Friday, April 3, 2015

Adakah Bila UMNO Kalah PRU 14, Mahathir Lebih Selamat?




Mahathir suka membayangkan BN kalah tanpa 3.6 juta ahli UMNO tahu apa motifnya. Semua ahli UMNO ingat...

Mahathir suka lihat Pak Lah kalah memimpin BN dan UMNO tidak dapat dua pertiga PRU 12.

Mahathir suka lihat Najib kalah memimpin BN dan UMNO tidak dapat dua pertiga PRU 13.

Untuk PRU 14, Mahathir sudah bercakap tidak menyokong lagi Najib.

Sekarang ini pun Mahathir kata semua orang tolak Najib menjelang PRU 14.

Persoalan WZWH mahu tanya kepada Mahathir:

Adakah bila BN tumbang dan UMNO kalah PRU 14, pembangkang akan mengangkat dan melambung Mahathir tinggi-tinggi?

Adakah Mahathir merasa selamat bila 22 tahun pentadbiran beliau tidak akan dibongkar satu persatu oleh kerajaan baru?

Adakah Anwar Ibrahim yang duduk di penjara selama 5 tahun itu tidak berdendam kepada apa yang berlaku kepadanya dari dipecat, dihina, dituduh macam-macam kes?

Adakah Mukhriz boleh lagi menjadi MB Kedah bila UMNO kalah atau Mukhriz dan beberapa MB UMNO negeri-negeri yang lain akan dipenjara kerana akan dibongkar oleh kerajaan baru?

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO yang marhein dan susah boleh menerima kekalahan BN dan UMNO PRU 14.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO yang sudah biasa susah akan memikir apa strategi untuk memenangkan UMNO semula walau sukar.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO yang hidup sentiasa berharap bantuan dari UMNO akan hidup dan cuba minta bantuan dari kerajaan baru.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO akan cuba adaptasi kehidupan politik baru.

Majoriti 3.6 juta ahli UMNO jika kerajaan baru tidak berlaku adil dan suka menindas itu tidak mengapa oleh kerana mereka tidak ada apa-apa, jika mereka resort kepada satu tindak balas yang revolutioner apa mereka peduli.

Jika rusuhan pilihan terbaik, 3.6 juta ahli UMNO tidak ada yang rugi-nothing to lose.

Tetapi stateman macam Mahathir jika didakwa oleh kerajaan baru dan masuk penjara adalah sesuatu yang tragedi dan memalukan pada hari-hari terakhir seorang negarawan!

Adakah bila UMNO kalah PRU 14, Mahathir lebih selamat???

WZWH meminjam kata-kata seorang sahabat UMNO di Bahagian Indera Mahkota...

Amat malang apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menyerang DS Najib Razak secara terbuka macam ni... 

kita bersetuju TunM menegur dan mengkritik Kerajaan UMNO/BN tetapi kena ada cara dan saluran nya, cara yang TunM buat amat tidak wajar kerana ia lebih kepada menjahanamkan UMNO dan menyerang peribadi DSNR kerana PR akan guna apa yang TunM cakap itu sebagai bahan serangan terhadap UMNO/BN, tak kan TunM tak tau implikasinya bila dia buat macam tu... kita pun tak sanggup nak kata TunM dah nyanyok sampai buat benda yang tidak patut dia buat! nak kata DS Najib tak jawab tuduhan dia rasanya DSNR dah jawab dengan jelas...

1) isu BRIM kerajaan dah cakap ia di laksanakan kerana bertujuan bantuan dan subsidi sampai kepada sasarannya... kerajaan nak bantu gulungan yg berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan jadi buat BR1M melalui LHDN supaya orang kaya tak akan mendapatnya.. kalau berikan subsidi minyak atau makanan ke... orang kaya pun akan dapat lebih pulak.... ke TunM nak BR1M jugak?

2) Kes 1MBD pun DSNR dah jawab akan serahkan kepada Audit negara J/K khas untuk buat lapuran dan siasat.. tak kan Tun M tak percaya kepada sistem pentadbiran negara? 

3 ) Kes Atlantuya tu dah jelas ia keputusan mahkamah... TunM dah tak percayakan Mahkamah ke? TunM terpengaruh dengan PR ke? patut lah ada yang nak TunM jadi KETUM PKR... 

