Saturday, November 20, 2010

Teori 'Peak Oil'

Ada seorang pemberi komen bernama 'Orang Kampung' dalam blog SPU minta WZWH cerita tentang isu 'minyak habis'. Mungkin tidak logik minyak dunia boleh habis. Malaysia melalui Petronas aktif carigali minyak baik di perairan Malaysia malah ke luar negara. Negara Islam seperti Arab Saudi, Iraq, Iran, Afghanistan dll masih banyak simpanan minyak.

Tambahan pula ramai orang kata masih ada banyak rezab minyak di Teluk Mexico dan perairan pantai Brazil. Hakikatnya sepuluh syarikat gergasi minyak dunia telah mengurangkan perbelanjaan kos carigali minyak. Petronas sudah umum tahun 2019 Malaysia akan mengimport minyak. Itu tanda awal teori 'peak oil'.

'Peak oil' ialah idea pada satu titik dunia akan mengeluarkan minyak paling optimun. Selepas titik ini, minyak yang dikeluarkan berkurangan maka manusia terpaksa guna kurang minyak. Ramai saintis dan Kerajaan perihatin kepada apa yang akan berlaku bila minyak kurang di pasaran.

Idea ini telah perkenalkan pada tahun 1950an dan 1960an oleh M.K. Hubbert. Beliau berkata graf pengeluaran minyak seperti lengkuk loceng ( Hubbert's Curve ). Hubbert meramalkan Amerika Syarikat akan sampai 'peak oil' pada awal tahun 1970an. Sememangnya Amerika Syarikat mencapai 'peak oil' pada awal tahun 1970an. 

Tidak berapa pasti bila 'peak oil' dunia akan terjadi. Ramai saintis bersetuju ianya akan berlaku diantara tahun 2010 hingga 2020. Juga terdapat konsep 'peak' arangbatu, gas asli, air, kayu, dan banyak sumber asli lain. 


Graf 'peak oil' Hubbert
File:Hubbert peak oil plot.svg

Dunia kita selepas 2080...mungkinkah kita mengharungi tamadun tanpa minyak? Adakah ini bermakna berakhirnya tamadun dunia.

Permintaan minyak dunia semakin meningkat lebih-lebih lagi kebangkitan ekonomi China dan India. Petumbuhan penduduk dunia yang semakin bertambah menambahkan lagi permintaan minyak dunia.

Oleh kerana bekalan minyak dan gas adalah keperluan teknik-teknik pertanian moden maka kejatuhan bekalan minyak dunia akan menyebabkan kenaikan mendadak harga makanan dunia dan kebuluran pada dekad akan datang.

Salah satu sebab utama kenapa Presiden Bush menyerang Iraq dan Afghanistan adalah kerana politik menguasai sumber minyak dunia berikutan teori 'oil peak'.

Survey geologist minyak kata pengeluaran minyak memuncak-'peak oil' dijangka antara 2010 hingga 2020. Selepas itu dunia berdepan dengan berbagai krisis. 

Kita penghuni dunia 'post-peak'. Semua sumber asli yang ada telah memuncak pengeluarannya. Ini implikasi laporan International Energy Agency (IEA) mengunjurkan pengeluaran minyak mentah tidak lagi akan capai pengeluaran memuncak 70 juta tong sehari pada 2006. Selepas itu pengeluaran minyak mentah akan berada sekitar 68-69 juta tong sehari.

Ketidak tentuan dunia 'post-peak' susah untuk diramalkan. Ianya dunia di mana minyak tidak banyak di pasaran tetapi mengurang dan mahal. Jika kita mahu membangunkan ketahanan yang mencukupi kepada pelbagai kejutan harga dan pemusatan krisis dunia 'post-peak', kita perlu mengenal pasti yang itu adalah simptomatik transisi tamadun yang tidak dapat dielakkan menuju kemunculan zaman 'post-carbon'. Tiada masa untuk nafikan. Kerajaan dan rakyat perlu mula menyesuaikan diri.

3 comments:

oRang kAmpong said...

Tq.Sir.kwn takut aok terpengaruh ngan geologis omputih jer tuk manupulate harga.klu gitu memang ada asasnya cuma omputih ni dier xboh ngajar kita gone nak ngira reserve minyak hak dlm tanah bawah laut tu.org minyak mesti tau tu.syabas wan,teh tariiiiik satu.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Orang Kampung,
Ada beza defenisi rezab dan sumber minyak. kebanyakan yang dikatakan rezab minyak itu adalah sumber maksudnya belum diterokai dan dan banyak masalah nak menerokanya. Kajian strategik seluruh dunia telah mengkaji teori 'peak oil' ini dan Malaysia juga. Apa persediaan kerajaan malaysia dan rakyatnya?

Anonymous said...

Salam Encik WZWH

Kamik urang di ulu temeling ni pakai teori "Pek Kebende Oihh" hajeh. Bulih pakai larh teori ni sapai bila2 york..

Dari: URANG SG KUCING

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...