Friday, November 26, 2010

Industri Cicak Gecko Lembah Tembeling

Blog Urag Drrulug dalam postingnya baca sini mempersoalkan ada diskriminasi taklimat kontraktor kelas F Jerantut yang dibuat beberapa sesi. Seramai lebih 150 kontraktor hadir. WZWH akui kontraktor kelas F susah dapat projek sekarang apa lagi Jerantut Daerah termundur di Pahang. Bagaimana mahu beri makan kepada 150 kontraktornya.

WZWH tertarik dengan pandangan seorang pengkomen tetap blog Urag Drrulug iaitu Ri Kuala Pengor. Beliau mencadangkan secara tersirat supaya kontraktor Kelas F yang ramai di Jerantut ini membela atau upah orang Asli mencari cicak gecko atau juga dipanggil cicak tokek.
Di Lembah Tembeling, cicak ini orang kampung panggil cicak toek. Cicak ini ada banyak di hutan Tembeling. Cicak gecko suka bermain di pokok dan belukar.

Kenapa cicak gecko ini boleh dikategorikan satu industri baru yang lumayan juga macam burung walit dan kontraktor kelas F Jerantut yang seramai 150 orang itu digalakkan menceburi bidang keusahawanan ini.

Cicak dikenali sebagai gekko-gecko itu dilaporkan menjadi buruan ramai berikutan harganya mencecah RM30,000 seekor dan haiwan itu dikatakan menerima permintaan tinggi di kalangan penggemar makanan eksotik berikutan khasiat kesihatannya yang tinggi. 

Setakat ini beberapa individu di Sabah, Kedah, Perak serta Terengganu mula menjadikan aktiviti mencari cicak yang lebih dikenali sebagai Pokke di kalangan penduduk tempatan secara serius, malah ramai yang mahu menjadikan ia satu perniagaan sama seperti ternakan haiwan lain seperti lintah dan burung walit. 

Penggunaannya dikatakan hanyalah untuk perubatan. 

Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak yang mengetahui sama ada ia digunakan dalam industri perubatan atau dijadikan sumber makanan oleh golongan tertentu yang mungkin percaya ia mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit sama seperti sarang atau air liur burung walet. 
INFO: Cicak gekko-gecko 
  • Di Indonesia dan Pulau Jawa ia dikenali sebagai Tokek. 
  • Tergolong dalam keluarga cicak Gekkonidae. 
  • Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau sekitarnya, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina. 
  • Dipercayai ada lebih 2,000 spesies cicak gecko-gecko di seluruh dunia yang belum lagi dijumpai. 
  • Cicak berkenaan kerap ditemui di pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung dan tepi hutan. 
  • Spesies terbesar dikenali Kawekaweau dengan panjang badannya 60cm. Spesis terkecil ialah Jaragua Sphaero dengan panjangnya 16mm. 
  • Dipercayai apabila mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan enzim yang mampu mengubati penyakit HIV/AIDS, sakit kulit dan asma. 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak bercadang mengkomersialkan spesies cicak jenis 'gekko-gecko' yang kini menjadi buruan ramai bagi dijadikan ubat tradisional sebagai satu perusahaan, seperti burung walit atau belut, yang turut terkenal dengan khasiat tinggi untuk kesihatan.

Kementerian tidak bertanggungjawab ke atas haiwan spesies itu, melainkan unggas seperti burung walit dan belut yang diletakkan di bawah kendalian kementeriannya.

Kalau ada yang berminat untuk jadikan cicak ini sebagai satu perusahaan, ia sama seperti perusahaan lintah dan kedua-duanya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebaliknya mereka boleh rujuk pada jabatan lain yang berkaitan. 

Ia berbeza dengan perusahaan burung walit kerana ia spesies unggas dan kementerian boleh membantu pengusaha burung walit kerana ia memang terletak di bawah bidang kuasa kementerian.

Ini ialah kerana Menteri dan pegawainya tidak mahu buat kajian lanjut. Itu tidak mengapa kalau betul cicak gecko ini boleh dibuat ubat HIV atau AIDS, WZWH percaya industri ini boleh memberi pulangan yang tinggi kepada pengusahanya.

Kontraktor  kelas F Jerantut boleh tangkap cicak gecko yang banyak di hutan Tembeling kemudian bela dalam rumah khas cicak gecko.

WZWH yakin dan percaya syarikat-syarikat parmaceutical dari Amerika Syarikat akan banyak datang membuka cawangan di bandar Jerantut dan mencari pembekal cicak gecko yang terdiri dari kontraktor kelas F Jerantut.

3 comments:

Anonymous said...

JAUL CICAK TEKIK PULAK DAH ?

Anonymous said...

Kepada WZWH

Perkara yg paling mudah dlm dunia ni adalah bercakap, tidak ada yg lebih mudah dari itu. Umpama orang lain yang bertungkus lumus mencari rezeki, kita cuma perlu suap ke mulut sahaja, atau kita cuma perlu buka mulut utk orang suapkan.

RENUNGKANLAH....

Anonymous said...

Anon 3:22,
Memang kerja ahli politik dan guru bercakap. Mereka dibayar gaji untuk bercakap. Begitu juga pemimpin mesti bercakap. Pengikut tidak perlu bercakap tetapi boleh bercakap juga diam dan selalu renungkanlah. Wajib mengikut kalau untuk kebaikan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...