4) kita sedar dan sangat berterima kasih budi dan jasa TunM selama dia jadi PM tetapi di zaman TunM juga bukan sedikit kegagalannya yang kita harus telan kerana TunM juga banyak buat benda yang berjaya! tak kan nak kita senaraikan pulak kegagalan Tun M macam dalam MAS, Proton dll.

5) Apa yang Tun M buat sekarang seolah2 TunM ingin bila sampai waktu dia mati nanti UMNO juga turut Mati!

6) sejarah TunM yang senantiasa berkrisis dengan mantan PM sebelum dia juga dah jadi sejarah pahit bagi UMNO ... keras hati TunM semua orang lama tau! sekarang waktu terbaik TunM dalam usia 90 tahun ini berehat dan tumpukan kepada amal ibadat ... kalau dengan berbisik pun orang boleh mendengar untuk apa TunM mesti bertempek? kesian lah kat DS Mukhriz yang menjadi serba salah dibuatnya...

Apapun DSNR kena banyak bersabar dan ada perkara2 yang di sentuh oleh TunM yang boleh di perbetulkan itu, perbetulkan lah walau pun cara TunM menegur dah menyimpang jauh.... sikap berdiam diri juga boleh memakan diri jika silap cara mengurusnya... semuga ALLAH selamatkan UMNO!

7 comments:

Anonymous said...

ko ni tak paham! Out of topic!

kenapa tanya bila kalah?

Yang Mahathir tegur tu sebab tak nak kalah la...jadi buangkanlah najib tu dengan segera..

Najib yang patutnya kalah bukan UMNO...itu yang Mahathir maksudkan...

Anonymous said...

Betul wzwh....

Mahazalim, Mahafiraun, Mahacelaka Mahathir nie, semua orang tak betul, dia sorang sajer ker yg betul?

Dah menyampah giler dgn sigila kuasa mahathir nieh, asyik dok bising sana sini, wooi mahathir, itu jam luu cakap mak kau kata berhenti sebelum kenyang, laa nie duit kau dah habis ker? Kau mahathir dah lapar balik ker?

Anak2 kau niaga rugi billion billion kau nak suruh kami dengar dongeng kau lagi...

Cukup cukup sudah..hutang negara drp tahun 2003 kau blah 200 Billion, pas pd pak lah, naik hampir 400 Billion, pas pd DSNR hampir 600 Billion?

Pak Lah & DSNR tak buat pon projek mega...kenapa hutang negara naik mendadak?

Anonymous said...

Salam

Pada pandangan saya,

Tujuan Tun mengkritik PM (Najib) adalah agar orang lain menggantikan Najib menjadi PM sebelum PRU 14. Dengan itu, PRU 14 BN masih ada peluang untuk terus meneraju pemerintahan negara.

Dengan gaya pemerintahan Najib sekarang ni, PRU 14 bukan sahaja Najib akan hilang kuasa. Tetapi seluruh BN akan hilang kuasa. Ini sangat merbahaya kepada seluruh ahli BN.


Secara am, PR lebih suka kalau Najib terus memerintah sehingga PRU 14 kerana peluang untuk PR naik ke Putrajaya adalah lebih cerah.

Anonymous said...

Hmmmm....x kisah lh Mahathir ckp ape or Najib ckp ape bcoz probably dua2 pun tahu cerita yg sebenarnya & apa yg akn terjadi either right before or even during Pru-14. Both of them just tell stories to make it more dramatic. Teori/propaganda R.A.H.M.A.N anyone?

Anonymous said...

ape yg ko mengarut nie....hmmmmm

Unknown said...

Apa yg aku nampak semenjak dari lahir hinggalah kini malaysia di terajui oleh amngok..tidak kira siapa pemimpinnya masalah tetap berlaku..so sebagai seorang rakyat yg berani menyahut apa2 pun cabaran, saya berani menyahut cabaran untuk ditukar kerajaan yg ada sekarang...apa kisah!! Aku tetap kerja...apa kisah!! Aku tetap punya rumah sendiri..apa
kisah!!aku tetap seperti ini walau parti mana pun yg menerajui negara...aku tak kisahh!! Tapi aku nak tgk jugak kualiti parti lain..so apa salah tukar

Anonymous said...

Mengikut firasat yg sahih UMNO dan BN akan kalah tipis PRU ke 14.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...