Tuesday, November 9, 2010

Waris Keturunan Mat Kilau dan Pawang Nong ( WAPS )

W.A.P.S

Sewaktu hujung minggu lepas ketika WZWH memandu kereta di simpang bandar Jerantut, WZWH nampak sebidang banner tertulis Perjumpaan Keluarga Keturunan Mat Kilau dan Pawang Nong di padang Kampong Som Jerantut pada 7 November 2010.

Program Tautan Kasih ini ialah program WAPS BAHAGIAN JERANTUT & Majlis Jamuan Pada 7 November 11 pagi Tempat Padang Awam Kg.SOM JERANTUT.

WZWH nampak terpampang gambar Arwah Aki Mat Kilau dan Aki Pawang Nong. Berderau darah WZWH naik meremang bulu roma naik semangat kekitaan Jerantut. Ini yang WZWH mahu Jerantut perlu ingat kepada basenya, warisan sejarahnya, tokoh-tokoh idolanya baik kepahlawanan atau royalistnya.

Ini perkembangan yang baik. Dalam facebook pun ada akaun WAPS. Ada lagi satu akaun facebook tajuknya "Penduduk Asal Jerantut". WZWH tidak mahu orang Jerantut tidak kenal asal usulnya. Kita orang Jerantut ada identiti kita sendiri.

Jika kita kenal susur galur setiap waris-waris Jerantut barulah kita tahu, kita sayang, dan kita jaga Jerantut dengan penuh kasih sayang tanpa diskriminasi dan pilih kasih maka kita dapat memberi keadilan, membela tempat-tempat yang mundur di Jerantut, bersemangat untuk memajukan Jerantut dan yang penting adalah kerjasama demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Jerantut.

Mulai pertengahan tahun 2008 hingga sekarang WAPS telah bergerak keluar dari kelompok Bandar Jengka dan Felda Jengka 14 dengan membuka cawangan diseluruh Negeri Pahang. Sehingga kini WAPS telah mempunyai cawangan sejumlah 74 buah yang meliputi seluruh Negeri Pahang dan beberapa cawangan diluar Negeri Pahang. 

Persatuan Warisan Anak Pahang Sejati (WAPS) bermatlamat untuk menghimpun dan mengumpul semua anak Pahang sejati dalam satu pertubuhan agar dapat memupuk semangat kerjasama dan muafakat dalam menjalankan aktiviti. 

Disamping itu WAPS juga menjadi wadah perjuangan dalam memertabatkan maruah dan ekonomi anak negeri agar mereka dapat bersaing dalam memanfaatkan segala peluang dalam bidang ekonomi negara dan global. WAPS juga menjadi tempat untuk ahli melahir dan meluahkan pendapat dan idea untuk memperbaiki dan mempertingkatkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli.

Dalam bidang ekonomi, WAPS akan menjadi satu badan penyelaras bagi aktiviti ekonomi para ahli. Matlamat ini dapat dicapai melalui koperasi yang telah ditubuhkan yang diberi nama Koperasi Tok Gajah Maran Berhad (KTGMB). Koperasi akan menjadi pemain utama dalam merangka dan melaksana aktiviti-aktiviti ekonomi ahli dengan cara mengwujudkan rangkaian pengeluar dan pembeli produk. 

WAPS turut memberi tumpuan dalam bidang pembinaan sahsiah dan jati diri para ahli dengan mengadakan siri latihan, kursus dan motivasi. Program ini memberi tumpuan kepada pengkajian sejarah negeri Pahang. Kajian ini meliputi pembukaan negeri Pahang dan riwayat hidup para pejuang dan panglima dari negeri Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Pawang Nong dan lain-lain dan penglibatan mereka dalam perang menentang penjajah dinegeri Pahang khususnya dan Tanah Melayu amnya.

Tidak ketinggalan WAPS menggalakkan ahlinya untuk meniti waris mereka. Meniti waris ini adalah untuk mencari susur galur keluarga ahli sebanyak mungkin dan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silatulrahim. Disamping meniti waris, para ahli juga digalakkan untuk menghidupkan kembali warisan tinggalan nenek moyang yang telah pupus atau hampir pupus seperti dikir rebana, tarian labi-labi dan sebagainya. Ini selaras dengan slogan WAPS iaitu "Meniti Waris, Menjulang Warisan".

21 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan WZWH,
Bagus Tuan WZWH ni posting cerita waris-waris Jerantut.Kombinasi keturunan Mat Kilau dan Pawang Nong. Wow! power tu. Tanya sama Dato' Hj Rosdi dan Dato' Azizan. Setuju tak.

Anonymous said...

Anon 11:07,
Ini WZWH bila posting lagu ni mesti ada AGENDA udang di sebalik mee. Kah Kah Kah Woit kenapa tiba-tiba WZWH kuat jek Pulau Tawar dan Ulu Cheka? Mungkin WZWH rasa "Sumpahan Pulau Tawar" sudah berakhir!

Anonymous said...

Anon 11:07,
Aku pelik juga tetiba WZWH main sentimen Pulau Tawar dan Ulu Cheka ni. Biasanya WZWH bangga dan gah dengan sejarah keturunan Bendaharanya. Aku lagi hairan kenapa blog SPU dan Urag Drrulug sudah berbaik-baik dan mahu berdamai dengan WZWH. Malah posting angkat pandangan politik pembangunan WZWH lagi. Siapa ini WZWH?

Anonymous said...

