Friday, December 26, 2014

Post Banjir 2014 Mengurus Jerantut Dan Pahang




Walau tempoh banjir 2014 belum lagi berakhir lambat laun pembuat dasar akan mengkaji post banjir 2014 atau selepas banjir apa penambahbaikan yang perlu dibuat.

Kejadian banjir besar lain yang direkodkan di Pahang ialah pada tahun 1926, 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983, 2004, 2012 dan 2013.

Bencana banjir juga dilaporkan berlaku pada 1886 dan 1897. Rekod Inggeris mencatatkan banjir itu disertai tiupan angin kencang menyebabkan banyak kemusnahan harta benda dan nyawa di Pahang.

Banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti banyak.

Sistem saliran yang direka tidak mengambil kira faktor cuaca luar biasa yang mungkin berlaku berpunca daripada pemanasan global.

Faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri, perlu diambil kira.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek.

Ia terbukti kemudian apabila kerajaan selepas itu mengambil langkah segera memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air.

Selepas banjir 1971, kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Tetap Kawalan Banjir, mewujudkan pelan induk saliran untuk bandar-bandar utama dan memperkenalkan sistem amaran banjir.

Banjir yang berlaku sepanjang bulan Januari 1971 itu menyebabkan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terpaksa mengisytiharkan darurat dan menubuhkan dua jawatankuasa Kabinet yang berperanan memberi bantuan dan melaksanakan pemulihan banjir.

Negeri paling teruk dilanda banjir itu ialah Pahang terutama di daerah Pekan, kawasan Parlimen diwakili Tun Razak.

Banjir hanya surut seminggu kemudian selepas mengorbankan sebanyak 57 orang dan menyebabkan kerugian harga benda kira-kira RM84.7 juta.

Post banjir 2014 bagi Jerantut yang akan WZWH tulis dalam posting ini mengikut model Tun Razak.

Walau banjir 2014 lebih besar dari bah 1971 dan boleh dikatakan setara dengan bah 1926 namun kerajaan tidak mengistiharkan darurat kerana boleh mengendali musibah alam ini.

Jawatankuasa memberi bantuan telah berjalan diselaras di peringkat Pusat, Negeri , Daerah dan Mukim kampung melibatkan agensi kerajaan , swasta dan NGO.

Perlaksanaan jawatankuasa ini perlu cekap dan berkesan walau kadang-kadang menghadapi kekangan faktor cuaca buruk dan nature banjir yang menghalang bantuan banjir cepat diberi.




Bantuan perlu diperbaiki yang boleh buat mangsa banjir selesa terutama penginapan yang lebih nampak privacy walau di dalam dewan yang besar di pusat penempatan mangsa banjir. Contoh di negara maju disediakan khemah yang sedikit tertutup.




Jawatankuasa pemulihan banjir bukan sahaja perlu membaiki infrastruktur-infrastruktur yang rosak teruk dan perlu dibaiki terutama jalan-jalan, jambatan, bangunan dsb malah aspek psikologi trauma mangsa banjir membina keyakinan diri setelah hilang dan rosak rumah, hasil pertanian, punca pencarian, harta benda dan ternakan.

Bagaimaan mahu memulihkan kembali, membina kembali ekonomi mangsa banjir yang sudah musnah. Bantuan basic ekonomi, menyediakan program-program membantu ekonomi mangsa banjir. 

Post banjir 2014 majoriti mangsa banjir akan rasa trauma, lemah semangat, hilang keyakinan diri, hopeless bagaimana mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Mangsa banjir bingung memikirkan bagaimana mahu kembali meneruskan kehidupan yang biasa. Majoriti mangsa banjir ini perlu sokongan dari kerajaan dan pemimpin. Ini ialah masa majoriti mangsa banjir dan rakyat membuat refleksi diri, insaf, dan memberi sokongan dan harapan baru kepada kerajaan.

Semasa banjir di Jerantut dan di tempat lain bekalan elektrik dipotong boleh difahami oleh rakyat kerana atas faktor keselamatan.

Tapi bila tiada bekalan air selama lebih 3 hari dan berminggu ianya tidak menimbulkan keselesaan dan boleh selepas banjir oleh kerana tiada bekalan bersih boleh mendatangkan penyakit kerana tiada bekalan air terutama bukan sahaja di taman-taman perumahan malah di bandar termasuk di hotel-hotel itu tidak selesa dan tidak hygiene-tidak sihat.

Jika Loji Air Batu Embun di Jerantut itu sudah tenggelam dan merbahaya diteruskan operasi bimbang boleh merosakkan lagi apa alternatif yang ada untuk mendapat bekalan air bersih dari sungai-sungai yang tidak terlibat dengan kawasan banjir?

Selepas banjir memang jalan-jalan, jambatan, bangunan , dan lain-lain infrastruktur perlu dibaiki, perumahan-perumahan rakyat yang mahu dibina baru kalau boleh tapak ditempatkan di lokasi yang lebih tinggi.

