuala Lumpur di sebuah hotel maka semua ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut mahu lihat kesemua 19 ronin AJK UMNO Bahagian Jerantut datang hadir ke mesyuarat tersebut. Jika tidak maka amat malanglah YBM Ku Lan!

19 comments:

Anonymous said...

Hebat WHWZ ni, cerita sikit pasal pemuda yang WHWZ jadi AJK. Mesti best punya sebab WHWZ ada di dalam. Mesti hebat pemuda, banyak program, mampu mengegarkan Jerantut kan. Certia lah..cerita lah,,ceritalah. semua orang tunggu ni.

Anonymous said...

Aah ye, ada ke pemuda, terlupa pulak.

Anonymous said...

Cerita juga pasal ketirisan duit peruntukan untuk rakyat, SPRM serang pejabat Parlimen, siapa yang dapat projek (orang politik), siapa yang kuat mabuk, main betina, judi, bini main dengan orang lain, bawak lari anak dara orang, siapa yang kuat ke medan dan luar negara,dll. Mesti menarik pengundi DUN Damak. Kalau beria sangat kita sama-sama selongkar biar telanjang UMNO ni, boleh.

Anonymous said...

ikut wokmer lah,telanjangkan lah apa salah nya,dapat kome tau cite orang orang politik bodo di jerantut ne,termasuk penyokong penyokong nya bodo belaka macam lembu cucuk hidung.

Anonymous said...

jangan ambil kira kemenangan umno di galas n batu sapi.....sebenar umno masih lg tidak diterima...tapi org kelatan pandai bepolitik.....

Anonymous said...

Salam Anon 8:16,
Kalau orang Kelantan pandai sangat berpolitik mengapa tiada seorang pun ahli-ahli politik dari Kelantan menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.
Sebabnya orang Pahang yang tidak pandai berpolitik sekurang-kurangnya dua orang ahli politik Pahang sudah berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia!

Anonymous said...

Salam tuan WMWH & Sema2...,

Kumpulan 19 Ronin AJK UMNO Bahagian Jerantut

Ini masalah berpanjangan ada dihadapan UMNO yang disimpulkan sendiri oleh AJKnya. Sekecil2, lihat untuk mengadakan mesyuarat AJKnya terpaksa diadakan di Kuala Lumpur…, maka banyaklah mata2 biru hitam, kelabu dan sepet memerhati tingkah laku mereka yang bergelar kepimpinan. Tidak mahu menyentuh siapa tanggung kos selama berada di KL. Perkara sensetif disebut, dimana setiapo AJKnya ada bos masing2 sepetutnya bos sebenarnya Ketua Bahagian yang mesti dihormati dan diseragami pemikiran untuk mencapai satu keputusan bagi rakyat yang memilih…

Pang5 Banir… tak mahu baca Al Fatihah kerana terkuburnya UMNO dlm PRU ke 13…

Anonymous said...

Sorry, correct.. salam tuan WZWH, bukan WMWH. Tq.

Pang5 Banir.. anon 8, 2010 11.28

Anonymous said...

panglima banir,
lebih baik awak duduk aje di celah banir sebab itulah tempat yang sesuai untuk awak.tak payahlah baca fatihah untuk BN sebab awak memang pun acuan pembangkang.yang sama waktu dengan ud,cu,ct.
sebagai melayu islam kas tak akan mengundi PR sebab pas tidak akan terdaya melawan dominan dap.n.ajis tengaok muka lim kit sial pun ketar lutut belum lagi jerkah.kas tak akan menggadai maruah bangsa kas.PR memerintah sudah pasti malaysia jadi republik cuma tak tahu lambat cepatnya.malaysia akan berkiblat ke singapura.orang melayu jadi lemah kerana orang melayu dalam PR akan menurut saja tuntutan kaum lain untuk terus mengekalkan undi dan kuasa.ketika itulah panglima banir akan terus tinggal di celah banir.CU akan lari kedalam sarang ular di bawah tanah.UD yang sering mengumpat keji YB AMIZAN menciput lari ke belakang bukit sempadan pasir raja.ambik ong semua kalau itu yang ong semua mahu.Puak ini langsung tiada jati diri.tidak pernah bersyukur atau berterima kasih kepada umno yang menjadikan mereka manusia yang baik dan berpeluang menyumbang kearah pembangunan negara.
MATNYERWEH!

