Wednesday, November 10, 2010

Politik Karung Plastik Boleh Buat Selangor Tumbang PRU 13



Selangor ada banyak supermarket, hypermarket, shopping complex, mall dsb. Oleh kerana orang Selangor ada "purchasing power" yang tinggi maka mereka suka "shopping" pada hari minggu.

Selangor yang diperintah PR sejak PRU 12 telah mengubah polisi baru iaitu "Hari Tanpa Karung Plastik" pada hari Sabtu telah menyebabkan:
  • bisnes jatuh
  • pengundi bandar marah kerana tidak selesa
Pengundi ramai tidak suka dengan polisi leceh ini. Mereka fikir polisi karung plastik tidak jejas persekitaran. Ini tidak baik untuk kerajaan PR di Selangor.

Bisnes hypermarket dan pemborong telah jatuh 30% pada hari Sabtu sejak Selangor implemen polisi karung plastik.

Maka rakyat bandar yang terdiri dari pengguna dan pengusaha tidak suka polisi yang meleceh dan buat mereka rugi.

Nampaknya kerajaan PR Selangor telah memperbesarkan isu karung plastik beri kesan kepada persekitaran. The issue is blown out of propotion!

Bayangkan kalau hendak beli sekeping karung plastik pada hari Sabtu harganya 20 sen.

Itu sebab mengapa bisnes jatuh 30% pada hari Sabtu kerana rakyat tidak mahu shopping pada hari Sabtu.

Jika kerajaan PR Selangor implemen pula polisi karung plastik pada setiap hari sudah tentu ramai rakyat komplen dan marah.

Di Penang pula polisi "Hari Tanpa Karung Plastik" pada setiap hari telah diputuskan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri bermula pada 1 Januari 2011. Ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ramai pekedai mengadu 50% pelanggan telah komplen polisi karung plastik. Ramai pelanggan mengeluh buat apa bayar 20 sen.

Ramai yang tidak mahu shopping pada hari Sabtu. Jika Selangor ikut jejak Pulau Pinang, dijangka peniaga akan kerugian bisnes jatuh lebih 40%. Ramai pelanggan mahu boikot.

WZWH rasa rakyat termasuk pengguna dan pengusaha hypermarket akan tidak mengundi kerajaan PR kerana buat kehidupan mereka seharian tidak selesa. Ingat kerajaan Labour pernah tumbang kepada kerajaan Conservative dalam satu PRU di United Kingdom kerana kenaikan harga roti. Mungkin harga sekeping karung plastik berharga 20 sen boleh buat kerajaan PR Selangor atau Pulau Pinang tumbang dalam PRU 13 nanti.

3 comments:

Anonymous said...

xpayah sibuk2 lah hal kerajaan negeri selangor.....mereka ade rancangan yang tebaik utk rakyat selangor....rakyat selangor dh sesuai dgn kerajaan pakatan memerintah yang telus.....
kita kene ambik kesoh kt daerah kita jer....

Anonymous said...

isu ni x berbangkit bro...mana proval angka2 yang u beri kejatuhan sampai 30% hingga 40% dlm market...u ada baca growth GIANT? u ada study mydeen perbesarkan syer market kat malaysia...yg bangangnya buat jualan murah seluar dalam....u pahamkan....hehehehehe

Anonymous said...

Mamat ni mmg bangang, buat fakta@auta sendiri... hik hik hik

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...