Friday, November 26, 2010

Mengurus Sumber Ekonomi Baru Negara Afrika Ikut Model Malaysia

Afrika adalah benua yang akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang seterusnya selepas benua Asia.
Negara Afrika Barat menjumpai sumber ekonomi baru. Pemandangan telaga minyak di sepanjang pantai adalah panorama semakin meningkat di Ghana.

Ghana ada 'Millenium Development Goals (MDGs)-iaitu sasaran pembangunan millenium. Ramai pemimpin tradisional, akademik, pemimpin NGO, pelajar bimbang samada kekayaan baru negara tidak memberi kebaikan kepada rakyat biasa.

Adakah minyak ini rahmat atau sumpahan? Mungkinkah minyak dan sumber asli memaksa Ghana yang merupakan pengeluar utama koko, kopi, minyak kelapa sawit membelakangkan pertanian? Mampukah kekayaan minyak ditadbir urus dengan baik?

Bukan rakyat Ghana saja yang menyuarakan kebimbangan itu. Jirannya Sierra Leone juga mahu tahu apa akan terjadi kerana sekarang mereka jumpa telaga minyak baru dan lombong bijih besi yang terbesar di dunia. Sierra Leone baru-baru ini telah menandatangani konsesi baru lombong bauxite disamping konsesi berlian, titanium dan emas yang sedia ada. Konsesi bijih besi Sierra Leone ditaksir 10.5 bilion tan.

Cerita yang sama tentang galian yang banyak muncul di negara Afrika lain termasuk Chad, Guinea, Liberia, Mauritania dan Sudan. Bila banyak negara di seluruh dunia bergelut dengan langkah-langkah penjimatan, negara Afrika ini perlu menimbangkan strategi pemulihan dan kaedah-kaedah menamatkan mereka dari bantuan asing.

Jika Ghana adalah pemimpin pencetus menamatkan pemerintahan kolonial, Ghana lagi sekali boleh menjadi cerita negara Afrika sub-Sahara yang berjaya ekonomi. Ghana perlu belajar cerita kejayaan negara lain di rantau yang sama.

Di benua yang kekayaan galian mineral juga sering menjadi satu sumpahan, Botswana telah menunjukkan bagaimana sumber asli boleh promosi pembangunan mampan dan tadbir urus yang baik. Botswana boleh mengurus inflasi yang rendah dan menarik FDI untuk mempelbagai ekonomi Botswana disamping kurang bergantung lagi kepada perlombongan berlian.

Satu pujian harus diberi kepada usaha artis selebriti Bono dan Sir Bob Geldof membuatkan setengah negara Afrika telah dilupus hutang lama mereka beberapa tahun dulu. Pilihan yang dibuat oleh negara Afrika hari ini akan menentukan samada Afrika akan kekal miskin, menjadi ekonomi pelbagai Dubai atau ikut kejayaan model industri-pertanian yang dibuat oleh Malaysia (walaupun minyak juga dijumpai)

Negara Afrika juga secara idealnya boleh memilih model Norwegian yang prinsipnya sumber asli adalah kepunyaan semua warganegara termasuk yang belum lahir. Semua urusan lombong mestilah 'transparent' telus sepenuhnya kepada umum. Patuh kepada prinsip ini memastikan tiada "private rent-seeking" dan pencabulan keuntungan minyak.

Pada masa yang sama adalah penting untuk menghindar kekayan mineral galian dari menyebabkan kenaikan matawang. Ini boleh menjejaskan persaingan lain-lain sektor ekonomi dan menjejaskan pertumbuhan eksport berorientasikan pembuatan.

Negara Afrika boleh menyalahkan kolonialism kepada kebanyakan masalah sejak 350 tahun dulu. Tetapi tiada siapa yang boleh disalahkan lagi kecuali diri sendiri bagi keputusan-keputusan yang dibuat sendiri untuk 50 tahun akan datang. Tiada pihak luar yang memaksa negara Afrika dari menandatangani urusan lombong dan pengalian. Pemimpin Afrika perlu guna model Malaysia atau model Norwegian mengurus sumber baru ekonominya.

2 comments:

dobit127 said...

salam...
nampaknya sejak kebelakangan ini, tuan blog lebih menumpukan isu2 nasional mahupun antarbangsa... ada sesekali isu setempat....

Memetik tulisan di blog SPU, ada baiknya tuan agar lebih fokus kepada kawasan kita ini P81 agar kita sesama dapat memberi buah fikiran dalam sesuatu isu..
contohnya, pendapat tuan mengenai cicak tokek dan burung walit amat menarik sekali..mungkin penulisan tajuk sebegini lebih menarik minat orang untuk datang melawat blog ini dan seterusnya memberi komentar masing2 walaupun ada kalanya bersifat negatif...

Peringatan SPU mengenai Pilihanraya ke 13 yang dijangka tidak lama lagi juga menarik untuk dihuraikan isu2. Contohnya kawasan balak yang banyak diteroka sekarang ini di Daerah Jerantut. Bila melihat kawasan tersebut, persoalan pertama timbul.. lesen atau haram?...Jika lesen, siapa pemiliknya? adakah orang2 tertentu or hanya kroni2 umno?...
Adakah telahan itu benar? atau sekadar sembang kedai kopitiam...

apapun, itu pendapat saya sahaja.. terpulang kepada tuan blog untuk menentukan halatuju blog ini....wasalam..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Terima kasih kerana memberi cadangan. Apa yang berlaku di persada antarabangsa termasuk isu panas menarik minat WZWH untuk menulis. WZWH juga suka menulis international economics. Sebab itu WZWH selang seli dengan isu setempat. Kalau dilihat posting yang lepas WZWH banyak menulis isu setempat. Kadang-kadang tengok moood WZWH juga.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...