Sunday, December 28, 2014

DS Najib Melawat Mangsa Banjir Jerantut















YAB DS Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri tiba dengan helikopter di Padang Hoki Jerantut tepat 1:10 petang. 3 helikopter mendarat; 2 helikopter dari JPM dan 1 helikopter membawa DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

MB Pahang sudah 3 kali datang ke Jerantut musim banjir ini. MB Pahang sangat perihatin kepada orang Jerantut.

Kemudian PM, MB, ahli parlimen Jerantut dan ADUN Tahan menaiki sebuah kereta 4WD yang dipandu sendiri oleh MB Pahang menuju terus ke Loji Air Batu Embun yang rosak teruk kerana  tenggelam dek banjir besar.
















Dari sebelah kiri Dato' Lau Lee ADUN Damak, Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, DS Najib PM, DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan Tn Hj Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut ketika sesi taklimat status Loji Air Batu Embun.

Bandar Jerantut dan kawasan sekitar bergantung kepada loji Air Batu Embun selain beberapa loji kecil yang lain. Sejak banjir bermula Isnin dan air mula naik akhirnya merosakkan Loji Air Batu Embun, majoriti penduduk bandar Jerantut dan 267 Taman Perumahan putus air. Semuanya macam kambing tidak dapat mandi manda dan sebagainya.

Walaupun ada lori air PAIP menghantar di Dataran Jerantut dan ke taman-taman perumahan dengan bercatu tapi tidak sempurna orang Jerantut.




Di Loji Air Batu Embun, PM diberi penerangan. PM suruh segerakan membaiki pam. Kalau perlu tukar pam dan segala peralatan, PM suruh tukar baru tidak kira berapa kos.






























Selepas itu PM melawat Pusat Pemindahan Banjir Batu Embun.


























DS Najib memangku seorang bayi sambil diperhatikan Dato' Lau Lee ADUN Damak.


























DS Najib bertegur sapa dan bertanya khabar kepada seorang tua sambil diperhatikan oleh YB Tn. Hj Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut.
















Orang Batu Embun menjamu DS Najib makan tengahari. Duduk sebelah PM ialah YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan. Batu Embun terletak dalam DUN Tahan. Banyak perbincangan DS Najib dan ADUN Tahan semasa makan yang memberi banyak manfaat kepada orang DUN Tahan dan parlimen Jerantut. 

Selepas itu PM melawat Pusat Pemindahan Banjir ADTEC di Kg Temin.


























DS Najib bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir ADTEC Kg Temin.


























Mangsa-mangsa banjir Jerantut sangat berbesar hati bila PM sendiri turun padang ke melihat keadaan mereka di Jerantut.

Selepas itu DS Najib terus terbang ke Temerloh, Maran dan akhir sekali Pekan bagi meninjau dan melihat sendiri kesan bencana banjir besar 2014 ini kepada Negeri Pahang.

Semalam DS Najib telah turun padang dan melihat sendiri kemusnahan bencana banjir di Negeri Kelantan.


























Bersalam dengan DS Najib sebelum PM berlepas ke Temerloh, Maran dan Pekan.

Bila air Sg Pahang dari Jerantut menghilir ke Kuala Pahang...

Bandar Kuala Krau tenggelam.

Bandar Temerloh tenggelam termasuk kg-kg tepi sungai.

Bandar Maran tenggelam termasuk kg-kg tepi sungai.

Akhir sekali bandar Pekan...itu yang DS Najib perlu hadapi.

Pekan Hulu...Pekan Tengah...Pekan Hilir...jaga-jaga!

5 comments:

Anonymous said...

kalau takat dtg nak salam2, posing2, makan2 baik takyah... lebih baik bagi pinjam copper tu antar makanan, peralatan lagi bagus!!! busng karen jea org2 jerantut melayan bangsawan ni...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 5:01,

Berlambak-lambak dah bekalan makanan dihantar ke Pusat-Pusat Perpendahan Banjir di seluruh Jerantut dengan boat, kereta dan helikopter. DS Najib datang bukan kosong...setiap minit di Jerantut itu bernilai. Banyak peruntukan contoh Pam dan peralatan baru Loji Air Batu Embun yang rosak kerana banjir baru ini. Dan banyak lagi lah tunggu posting WZWH seterusnya. DS Najib banyak membantu Jerantut termasuk MB dan Tengku Mahkota Pahang.

Anonymous said...

Cis mulut saper busuk nih tak reti nak bersyukur

Anonymous said...

Bersyukur la Najib datang Jerantut. Sape yang tak pandai bersyukur lagi tu? Banyak bunyi pulak. Ingat senang ke jadi PM? Korang jadi PM tengok, ape korang boleh buat. Banjir pun,takkan semua PM nak buat, dia ade 2 tangan je, korang same-same la pergi tolong. Jangan tau nak membebel je.

Anonymous said...

tak paham. kena ade najib baru semua benda boleh jalan? baru boleh lulus peruntukan? macam tu ke? kalau yea, makna najib tak bole cuti!! itu keja PM ke? takat datang tengok2 dgn luluskan peruntukan jea? itu korang kata keja susah.. memang betul kata najib, bangang betul korang ni..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024