Saturday, November 13, 2010

Zaman Minyak Murah Sudah Berlalu

Tidak ada masa untuk nafikan. Kerajaan dan rakyat perlu mula "adapt" menyesuaikan diri dengan krisis ini. Abad ke 21 adalah abad minyak habis. Survey geologist minyak kata pengeluaran minyak memuncak-'peak oil' dijangka antara 2010 hingga 2020. Selepas itu dunia berdepan dengan berbagai krisis. 

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Nafeez Mosaddeq Ahmed, Executive Director of the Institute for Policy Research & Development (UK). Seorang pakar krisis dunia.

"... deep political analysis in the context of the Crisis of Civilization in which we now find ourselves – the convergence and escalation of environmental degradation, species extinctions, climate change, energy depletion, food crisis, water shortages, economic and financial instability, inequality and poverty, religious and political extremism, moral confusion, mental illness, and finally, philosophical and epistemological vacuity. In the context of these converging crises, Civilization continues to respond largely with denial. The only way to respond to this denial is confrontation with that which has been suppressed".

Kita penghuni dunia 'post-peak'. Semua sumber asli yang ada telah memuncak pengeluarannya. Ini implikasi laporan International Energy Agency (IEA) mengunjurkan pengeluaran minyak mentah tidak lagi akan capai pengeluaran memuncak 70 juta tong sehari pada 2006. Selepas itu pengeluaran minyak mentah akan berada sekitar 68-69 juta tong sehari.

IEA menyalahkan faktor-faktor berikut:
  • Kekangan 'supply'- bekalan sumber bawah tanah terhad
  • Kekangan politik untuk exploit sepenuhnya rezab yang ada seperti di Iraq
  • Komitmen antarabangsa mengurangkan asap bahan api dari fosil bagi sasaran iklim dunia
Maka ini mungkin berakhirnya tamadun industri. IEA merumuskan bahan api dari sumber lain seperti tar sand, oil shale dan natural gas liquid akan mengisi kekurangan. Menurut Fatih Birol, Ketua Ekonomi IEA," zaman minyak murah sudah berlalu".

Masalahnya ialah sumber bahan api lain lebih mahal untuk dicarigali dan diproses kepada minyak yang boleh digunakan dan memberi masalah kepada persekitaran. Ini bermakna dekad ke depan, harga minyak akan menjadi lebih mahal. Diikuti permintaan tinggi dari China dan India diunjurkan pertumbuhan sebanyak 36% sehingga 2035 dimana harga minyak akan naik melebihi US$200 setong. Menuju 2015, kita akan lihat harga minyak naik melebihi US$100 setong.

Ini mengambarkankan dunia 'post-peak' bakal menuju kehancuran dunia bila keadaan persekitaran yang melampau dan huru hara menjejas urusan ekonomi manusia. Kita lihat krisis makanan dan kewangan pada tahun 2008 adalah tanda sistem yang tegang. Kenaikan harga minyak yang melampau kerana 'peak oil' adalah penyebab utama kejatuhan bank 2008. Kejatuhan pinjaman perumahan subprima disebabkan oleh kejutan harga minyak 'post peak' yang meningkatkan kos sara hidup yang akhirnya banyak pinjaman perumahan tidak dibayar. Kajian economist US James Hamilton mengesahkan tiada kemelesetan ekonomi tanpa kejutan harga minyak.

Kejutan harga minyak memberi kesan kepada makanan. Pakar pertanian Australia, Julian Cribb dalam bukunya "The Coming Famine (2010), menjelaskan fakta kenaikan harga makanan antara 2003 hingga 2008 disebabkan kenaikan harga minyak meningkat memberi kesan yang teruk bahan api petani, fertilizer, pesticide dan kos pengangkutan. Di negara yang kurang maju di mana negara maju mengimport makanan dari mereka, petani tidak mampu membeli fertilizer dan hasil tuaian mula menjunam.

Ketidak tentuan dunia 'post-peak' susah untuk diramalkan. Ianya dunia di mana minyak tidak banyak di pasaran tetapi mengurang dan mahal. Jika kita mahu membangunkan ketahanan yang mencukupi kepada pelbagai kejutan harga dan pemusatan krisis dunia 'post-peak', kita perlu mengenal pasti yang itu adalah simptomatik transisi tamadun yang tidak dapat dielakkan menuju kemunculan zaman 'post-carbon'. Tiada masa untuk nafikan. Kerajaan dan rakyat perlu mula menyesuaikan diri.

Kita berharap kepada Petronas aktif mencari gali minyak di perairan Malaysia dan dunia yang mesra Malaysia tetapi itu tidak pasti keberhasilannya. Lagi pun Petronas mengeksport minyak ke luar negara manakala kerajaan mengimport minyak mentah.

Bagi bahan api yang lain seperti arang batu, satu kajian Energy Watch Group (EGW) memberi amaran pengeluaran arang batu dunia akan memuncak sekitar 2025.

Jika Malaysia serius mahu bina loji janakuasa nuklear pula, EGW juga memberi amaran pengeluaran uranium dunia akan memuncak antara 2030 dan 2035. Sumber uranium menjelang 2050 berlaku kekurangan bekalan. Permintaaan dunia akan melebehi bekalan dunia uranium pada dekad depan lebih daripada 400 juta pound.

Walaupun saintis telah memperkenalkan thorium sebagai potensi mengantikan uranium kerana bekalan sumber melimpah. Thorium masih memerlukan uranium untuk 'kick-start' nuclear chain reaction. Tenaga nuklear tidak cukup cekap untuk mengantikan bahan api fosil mengikut kadar sekarang. Pengeluaran loji nuklear dunia perlu ditingkatkan kepada 10.5% setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2050.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...