Projek-projek kerajaan yang berimpak tinggi yang boleh membangun dan memajukan sesuatu kawasan perlulah disokong oleh rakyat kerana itu boleh membina ekonomi yang musnah akibat banjir 2014.

Jika ada projek-projek yang boleh mengawal banjir rakyat perlu sokong terutama pembinan beberapa empangan hidroelektrik di Lembah Tembeling jika pakar memikirkan bahawa banjir di masa hadapan boleh dikawal sekiranya projek sedemikian dibina.

Sudah sampai masa rakyat terutama penduduk yang terlibat dengan musibah banjir belajar membeli insuran bencana dan banjir bagi melindungi harta benda mereka, dan orang yang bergantung kehidupan kepada mereka.

Program 1 Rumah 1 Perahu perlu dilancar di Jerantut memandangkan daerah Jerantut adalah yang paling teruk kena musibah banjir dan paling banyak jalan-jalan perhubungan ditutup jika setiap rumah dalam daerah Jerantut ada mempunyai sebuah perahu atau apa-apa jenis bot diharap ini boleh membantu dan memudahkan semasa banjir.

Yang pasti kepada orang Lembah Tembeling, perahu adalah sahabat anda selamanya dari dulu, kini dan selamanya! Simpanlah sebuah perahu di rumah kerana itu tradisi nenek moyang orang Tembeling.

9 comments:

Anonymous said...

Buat empangan cuma salah satu cara nak minimakan banjir Sungai Pahang. Kawasan ulu yang patut jaga dulu. Ulu Jelai (Cameron Highlands) tengok la macam mana kes baru ni. Banyak kaitan dia dengan Sungai Pahang. Ulu Tembeling pun ikut sama kalau takde perancangan. Ulu Lipis pun dah habis. Sungai tohor berkeladak memang lagi cepat la banjir.

Loji Batu Embun, bila air keruh tambah klorin lebih nak bagi minum, masa banjir langsung tak boleh guna. Air orang minum bukan benda main main. Dah boleh upgrade dah loji ni.

Ibu negeri boleh pindah dah ke Temerloh/Mentakab. Dekat dengan KL,titik tengah Semenanjung, tengah-tengah Pahang lagi. Senang. Kuantan confirm lumpuh tiap-tiap hujung tahun.Biar pelabuhan dengan airport je kat situ.Pembangunan boleh shift dari Kuantan ke Temerloh/Mentakab. Bagi Kuantan bernafas sikit hujung tahun. Takkan tiap-tiap tahun macam ni. Air Sungai Pahang boleh divert masuk Sungai Jengka, masuk balik Sungai Pahang macam proposal sebelum ni. Dah boleh save 2 daerah sikit-sikit, Temerloh & Bera. Kat Pekan baru la betul tempat dia nak korek pasir.

Anonymous said...

ape korang merepek2 ni... alang2 nak buang masa, apa kata ..........
JOM MAAiN GOLF
ade bran?

Anonymous said...

huh anon 3:02 ko makan minum air,daun ketum ke ape?
ko bole bagi cadangan yg takde ilmu, ilmiah langsung... buat empangan, takde pasal? main pindah2 ibu negeri.. wakaka... memang betul kata najib, Bangang ke ape kome semua ni... wakaka... semua macam otak udang, ehhh... teringat, ape cer project ikan strugeon tu... wakaka, buatle atas skit dari ulu... wakaka... kasi tarah semua, kasi bogel dgn kasi gondol pahang ni pastu kite tgk bile takde balak, ape ade kat pahang... wakaka, genting ada, lynas ade, ikan strugeon ade dan yg paling penting najib ada... wakakaka

Anonymous said...

macam org bodoh bersuara.. what did u do? contribute?? useless....

Anonymous said...

Kesimpulannya, ia berpunca drpd tangan2 manusia. Allah dah beritahu dlm Al-Quran. Cer tgk apa dah jadi kat bahagian ulu.. Balak, korek sana sini.. Sapa punya kerja tu?

1. Ahli Politik?
2. Kakitangan Awam yang korup?
3. Kerabat2 Diraja yang tak boleh disentuh?,
4. Tokey2 Cina yg bela semua di atas?

Tak usah nafi.. bukan rahsia lagi di Pahang ni.

Anonymous said...

Gampang lah nak fikir untuk korang. PRU14 - Pakatan

Anonymous said...

huh anon 3:02 ko makan minum air,daun ketum ke ape?ko bole bagi cadangan yg takde ilmu, ilmiah langsung...pikir dgn jubo ke apa?Bangang ke ape kome semua ni... wakaka... semua macam otak udang, ehhh...

Anonymous said...

Seerat akar seteguh dahan
Tak panas dibakar tak lepuh di jemuran
Sekuat gegar sekukuh banjaran
Tak berbekas dicakar tak lenguh barisan

Anonymous said...

setuju dengan Anon 3:02.. dah sampai masanya ibu negeri berpindah ke Temerloh/Mentakab.. mohon Tuanku perkenan cadangan ini, PM dan MB mohon sokong.

tq

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024