Salam semua,
Korang jangan pelik dengan WZWH. Saja WZWH popularkan singkatan pendek WASP. Aku pun boleh baca AGENDA WZWH ni. Maksud sebenar WZWH, WASP itu ialah WAN AMIZAN PARLIMEN SRIWAK RAJA! He he he...

Anonymous said...

Anon 11:14,
Kas setuju dengan Anon, mengapa blog SPU, Urang Drrulug, Hulu Tembeling, Cenerong Ular kuat tembak YB Dr. Shukri-isu projek silang dan tanah bandar Jerantut. Adakah dibelakangnya WZWH?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
WZWH tidak ada apa-apa agenda. WZWH suka lihat orang Jerantut ingat kepada asal usul dan susur galurnya. Kita jaga waris kita, budaya kita, warisan kita, base kita.

Anonymous said...

Salam Tuan WZWH,
Saya hendak tanya Tuan WZWH.Yang ditengah gambar tu bukan Dato' Lau Lee. Cina tu waris WASP juga ke? Kah kah kah.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:26,
WZWH rasa kemungkinan Dato' Lau Lee dijemput atas kapasiti beliau sebagai ADUN Damak. Itu penghormatan kepada WASP.

Anonymous said...

Salam WZWH,
Apasal WASP tidak jemput Ku Lan atau Wan Amizan atau Dr. Shukri? sepatutnya ahli politik UMNO Jerantut ke depan sebab untuk kepentingan politik UMNO dalam PRU 13 nanti.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:30,
WZWH bersetuju dengan pandangan Anon. Soal kenapa, WZWH no komen, mungkin mereka tidak dijemput kot atau tiada kelapangan.

Anonymous said...

WAP Itu katanya hanya diperalatkan oleh pemimpinnya untuk minta tahan dari MB 2000 ekar dilepar Dapat tanah tu besuk wap akan asap hehehe. Orang cari makan macam-macam cara. Orang dibawah macam nak rak sokong. Wap panggil Lau Lee sebab wap sudah jadi 1malaysia. Wap bukan orang meluyu saja dia asal anak pahang. Lo Li atau manisan samy pun boleh masuk.Apa yang kami dierangkanlah.

uRag dRrulug said...

Kepada WZ,
Kurangkan bercakap dan jangan biarkan orang membaca apa ada dalam kepala kita. Biarkan mereka meneka dan buat spekulasi apapun. Fikiran harus hanya diterjemahkan dengan perbuatan bukan dengan pertuturan. Simpan kebijaksanaan dalam diam.

Anonymous said...

betol kateq urang drrulug tu, nak jd pemimpin mesti bijak, banyak bercakap akan banyak buat silap dan banyak org akan benci. Itu yg terjadi kepada wz selama ini, berubahlah skrg dan berdamailah dgn ud, tentu ada kebaikan dari penyelesaian begitu - din kg. sia-sia

Anonymous said...

Salam WZWH dan Urag Drulug,

pada awl penglibatan WZWH, WZWH kelihatan angkuh dan membesar diri, mungkin sbb tu tidak diterima oleh warga media baru, alhamudulillah WZ kelihatan down to earth sikit lately, mungkin sbb rating turun agaknya, benar kegagalan mengajar kita erti kejayaan dan rendah diri, ular menyusup akar takkan hilang bisanya...

alhamdulillah juga blog WZWH telah dilink ke blog SPU dan UD, ini pertanda baik, mungkin ramai lagi blog lain akan berbuat benda yg sama tak lama lagi asalkan WZWH berterusan bersifat tawaduk.

Wasalam

Anonymous said...

nape beria amat beramok dlm blog.buat malu kaum jer.mentanglah PAS xkuat kat Jantut deme dont sangka dlm cawan no boya ah.kwn bukan nak campor xp terkejut berok.nasib baiklah kome kat temeloh xada atok2 cyber klu ada beramok jg agoknya yaak.

Anonymous said...

Tgk WZWH dh berbaik dgn UD n SPU dh naik rating dari dulu...

selamat berjuang(don't merapu2 lagi)

chenerong ular said...

Salam anon 11:21am, saya tak pernah menulis siapa nama ahli ahli politik mana yang menjual atau memajukan tanah dan memberi idea projek silang di dalam tulisan saya yang lepas. ASASNYA ADA, POKOKNYA PERKARA ITU BERLAKU?,SIAPA YANG MELAKUKANNYA ? LU FIKIR LAH SENDIRI ? . JIKA TIDAK TOLONG JAWAP APA YANG DI PERKATAKAN ? .saya tida kepentingan dalam masaalah ini ?

Anonymous said...

ramai bukan anak jati pahang dengki penubuhan waps ni,takut waps mintak tanah untuk anak jati pahang yang sememangnya berhak.takut diorang tak dapat tanah jugak.kalau nak tanah jugak mintak la kat negeri asal keturunan masing-masing.tapi jangan harap nak dapat.negeri lain rela bagi tanah pada bangsa asing daripada bagi pada melayu.negeri pahang je yang senang bagi tanah pada melayu luar

Unknown said...

salm ukhwah fillah saudara2 koi n ank2 pahang,,,koi rase brbesar hti nk mndekati waps ni,,ade sape2 kt cni aktif lgi,,blh koi kenai2 dgn aokmer ??

Unknown said...

WASP

Unknown said...

Salam...kome dari asal temau...dari keluarga ....ismail bin kundur ade sape2 kenal

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...