Anonymous said...

hampuras punya ajk. sampor limbok tikang tanar membanir. KERJALAH jangan tidur saja. Dapat jawatan cakap banyak. Perrrrgiiih.. dedah lagi wzwh !.

Anonymous said...

Zaha gemuk, jali mejoh tu menyemak ajeh. mengisi perut boroi ajeh. pau orang ajeh satu jerantut dah tau hah hah hah..

Anonymous said...

bahan lah dema,brgaduhlah,demi perut masing masing bukan kerana umno amat atau bangsa sangat,takut tuan tuan dima tak terpilih lagi,hakuk tak kisah sapa pun,umno,pas,atau pkr ke ?. akuk bukan ada kepentingan dengan mereka,lain lah dema turk,makan,pagi,tengahhari malam harapkan prmimpin2 belanja,tanggung anak bini di rumah un harapkan pemimpin2 yang suapkan itu yang marah sangat bila ada orang yang bercakap benar,

bahan lah selagi ada nyawa ne tak ada siapa yang larang,dah mampus esok baru timbang banyak yang halal ke yang haram dah wokmer muntahkedarah,jawab lah sendiri.ini bagi sesiapa yang selalu memakan wang haram pemberian bos bos dema sahaja,yang tak buat macam turk tak ada masaalah.biar kita kais pagi makan petang pun tak apa , asalkan kita tidak bergantung kepada orang lain untuk hidup ?

Anonymous said...

aku tak mebelahi mane2.....tp aku tgk ajk bahagian umno jerantut n ajk pemuda belagak sgt....lau pakai baju lambang umno...aku lah orgnya....org umno sgt lah tu konon....

Anonymous said...

Salam semua,
Sila komen isu yang WZWH bawa di atas, jangan lah cerita benda-benda lain yang tidak berkenaan. Saya nak tahu apa pandangan orang UMNO Jerantut.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Kumpulan 19 Ronin AJK UMNO Bahagian Jerantut

Anonymous said...

panglima banir,

lebih baik awak duduk aje di celah banir sebab itulah tempat yang sesuai untuk awak. tak payahlah baca fatihah untuk BN sebab awak memang pun acuan pembangkang.yang sama waktu dengan ud,cu,ct.

- Terima kasih atas timbal balas tu. Akurk nork royat sikit jerk, tak baca Fatihah turk, menandakan UMNO masih lagi releven di dalam PRU ke 13. Akurk tork kerayanth kalar gon berkerja keras memajukan rakyat Ulu Tembeling turk. Tapi akurk tork senang duduk bila puak2 yang main polek2taik hanya unturk isi puket demah tu ajerk. Kalar dah tanah2 urang Melayu di kawasan Jerantut turk dorh kena sedekah kepada Ah Lim Chin, Ah Moi Kui, Ah Agan semimangnya akurk turk sesuai benar duduk diceloh banir. Kalar doh abis banir, tadork apa lagirk nork dimegahkan di Ulu Tembeling turk.

- Kalar nork main politik turk unturk kepentingan rakyat tork jadi masalah. Kalar hanya nork main polek2taik itu yang menimbulkan masalah. Akurk pun setuju ong tork pangkoh PR, tapi akurk percaya ong akan pangkoh siapa yang bulih beri keuntungan...

Pang5 Banir... tak kenal mana pemimpin parti yang benar2 ikhlas.

Azizan Yaakob said...

BLOG wzwh telah dipautkan ke melayurayadaily. Salam hormat.TQ

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dato' Azizan,
Terima kasih.

Anonymous said...

kas memang benci wzwh nie...mase nak bertanding pandai blakon mintak simpati suh undi ke die...tapi bila dah menang tegur pun tidak......lau bertanding lagi kali neh kome x kan pangkoh dah ke aok nie,,...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:06,
Aok jangan kuat pedooah, bila masa kas tak tegur ke aok.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...